Aku selesa berada kat sini.......
FELDA Sungai Tekam Utara....dah sinonim nama nier ngan kehidupan aku...Di sinilah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sehinggalah sekarang. Begitu banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui di sini sebelum aku berjaya dalam hidup seperti sekarang. Jasa pokok sawit sangat signifikan dalam kehidupan aku. Aku masih ingat semasa kecil aku selalu menolong ayah aku kat ladang sawit.....kait buah, susun pelepah dan kutip biji relai....hehehe. Jika x dari rezeki tersebut, rasanya aku tidak membesar seperti sekarang. Rimbunan sawit kadang-kadang menggamit memori silam aku. Aku merasa sangat terhutang budi padanya. Jasanya terhadap peneroka seperti ayah aku kadang-kadang x terbalas. Pelbagai kemudahan dan kesenangan yang diberikan oleh pihak pengurusan FELDA kepada peneroka.
Tapi yang membuatkan aku selalu terfikir masa sekarang adalah generasi peneroka...kemana arah tuju mereka di FELDA nier....aku selalu merasakan mereka terlalu selesa lantas tidak memikirkan masa depan mereka. Anak generasi kedua FELDA yang berjaya boleh dikira dengan jari....tapi yang menagih dan merempit memang x terkira....kadang-kadang aku merasa sangat dukacita ngan anak-anak muda kat tempat aku...x fikirkah mereka akan nasib keluarga mereka? sudah lupakah tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan tumpah darah mereka? adakah mereka terlalu SELESA ngan kehidupan mereka? Kerna aku percaya rezeki yang ALLAH beri anytime jer boleh ditarik balik.....
Aku amat-amat berharap agar generasi anak muda nier terfikir dan muhasabah.....bukan hanya untuk diri mereka dan keluarga...tapi juga untuk FELDA kita...FELDA Sungai Tekam Utara...semoga ALLAH terus merahmati kita di dunia dan akhirat...jadikan kita insan yang berilmu juga beramal....semoga kalian terus di rahmati ALLAH SWT.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan