Khamis, 26 Februari 2009

Keta Orang.....

Jahanam kete...atas bumbung kelihatan selipar mangsa

Jalan one way pun bleh accident...kelihatan Epul tengah menyiasat jarak pokok n kete

Salam....

Tengahari tadi balik jer dari bandar, tengok ada kete student accident kat pintu keluar kampus...keadaan kete sangat mengaibkan (betul ke?) hehehe. Nasib baik ke empat2 mangsa hanya mengalami kecederaan biasa saja. Pemandunya adalah pelajar Kolej Taming Sari. Aku difahamkan kereta tersebut bukan kepunyaan pelajar terbabit. (nier mesti kete sewa nier) kata aku dalam hati.....bagi aku kemalangan nier memang bleh claim, tapi mak bapak budak nier x bising ker? bodoh betul la budak2 nier....bas banyak disediakan....nier mesti nak enjoy lebih nier.....kalo meninggal, camner?

Aku rasa dia bawak mesti laju nier....kalo x, xkan tayar sampai tercabut? aku dulu accident gak, tapi x la sampai tayar tercabut camnier..hehehe. Kesimpulannya...jangan la bagi orang pinjam kete kiter, kalo korang x yakin ngan diaorang....adios.....

Upin dan Ipin belajar di UiTM Johor?

Upin nier x nampak jalan..(kecik2 dah buta..hahaha)

Bukan main seronok bdk2 nier...

Tam...jangan menangis....

Tanda aku bagi sokongan pada krew Les Copaque....

Salam......

Tam aku tahu ko jeles biler tengok gambar kemesraan antara aku dan Upin n Ipin....hehehe...Rentetan daripada acara Minggu Mitek (Terbuka Kolej) pada minggu ini, Krew Les Copaque mengadakan road tour dengan membawa maskot menjelajah seluruh Malaysia dan pada hari ini krew2 Les Copaque singgah di UiTM Johor. Setelah puas beramah mesra bersama pelajar dan orang ramai...Krew2 tersebut singgah berehat di Bahagian aku...sementara diaorang nak salin baju..aku pun amik gambar nier...semua staf aku kan main girang biler dapat amik gambar ngan maskot nier...Aku plak? Aku x tau nak komen la pasal aku x tengok pun citer nier kat TV n Wayang....bagi aku...ini CITER BUDAK2 KECIK..hahaha...adios

Rabu, 25 Februari 2009

Tongkiat (Sungai Jerik)

Kedai yang cat hijau nier dulu kedai jual buah2 n sayur


Welcome to tongkiat

Salam.....

Bila terkenangkan zaman dulu-dulu nier, nama tongkiat memang x lekang dari ingatanku. Kat sini la tempat aku shopping selain dari Bandar Jengka dan Jerantut. Tapi pekan Tongkiat lebih dikenali sebagai pekan spare parts motor. Kebanyakkan harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding kat Jerantut n Jengka. Kita juga boleh negotiate harga barang tersebut. Dari pekan lama sampai la ke pekan yang baru dibuka, aku selalu gak mengunjungi tongkiat bila nak cari barang-barang motor nier.......spare parts Aprilia Pegaso xder la kut, kalo motor cup, RXZ n Panther tuer ada la...hehehe.

Kitaorang akan pergi sana secara berkonvoi, pada kebiasaannya pada hujung minggu (cuti sekolah)...Polis pun x kaco jalan tongkiat nier, bagi yang xder lesen memang selamat la....time jumpa geng2 moto lain jer, kami nganjing bagi makan asap..hehehe. Masa sekolah rendah, bila nak gunting rambut jer ayah aku akan bawak pergi tongkiat...Dan aku ingat lagi ada kedai india atas bukit...kat situ la tempat aku selalu gunting (skang kedai tuer dah tutup). Kalo spare parts motor, aku selalu cari kat kedai2 moto yang murah dan dikenali sebagai kedai basikal dan kedai ayam. Memang murah barang-barang motor kat sini. kalo nak tau, motor Gamma aku tuer aku spray kat kedai basikal la...murah sikit.

Bapak aku juga selalu cari baja n racun pokok kelapa sawit kat Tongkiat nier, bila balik aku la kena pegang benda-benda tuer...kadang-kadang ayah aku letak dalam raga motor jer. Dulu kat Bandar Lama, ada satu kedai mamak yang jual Mee Goreng Sharifah Aini...hehehe. paberet orang2 kat sini. Tapi aku lebih suka rojak tongkiat...tapi sejak pindah ker pekan baru nier..jadi x sedap dah rojak diaorang. Dulu pekerja2 kat kedai mamak nier just pakai singlet n kain pun siap ikat macam citer2 india skang..hehehe. Maybe tuer la yang membuatkan rojak tuer sedap kut...(kesan masin n masam..hahaha). Kat jalan tongkiat nak ke kuala sentul ada tempat berkelah dikenali sebagai Lubuk Yu..memang best mandi kat sini. Skang tempat tuer dah dikomersialkan sebagai tarikan orang ramai untuk berkelah. Kat sini juga terdapat sebuah kuil india yang agak besar dan terkenal.

Tuer la antara kenangan aku ngan pekan tongkiat nier. Tempat jatuh lagi dikenang, tempat jauh di hati xkan hilang....hehehe....ayat jiwang....adios

Hikmah Ayat Al-Kursi


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Selasa, 24 Februari 2009

Ibu......

Susah sangat ke kita nak jadi anak yang soleh?

Aku selalu tertanya-tanya.......

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Cuba renung erti disebalik cerita di bawah............

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Kesimpulannya...biarla orang nak cakap kita anak mak...hakikatnya KITA SAYANGKAN IBU KITA........adios......

Isnin, 23 Februari 2009

Invigilate Exam staff FELCRA



Akhirnya.......

Hari nier merupakan hari last exam untuk staff-staf FELCRA yang amik Sijil Pengurusan Ladang (CPIM) dari UiTM. Mereka harus mengambil 10 modul dan uat praktikal. Aku menjadi Invigilator untuk exam nier, dari pagi sampai la petang nier...hehehe. Letih gak jaga exam orang2 tua nier.....yang aku x tahan tuer pegi tandas 8-10 kali....macam kena kencing manis plak....nak isap rokok la....sejuk air cond la...macam2...orang tua la katakan...hehehe

Tapi hari nier aku tengok diaorang x berapa nak concentrate sangat (nak balik la katakan setelah 3 bulan berkampung kat Pusat Latihan FELCRA Tebing Tinggi tuer)....yang paling excited aku tengok Encik Awang Karno dan Awang Putera...masing-masing dari Sarawak....3 bulan x balik tuer..hehehe. Nak uat camner, nak naik pangkat kena la amik sijil nier..hehehe. Yang paling tua adalah dalam pertengahan 40-an...belajo pun dah x masuk...hehehe. Exam pun x bleh jawab....kata Encik Isa......otak dah tepu...hehehe...

Hopefully semuanya berjaya dengan cemerlang kesemua peperiksaan yang mereka amik......Apapun terima kasih untuk minum pagi n makan tengahari tadi...best2.....adios.........

Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (PPKP)




Salam...

Sabtu lepas aku menjadi fasilitator untuk modul PPKP pelajar ijazah. Dari pagi sampai la petang...janji masyuk....hehehe. Masa mengajar n lead diaorang uat aktiviti, teringat la plak masa jadi cikgu dulu2.....rasa kondifen pun masih menebal....maklum la dah biasa berdepan ngan budak2 nier....cuma biler ngajo budak degree nier fikiran kita kena la matang......rumusan yang aku beri pada diaorang pun agak2 seiring ngan masa sekarang...segala ilmu dan tips berkaitan alam pekerjaan dan kehidupan banyak aku tekankan pada diaorang......Aku kalo boleh nak sumer orang melayu berjaya....bukan hanya berjaya di dunia, malahan di akhirat kelak....28hb n 7hb mac nier ada lagi...apa lagi la aku nak rumuskan benda2 mustahak pada diaorang nier.....hehehe...adios......

Jumaat, 20 Februari 2009

Pengakuan.....

Malam tadi seorang pelajar telah membuat pengakuan...pengakuan akan suatu kebenaran. Rasa insaf dan takut yang menghantui diri mereka sepanjang masa akhirnya berjaya diluahkan...diluahkan demi satu penyesalan. Pengakuan yang membawa kepada satu lembaran baru dalam hidup beliau..yang bakal membawa kehancuran...kehancuran hati kedua orang tua yang mengharapkan anaknya berjaya....berjaya dalam hidup dan bukannya menjadi hamba najis dadah....

Kedua-dua rakan beliau yang disabitkan dengan penyalahgunaan dadah ini telah pun diambil tindakan. Sorang dibuang dan sorang digantung. Pencarian manusia bernama Amy sangat merunsingkan PPP termasuk aku....tup2 malam tadi dier rasa takut sangat sehingga sanggup untuk dibicarakan. Lagi mudah kerja aku. Sok pagi nak kena bawak ke Pejabat Keselamatan untuk di ambil statement kesalahannya. Akhirnya syaitan-syaitan SR berjaya diberkas.....tapi aku percaya masih banyak lagi kes2 camnie berlaku di SR...aku akan siasat...korang nak nyorok mana?...hehehe...Insaf la wei...orang melayu...Ingat Mak Ayah kat umah....

Penatnyer.....

Dah nak sampai rupenyer...hehehe

Salam...

Aku baru jer sampai dari Shah Alam petang tadi. Sebagai staff yang berdedikasi dalam kerja, Aku masuk jugak ke opis buat aper yang patut petang nier..hahaha. Dan task aku petang nier, aku buat Laporan Rayuan GT yang aku hadiri hari nier, biar staff aku hubungi budak2 yang x bayar yuran n daftar kursus tuer dan ingatkan diaorang agar bayar yuran sebelum 9 Mac 2009 nier...lepas nier xder meeting-meeting dah...pandai2 la tanggung sendri...hehehe.

Sampai jer opis aku terus call Haji Ros tanya pasal taklimat modul petang nier...tup2, rupenyer sumer orang dah abis taklimat..tinggal makan2 jer...hehehe. Tapi sempat gak la sembang2 tanya pasal taklimat ngan Haji Ros...dier pun siap ajar aku nyanyi lagu Warisan...(anak kecil main api........) yang versi dah di"underground"kan adalah dalam PC aku...(lagu dari The Mister)....yang ori punyer xder la plak...malam nier kena berguru la ngan Epul untuk master dalam lagu nier.....hehehe

Satu lagi keje yang aku kena uat b4 isnin nier ialah Laporan HEA untuk PM Kamel (pasal penulisan AKNC)...aduyai....banyak la plak file yang nak kena bukak....Kak Ita pun tengah sibuk print pencapaian akademik kampus......minit2 mesyuarat la, tindakan tatatertib la....dah la isnin nier ramai staff aku kene pergi Kelantan (kursus sampai la khamis nier...)...aku plak isnin nier kene invigilate exam staff Felcra kat Tebing Tinggi - pagi n petang......

Pikir2 balik...biler la aku nak rehat nier.....Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk aku terus dapat menjalankan ibadah dan tugas-tugasku.....sesungguhnya ENGKAU Maha Mengasihani dan Mengetahui....Amin....

Karangan Terbaik UPSR 2007 (Jahanam mentaliti budak nier)

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Khamis, 19 Februari 2009

Budak - Budak........

Rempit sampai cecah kepala..hehehe

Salam.....

Teringat plak zaman budak-budak dulu....sejak dulu aku memang jenis suka berkawan, antara kegiatan yang aku lakukan dulu-dulu adalah seperti main bola sepak, main pondok2 (main kawen2 pun ader gak) dan merayap belakang umah orang...hehehe. Aku ngan kawan-kawan juga selalu main guli, galah panjang, polis sentri n randes (lebih kurang mcm baseball la...pakai bola tennis)...kawan aku masa kecil lebih kepada jiran-jiran selorong seperti isdihar, mamat, pi, helmi, ojie, hairi n banyak lagi la. Tapi idup aku masa kecik2 dulu memang x bebas sangat...kalo nak tau la..aku kecik2 dulu memang x mandi sungai...kalo mandi jawabnyer getah paip la berbekas kat belakang aku...hahaha....sebab tu la sampai sekarang aku x pandai berenang. Menyelam tu boleh la..nak kuak kupu2 ker...gaya bebas ker...kim salam jer la....hehehe. Tu kadang-kadang jeles gak ngan kawan-kawan yang lain....tapi aku yakin mak ayah aku buat uat macam tuer pasal diaorang sayang kat aku....anak ke-4 daripada 4 orang la katakan (kata lain bagi perkataan bongsu..hehehe)

Aku stat belajar naik motor masa aku darjah 4 (belajar naik motor YB100 ayah aku nyer). 1st time belajar adalah di dalam ladang sawit...banyak kali jatuh gak la..hehehe. Nasib baik semangat aku kuat....Lepas tuer aku dah berani naik moto abg aku RXS dan RXZ...stat tuer la aku berjaya menjadi mat rempit...tapi aku x pernah la race2 nier...make over moto ada la....lepas tuer rewang2 pusing FELDA ngan kawan-kawan aku....hehehe. Jumpa member lain jer, terus nganjing bior terbakor..hahaha. Bila dah masuk sekolah menengah rasa dah dewasa cikit (aktiviti merayap belakang umah orang nier dah kurang cikit...hehehe) dah matured la katakan...Cuma aktiviti rewang petang2 dah menjadi perkara wajib bagi anak FELDA macam aku nier...

Dan sebenarnya kenangan-kenangan camnier la yang mendewasakan kita....salah jalan memang merana...nak enjoy x salah, tapi biarlah berpada-pada dan ingat la...Kita nier KHALIFAH di bumi ALLAH SWT......Kalo aku ingat lagi kenangan dulu2 aku citer lagi la...adios...hehehe

Rabu, 18 Februari 2009

Balik Lewat......

Salam.........

Aku x tau la ngape la dalam 2 minggu nier aku suka balik lewat ke umah....average aku balik umah adalah kul 6 lebih...kadang-kadang terus gi masjid....kadang-kadang tu bukannya sengaja, setelkan n review keje sikit2...kalo office hours ader jer surat nak kena sign la, budak2 datang jumpa la, meeting la.....hehehe.....Malam plak dah rase letih, nak kuar pun malas (skang Hj Ros dah start komplen, asyik makan awal jer skang nier...hehehe) nak uat camner, kalo kuar lewat malam, nnt sok pagi dah ngantuk plak. Lagipun makan awal nier banyak gak faedahnya. Jap tadi lepas maghrib terus makan depan kolej mutiara. Lepas Isyak plak, Ustaz Azrul jamu makan pulut bini dier masak...bedal jer la..hehehe. Kalo ikutkan memang aku x pernah makan pulut ngan nyiok n ikan kering nier...tapi biler makan ngan kawan2 nier raser sedap plak...ini la nikmat rezeki yang ALLAH SWT bagi.....makan ramai2 nier memang memuaskan....aktiviti malam macam biasa la menonton tv n surf internet (wireless la katakan...hehehe)...

Ada gak keje2 opis bawak balik....tapi biler tengok dokumen yang bertimbun nier..malas la plak....hahaha...uat proposal mintak budget la.....kualiti la....laporan GT la......alahai...letihnyer la....sok malam dah nak kene pegi shah alam.....jumaat ada meeting GT sampai la petang.....sabtu ada modul 2 ngan bdk2 ijazah plak...as conclusion, keje aku memang x pernah abis......nak uat camner.......xder orang bole idup kalo goyang kaki jer...caye la cakap aku.....hehehe

Selagi bernafas.....

Penghargaan merupakan satu nikmat dari ALLAH SWT...

Pendek kata, sebelum tutup mata...keje...keje...keje...Camtu la biler dah keje nier. Dan aku percaya setiap keje yang kita buat tuer mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku sendiri yang telah berpengalaman keje kat bermacam-macam bidang nier, x kira la gomen atau swasta...aku rasa keje gomen la yang paling secure...secure dari segi kebajikan n in term of time allocation. Aku masih ingat, masa keje ngan UMW Toyota dulu...setiap jam bekerja tu terasa sangat la berat....kadang-kadang sampai aku merasa letih yang teramat sangat (antara simptom yang berlaku adalah selalu terlupa "kadang-kadang baju pun berbutang panjang sebelah..hahaha", tido awal dan xder mood nak makan kat luar ngan member2...hahaha).

Dulu masa tanam anggur sementara nak tunggu konvo diploma merasa gak la keje uat platform buah sawit...nak uat camner, orang susah la katakan...nasib baik la aku x merokok....xkan nak harap duit mak bapak jer...hehehe...tu pun x lamer, dalam sebulan jer...aku sendiri lebih suka berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ehsan orang lain. Masa belajar kat UiTM Terengganu ngan Perlis ari tuer pun aku bekerja gak...berniaga...hehehe. Kat Terengganu aku lebih dikenali sebagai penjual nasi lemak dan karipap panas...hehehe..sebut saja nama Bob, semua orang kenal (sapa belajar kat sana tahun 2000-2003 mesti kenal aku). Selain itu, aku juga menjual baju2 uitm, jurujual makanan ringan di bilik dan macam-macam lagi la. Kalo korang nak tau, dengan duit tuer la aku mampu beli Nokia 3210....kira tuer la HP yang paling canggih ketika tuer selain Sagem dan Alcatel..hehehe. Kat Perlis perkhidmatan aku lebih kepada servis komputer dan menjual perkakasan komputer. Ada gak la amik ngajo tuisyen kat umah sewa...tu pun x lamer (ngajo anak kakak siam yg bukak kedai makan depan umah aku...hehehe).

Sejarah keje aku ngan Gomen plak, firstly adalah sebagai cikgu ganti org bersalin kat Sek Ren Gelanggi 2 lepas abis diploma, pastu Pensyarah English kat ILP Kuala Langat (tu pun kontrak) bulan 7 - 12, 2 tahun lepas. Awal 2008 aku secara rasmi menjadi cikgu sek men plak (kontrak gak)...hehehe (kalo tengok la aku nyer latar belakang nier memang sesuai ngajo budak...x tau la) Lama gak aku kat Lepar...kira-kira 7 bulan gak la...hinggakan aku rasa dah sebati duk kat sana....dan start dari 1 Ogos 2008 aku secara rasmi menjadi Penolong Pendaftar N41 @ Assistant Registrar (kata omputeh)...hehehe. Keje nier kalo kat kementerian lain namanya Penolong Pengarah @ Pegawai Tadbir. Kat IPTA jer nama dier camnier. Kira bos bahagian la....Maybe Allah SWT makbulkan cita-cita aku masa kecil dulu..pernah cikgu Fauziah (Sek Ren Sg Tekam Utara) tanya apa cita2 aku...aku pun cakap, aku nak jadi bos...hehehe...sumer bdk2 gelak kan aku....nah sekarang dah terbukti.....betul x?

Keje nier memang agak mencabar, jenis kena pikir pakai otak...tangan x gerak pun...pastu bagi arahan pada EO (pegawai eksekutif)....EO plak yang bg direction pada kerani...(tapi EO bwh aku satu tempat kosong ntah biler la dapat gantinyer...sorang lagi plak, tengah sarat mengandung....bln 3 nier bakal bercuti panjang ler...so nak x nak, kena la aku handle.....pikir ngan delegate tugas pada kerani.....alahai...berat jer aku rasa....satu keje dah abis, datang plak keje yang baru...baru nak bernafas...dah kena gi meeting sana dan sinun.....Tu la pasal aku letak tajuk entri selagi bernafas......maknanya selagi kita idup nier.....keje...keje....cari rezeki yang halal...in the future?.....Who knows.............Wallahualam....

Aku Takut.......

Takut kepada Allah adalah salah satu bentuk ibadah yang tidak terlalu diperhatikan oleh sebagian orang-orang mukmin, padahal itu menjadi dasar beribadah dengan benar.

Firman Allah Ta’ala:“Karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.(Ali ‘Imran 175).

Tanda-tanda takut kepada Allah:

1.Pada lisannya. Seseorang yang takut kepada Allah mempunyai kekhawatiran atau ketakutan sekiranya lisannya mengucapkan perkataan yang mendatangkan murka Allah. Sehingga dia menjaganya dari perkataan dusta, ghibah (bergosip) dan perkataan yang berlebih-lebihan dan tidak bermanfaat. Bahkan selalu berusaha agar lisannya senantiasa basah dan sibuk dengan berdzikir kepada Allah, dengan bacaan Al Qur’an, dan mudzakarah ilmu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ertinya:“Barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulut dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga”.(HR. Al Bukhari).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:“Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang tidak berguna”. (HR. At Tirmidzi).

Kemudian dalam riwayat lain disebutkan, ertinya:“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berbicara yang baik, atau (kalau tidak bisa) maka agar ia diam”.(HR. Al Bukhari dan Muslim).

Begitulah, sesungguhnya seseorang itu akan memetik hasil ucapan lisannya, maka hendaklah seorang mukmin itu takut dan benar-benar menjaga lisannya.

2.Pada perutnya. Orang mukmin yang baik tidak akan memasuk kan makanan ke dalam perutnya kecuali dari yang halal, dan memakannya hanya terbatas pada kebutuhannya saja.
Firman Allah Ta’ala:Artinya: “Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian lain diantara kamu dengan jalan yang batil”.(Al Baqarah: 188).

Ibnu Abbas menjelaskan, memakan dengan cara batil ini ada dua jalan yaitu;Pertama dengan cara zhalim seperti merampas, menipu, mencuri, dll.Kedua dengan jalan permainan seperti berjudi, taruhan dan lainnya.

Harta yang diperoleh dengan cara haram selamanya tidak akan menjadi baik/suci sekalipun diinfaqkan di jalan Allah.Sufyan Ats-Tsauri menjelaskan, :“Barangsiapa menginfaq kan harta haram (di jalan Allah) adalah seperti seseorang mencuci pakaiannya dengan air kencing, dan dosa itu tidak bisa dihapus kecuali dengan cara yang baik”.

Bahkan dijelaskan dalam riwayat yang shahih bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan, setiap jasad (daging) yang tumbuh dari harta haram maka neraka lebih pantas untuknya.

Jadi, itulah urgensi memperhatikan jalan mencari harta.Sudahkah kita takut kepada Allah dengan menjaga agar jangan sampai perut kita dimasuki harta yang diharamkan Allah ?

3. Pada tangannya. Orang mukmin yang takut kepada Allah akan menjaga tangannya agar jangan sampai dijulurkan kepada hal-hal yang diharamkan Allah seperti: (sengaja) menyentuh wanita yang bukan muhrim,berbuat zhalim, aniaya. Dan tidak bermain dengan alat-alat permainan syetan seperti alat perjudian.

Orang mukmin selalu menggunakan tangannya untuk melakukan ketaatan, seperti bershadaqah, menolong orang lain (dengan tangannya) karena dia takut di akhirat nanti tangannya akan berbicara di hadapan Allah tentang apa yang pernah dilakukan-nya, sedangkan anggota badannya yang lain menjadi saksi atasnya.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala:Artinya: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan”.(Yasin: 65).

Bahkan salah seorang ulama salaf berkata,”Sekiranya kulit saya ditempeli bara api yang panas,maka itu lebih aku sukai daripada saya harus menyentuh perempuan yang bukan muhrim”.

Itulah gambaran orang mukmin sejati yang takut kepada Allah di dalam menggunakan tangannya.Maka bagaimanakah dengan kita?

4. Pada penglihatannya. Penglihatan merupakan nikmat Allah Ta’ala yang amat besar, maka musuh Allah yaitu syetan tidak senang kalau nikmat ini digunakan sesuai kehendak-Nya. Orang yang takut kepada Allah selalu menjaga pandangannya dan merasa takut apabila memandang sesuatu yang diharamkan Allah, tidak memandang dunia dengan pandangan yang rakus namun me-mandangnya hanya untuk ibrah (pelajaran) semata.

Pandangan merupakan panah api yang dilepaskan oleh iblis dari busurnya, maka berbahagialah bagi siapa saja yang mampu menahannya.

Allah berfirman:“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandangan-nya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(An Nur: 30).

Jika kita teliti banyaknya kemaksiatan dan kemungkaran yang merajalela, seperti; perzinaan dan pemerkosaan, salah satu penyebabnya adalah ketidak mampuan seseorang menahan pandangannya. Sebab, sekali seseorang memandang, lebih dari sepuluh kali hati membayangkan. Maka, sudahkah kita menjadi orang yang takut kepada Allah dengan menahan pandangan kepada sesuatu yang diharamkanNya?

5.Pada pendengarannya. Ini perlu kita renungi bersama, sehingga seorang mukmin akan selalu menjaga pendengarannya untuk tidak mendengarkan sesuatu yang diharamkan Allah, seperti nyanyian yang mengundang birahi beserta irama musiknya, dll.

Firman Allah Ta’ala:Artinya: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai tanggung jawabnya”. (Al Israa’: 36).

Dan seorang mukmin akan menggunakan pendengarannya untuk hal-hal yang bermanfaat.

6. Pada kakinya. Seseorang yang takut kepada Allah akan melangkahkan kakinya ke arah ketaatan, seperti mendatangi shalat jama’ah, majlis ta’lim dan majlis dzikir. Dan takut untuk melangkahkan kakinya ke tempat-tempat maksiat serta menyesal bila terlanjur melakukannya karena ingat bahwa di hari kiamat kelak kaki akan berbicara di hadapan Allah, ke mana saja kaki melangkah, sedang bumi yang dipijaknya akan menjadi saksi.

Firman Allah Ta’ala:Artinya: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan”. (Yaasin: 12).
Asbabun nuzul ayat ini adalah : bahwa seorang dari Bani Salamah yang tinggal di pinggir Madinah (jauh dari masjid) merencanakan untuk pindah ke dekat masjid, maka turunlah ayat ini yang kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahwa bekas langkah (telapak) menuju masjid dicatat oleh Allah sebagai amal shaleh.

Semua bekas langkah kaki akan dicatat oleh Allah ke mana dilangkahkan, dan tidak ada yang tertinggal karena bumi yang diinjaknya akan mengabarkan kepada Allah tentang apa, kapan, dan di mana seseorang melakukan suatu perbuatan. Jika baik maka baiklah balasannya, tetapi jika buruk maka buruk pula balasannya. Ini semua tidak lepas dari kaki yang dilangkahkan, maka ke manakah kaki kita banyak dilangkahkan ?

7. Pada hatinya. Seorang mukmin akan selalu menjaga hatinya dengan selalu berzikir dan istighfar supaya hatinya tetap bersih, dan menjaganya dari racun-racun hati.

Seorang mukmin akan takut jika dalam hatinya muncul sifat jahat seperti buruk sangka, permusuhan, kebencian, hasad dan lain sebagainya kepada mukmin yang lain. Karena itu semua telah dilarang Allah dan RasulNya dalam rangka menjaga kesucian hati. Hati adalah penentu, apabila ia baik maka akan baik seluruh anggota tubuh, tetapi apabila ia jelek maka akan jeleklah semuanya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda“Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia jelek maka jeleklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.(HR. Riwayat Al Bukhari dan Muslim).

Maka pernahkah kita merasa takut bila hati kita menjadi gelap?Bahkan kita selalu merasa bahwa hati kita sama sekali tidak ada kejelekannya?Naudzubillah.

Dari ini semua sudahkah kita termasuk orang yang takut kepada Allah ?

Maraji’: Tazkiyatun Nafs, Ibnu Rajab Al Hambali dan Ibnu Qayyim.
p/s : ADAKAH KORANG TAKUT ?

Isnin, 16 Februari 2009

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
  • Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
  • Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
  • Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
  • Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
  • Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
  • Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
  • Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
  • Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
  • Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .
  • Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
  • Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
  • Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

Orang yang terlalu pandai kadanag-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta . Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia . Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... kerana ini adalah jawapan kepada segala-galanya...

Cara Mudah Nak Cover Malu...hehehe

1. Kalo tersepak batu:

Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tuhingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal:

cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga:

terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang:

pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas:

jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop:

terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:

tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...

p/s: aku ingat lagi memang aku selalu terjatuh depan orang ramai nier..hehehe..yang paling terbaru masa sambutan hari guru SMKLU tahun lepas....malu siot...depan budak-budak lagi, rasa diri macam pak lawak plak.....hahaha

Khamis, 12 Februari 2009

Melayu berpecah? Apakah ini benar??


Orang Melayu banyak yang hidup di kawasan kampung. Ada yang duduk di bandar dan luar negeri.Melayu di Malaysia banyak yang mengambil pinjaman untuk belajar tinggi. Anak Melayu VIP dapat biasiswa. Kalau tak layak ada pintu belakang. Melayu miskin dahulu dapat biasiswa tetapi sekarang sedang bayar bunga pinjaman.Banyak mereka ini hidup berhutang. Inilah gaya orang Melayu di bawah kerajaan yang memerintah kerajaan pusat (atau kerajaan tunjang). Apakah nama parti di belakang kerajaan sekarang ini?Nama partinya ialah BN. Semua orang tahu.Kepada yang masih tak tahu, sila pindah duduk Bangladesh.

Orang UMNO banyak memberikan kata putus dalam BN.Cuma apabila BN mahu tumbang, barulah UMNO memberi kelonggaran pada parti komponen yang dianggotai oleh orang bukan Melayu aka bukan Bumiputera.Tunku Abdul Rahman sangat disanjungi orang UMNO. Tak sampai setiap 3-6 bulan ada sahaja mainan video di kaca TV tentang Tunku Abdul Rahman.Tunku Abdul Rahman suka bumi Malaysia ini didiami oleh masyarakat pribumi (bumiputera) dan termasuk kaum pendatang pada masa dulu, yang sekarang ini telah menjadi salah satu daripada warganegara Malaysia iaitulah masyarakat India dan Cina.Konsep Tanah Melayu tidak releven lagi. Walaupun saya orang Melayu, saya nak tanya, sejauh manakah, kita perlu membenarkan masyarakat bumiputera ini bermimpi dengan payung kuning? Maksud saya pelbagai hak istimewa.

Malaysia milik 3 kaum majoriti. India, Cina dan Melayu. Ramai warga veteran bumiputera masih bersemangat untuk menyatakan Malaysia adalah milik Melayu, 'Ini tanah Melayu' dan sebagainya. Apakah warga veteran bumiputera ini, tidak sedar yang Tunku Abdul Rahman telah lama mengisytiharkan Malaysia ini milik perkongsian 3 kaum India, Cina dan Melayu?Jangan kita mimpi lagi. Orang Melayu harus disedarkan dengan bermulanya perkongsian Tanah Melayu yang sekarang sudah bertukar nama kepada Malaysia.Cukuplah dengan slogan 'Hidup Melayu' dan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'. Kita lihat Islam sahaja. Islam mengajurkan kita berbuat baik dan berlaku adil. Sesiapa sahaja boleh anuti agama Islam. Ia tak dikhususkan pada orang Melayu saja.Malaysia ini sekarang sudah jadi sebuah negara yang sudah tunggang-langgang sistemnya.Kaum-kaum di Malaysia tidak sehaluan dalam menjana ekonomi dan politik. Dua benda ini, adalah asas dalam sesebuah negara.Orang Cina dengan perniagaan mereka, orang Melayu dengan hak bumiputera mereka dan orang India dengan hidup melarat mereka. Nah!Apakah penilaian ke atas ketiga-tiga kaum dengan hanya satu ayat tadi wajar sekali?Jangan kita diperbodohkan, di Malaysia masih terdapat masyarakat Cina, India dan Melayu yang miskin.

Ramai yang tidak sedar atau buat-buat tak sedar? Atau mungkin telah diperalatkan oleh media arus perdana? Di mana UMNO dalam isu Tulisan Jawi?Di mana BN dalam isu Biasiswa (untuk semua kaum)?Yang kita sibuk dengar, ialah kes rasuah, kes Altantuya, kes VK Lingam (kes pelantikan hakim guna taukeh judi). Orang muda banyak menganggur. Orang muda Melayu jadi tak tentu hala. Ambil saja satu golongan, iaitu Mat Rempit.

Lahirnya Mat Rempit kerana banyak:-

  • Hiburan yang melalaikan (tak membina minda)
  • Tiada biasiswa untuk semua kaum (Mak bapak rempit dulu ada biasiswa)
  • Tiada model yang boleh diikuti (Mana taknya? Business semua Cina pegang, yang Melayu semua banyak jadi kaki rasuah. Yang berjaya sikit sangat dan duduk diam-diam)
Siapa yang duduk Kuala Lumpur mesti tahu, siapa yang pegang ekonomi. Jika di USA, orang Yahudi Amerika, di Malaysia ini orang Cina.Tidak dapat dinafikan, orang Cina tidak suka dengan hak istimewa bumiputera yang banyak bantu kaum bumiputera dan tidak menolong kaum Cina.Contoh mudah, anak orang Cina belajar pandai dapat banyak A, tak dapat masuk universiti kerajaan. Jadi ini menyebabkan kaum Cina tidak puas hati. Mereka dilayan seperti rakyat kelas kedua. Kalau India pula? Tak tahulah nak kata.

Sekarang, baru kita nampak di mana Melayu masih ketinggalan di dalam sudut ekonomi.Setelah 50 tahun UMNO memerintah.Contohnya ialah, UMNO sendiri takut DEB dihapuskan. Kerana mereka tahu DEB telah diperalatkan oleh kroni-kroni pengkhianat negara yang telah 50 tahun lamanya diperalatkan.Orang Melayu ramai yang takut untuk menghadapi kenyataan yang mereka ketinggalan dari segi ekonomi, teknologi dan agama.Orang UMNO memperlekehkan agama. Lihat apa yang selalu paparkan oleh RTM mengenai kepimpinan dan perjuangan Tok Guru Nik Aziz. Beliau bawa Islam bukannya Islam Hadhari yang baru wujud pada sekitar tahun 2000.Sebab itulah kita orang bumiputera kena bekerjasama dengan India, Cina. Kita hidup dalam tanah Malaysia ini harus bersatu. Kita harus belajar bahasa semua kaum di Malaysia. Kita harus buang sempadan Melayu untuk Melayu, Cina untuk Cina dan India untuk India.Mustahil bagi sesebuah negara untuk mencapai kata sepakat jika minda kita masih ditakuk lama. Minda Tanah Melayu, minda Hidup Melayu dan minda Ketuanan Melayu.

Dengan adanya keterbukaan dari segi ekonomi dan politik serta dicampur dengan kebebasan bersuara, apa masalahnya?Jika terjadi suatu hari nanti, orang Cina berkelakuan seperti UMNO dan membawa pula slogan Ketuanan Cina.Kita semua satu Malaysia termasuk orang-orang Cina, Melayu dan India yang ada mesti membantah ketidakadilan yang di bawa golongan itu.Apakah Tuhan telah tersilap menjadikan pelbagai kaum di Malaysia atau pun pelbagai kaum di dunia ini?

Lupakah kita pada Ayat 13 Surah Al-Hujaraat?Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).Buanglah hasad dengki sesama manusia, kerana takkan ada suatu jalinan antara kaum jika ia tidak dimulakan dengan keikhlasan.

Apakah terdapat keikhlasan dalam sistem perkongsian kekayaan di Malaysia untuk 3 kaum India, Cina dan Melayu ini? Malaysia perlu lalui satu era reformasi. Bagi yang masih terkenang akan kesilapan Tunku Abdul Rahman yang memberi kewarganegaraan pada kaum Cina dan India itu, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Lupakan saja.Sekarang Malaysia sudah jadi milik 3 kaum. Sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu tak kira kaum. Inilah cabaran kita dalam era 2000 ini. Malaysia Boleh!

PPP.......

Tepi aku Cik Da, Hj Ros dan Basha masa Karnival Gemilang kasih anjuran Sektor B ari tuer....

Malam tadi aku menghadiri majlis tazkirah dan meeting PPP bersama TP HEP kat Kolej Intan, Sektor B. Majlis malam tadi dihadiri lebih 20 orang PPP yang terdiri daripada PPP Sektor A dan Sektor B. Majlis dimulakan oleh TP HEP (Ustaz Zailud) dengan kata-kata aluan, seterusnya tazkirah oleh Ustaz Kamaruddin dan tazkirahnya adalah berkaitan manusia yang baik dan manusia yang keji. Selepas itu, sesi meeting dan percambahan idea pun dilangsungkan. Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang family day kat PD, pastu pasal lawatan ke Singapore pada bln 3 nier dan seterusnya pasal nak pegi umrah bulan 5 @ 6 nanti..hehehe. Merasa gak aku nak pegi Mekah dalam masa terdekat nier...nak tunggu pegi Haji 17 tahun lagi...lama tuer...hahaha. So ada peluang camnier, pegi jer la....Memang azam aku nak pi sangat ke Mekah dan Madinah nier.....

Sesi tersebut berakhir kira-kira kul 11 malam dan selepas tuer kami menjamu selera. Best gak la mkn mihun soto dan kuih popia. Yang paling best ialah begedel yang diletakkan dalam soto tersebut. Aku macam biasa la, mihun x makan pun...hehehe....memang pantang kalo termakan mee @ mihun nier....tapi sup soto ngan popia memang banyak aku makan....hahaha

Rabu, 11 Februari 2009

Majlis meraikan barisan MPP yang baru dan yang lama....

Antara lauk-pauk yang menambahkan berat badan aku malam tadi..hahaha

Alhamdullilah...akhirnya barisan MPP bagi sesi 2009/2010 telah pun dilantik secara rasmi malam semalam......Barisan yang baru nier mempunyai ramai budak2 degree jadi rasanya pemikiran mereka dalam menerajui MPP UiTM Johor adalah lebih matured dan bertoleransi...Kerjalah kalian ngan penuh komited dalam persatuan nier...teringat plak zaman aku masa jadi Naib Presiden B-HUREC (BBA HRM Club)....hhmmmm....rindu plak kat kawan-kawan...kat mana kalian?....lamo den x dengo koba ekau.....hahaha

FELDAku........

Pemandangan sekitar FELDA aku.....

Aku selesa berada kat sini.......

Dulu-dulu aku selalu tunggu bas kat sini...(stesen bas kat pejabat)

Welcome to my FELDA...hehehe

FELDA Sungai Tekam Utara....dah sinonim nama nier ngan kehidupan aku...Di sinilah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sehinggalah sekarang. Begitu banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui di sini sebelum aku berjaya dalam hidup seperti sekarang. Jasa pokok sawit sangat signifikan dalam kehidupan aku. Aku masih ingat semasa kecil aku selalu menolong ayah aku kat ladang sawit.....kait buah, susun pelepah dan kutip biji relai....hehehe. Jika x dari rezeki tersebut, rasanya aku tidak membesar seperti sekarang. Rimbunan sawit kadang-kadang menggamit memori silam aku. Aku merasa sangat terhutang budi padanya. Jasanya terhadap peneroka seperti ayah aku kadang-kadang x terbalas. Pelbagai kemudahan dan kesenangan yang diberikan oleh pihak pengurusan FELDA kepada peneroka.

Tapi yang membuatkan aku selalu terfikir masa sekarang adalah generasi peneroka...kemana arah tuju mereka di FELDA nier....aku selalu merasakan mereka terlalu selesa lantas tidak memikirkan masa depan mereka. Anak generasi kedua FELDA yang berjaya boleh dikira dengan jari....tapi yang menagih dan merempit memang x terkira....kadang-kadang aku merasa sangat dukacita ngan anak-anak muda kat tempat aku...x fikirkah mereka akan nasib keluarga mereka? sudah lupakah tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan tumpah darah mereka? adakah mereka terlalu SELESA ngan kehidupan mereka? Kerna aku percaya rezeki yang ALLAH beri anytime jer boleh ditarik balik.....

Aku amat-amat berharap agar generasi anak muda nier terfikir dan muhasabah.....bukan hanya untuk diri mereka dan keluarga...tapi juga untuk FELDA kita...FELDA Sungai Tekam Utara...semoga ALLAH terus merahmati kita di dunia dan akhirat...jadikan kita insan yang berilmu juga beramal....semoga kalian terus di rahmati ALLAH SWT.......


Selasa, 10 Februari 2009

Kurus..ye ker?

Bob...ko nampak kurus la....hehehe..kata-kata yang aku anggap main-main jer dari kawan-kawan aku kat kampung n Lepar, ex-anak murid aku pun ada ckp camtuer...hehehe....ntah la....aku rasa dah lama aku berenti berdiet cara aku ( x makan nasi sampai pedih perut...hahaha)..aku sendri rasa xder perubahan pun pada diri aku...baru nier pun ader gak beli baju Kappa..ingatkan besor dah XXL tuer, skali pekai macam sarung nangka la...hehehe...nasib baik boleh tolak kat Abg Nier....nak gak dier kat baju tuer....tapi aku percaya kata kawan2 aku tuer adalah satu dorongan untuk aku terus cuba mengecilkan berat badan....tapi orang kata, orang jawa nier memang besor-besor memang x bole nak uat apa-apa dah...Ye ker? entah la....hehehe.....

Seronok.....

Salam...

Aku baru jer balik dari bercuti di kampung..terubat gak rindu aku pada family aku..hehehe...Dan yang paling seronok balik kali nier aku berpeluang jumpa kawan-kawan aku di Lepar dan tentunya ex-anak murid aku kat sana....hehehe (siap ader bdk2 yang ingat aku nak jadi cikgu dan warden kat Lepar tuer balik semula...hehehe). Dah 6 bulan aku tak merasa berjemaah bersama pelajar aspura dan aspuri...hehehe. Maghrib pada ahad lepas sangat ditunggu-tunggu oleh aku untuk bersama bekas-bekas pelajar aku...abis jer berdoa, diaorang minx aku bagi tazkirah...alahai....x ready la....dah la pakai macam rockers jer..rambut pun spiky...x sesuai...aku sengih jer la..... maybe next time aku cakap. Kul 8 lebih kawan-kawan dah ajak pegi makan..lapooor kata diaorang....ruginya aku rasa (melepaskan sembahyang isyak berjemaah), tapi demi menjaga hati kawan-kawan aku pegi jer la.....balik dari makan, aktiviti aku bersama rakan-rakan adalah menonton EPL game MU lwn West Ham...nasib baik MU menang...x sia-sia aku berjaga sampai pagi....hehehe.

Subuh pun uat kali pertama dalam 6 bulan aku picit lonceng, biar budak-budak aspura semua bangun untuk sembahyang subuh berjemaah.....tapi aku sedih..jemaah yang bangun x sampai 3 saf...alahai, kebiasaan yang aku terapkan pada bdk2 sebelum ini pasal berjemaah telah bertukar....kalo masa aku jadi warden dulu, ramai jer bdk2 turun semayang...hhhmmmm...siap ada aku dengo, budak ting 1 berbisik ngan rakan-rakan...terkejut bunyi siren di pagi hari...hehehe...budak-budak zaman sekarang.....

Pagi isnin aku jalan-jalan kat sekolah, memang budak-budak tgk aku macam makhluk asing...hehehe..siap ada yang kuar dari bilik darjah semata-mata nak tengok aku...hehehe...teringat plak zaman-zaman manis aku menjadi cikgu....betul la kata orang, tempat jatuh lagi dikenang...inikan plak SMK Lepar Utara...ada masa aku pergi lagi la kat sana......

Jumaat, 6 Februari 2009

Menakjubkan......






Mampukah kita nak lawan Kekuasaan ALLAH SWT? Tepuk dada, tanyalah hati............

TQ...TQ...TQ.....


Salam....

Rasa best jer biler dapat penghargaan biler tolong orang nier....kadang-kadang ucapan TQ, Mekacih, timer kasih dan sewaktu dengannya dapat memotivasikan kita untuk jadi yang paling terbaik berbanding yang baik. Pujian yang menggunung rasanya semua orang akan harapkan dan mahukan...bezanya cume samada orang tu akan jadi riak dan sombong atau akan berusaha dengan lebih keras untuk mendapat penghargaan. Berbanding dengan orang yang ternama dan berada di dalam hati masyarakat, mereka memang sudah lali dengan pujian nier. Apak pernah cakap, orang biasa macam kita nier kalo uat macam-macam yang baik pun susah orang nak nampak...pasal kita bukan orang kaya atau berpengaruh (macam FELDA aku, golongan inilah yang selalu menonjol - selalunya orang kuat berpolitik nier la)....kadang-kadang apa yang mereka cakap atau pandangan mereka terhadap sesuatu perkara adalah lebih bodoh dan sia-sia berbanding kita. Ikut logik sendri tanpa ada fakta yang bernas.

Kadang-kadang tu mak bapak jer banyak cakap, tapi generasi anak x berjaya pun. Belajar tinggi-tinggi pun pasal masuk kolej...berbaloikah? Diaorang banyak duit bole la uat macam tuer...kerana terlalu sibuk menjaga tepi kain orang...anak sipulan nier keje x elok la, keje x tetap la...padahal diaorang x pernah tanya pun tuan punya badan tentang hal ini...perkara nier memang membuatkan orang meluat..tapi nak uat camner, mengalah jer la.....Aku pun pernah cakap kat Apak ngan Mak, kalo orang uat perception sendri terima jer la...kita bukan orang berpengaruh.....fitnah atau cakap yang mengaibkan kita nier kadang-kadang x guna juga jika melawan kalo x betulnya, jalan terbaik Iyer kan jer la statement yang diaorang keluarkan.....Janji kita dapat mengawal kemarahan kita nier......

Baru sekarang, aku dapat rasa penghargaan yang aku terima adalah benar-benar ikhlas dari beberapa orang yang bernama manusia. Selalunya, sumer nya adalah plastik...maybe perasaan aku nier yang x bole terima pujian...tapi skang aku kena belajar...belajar untuk terima pujian.....Ya ALLAH, aku memohon perlindungan-MU agar puji-pujian ini tak menjadikan aku riak dan takbur serta lupa diri. ENGKAU bukakanlah hati aku ini untuk bekerja dengan lebih keras dan menjadikan aku seorang khalifah yang berjuang ikhlas ke Jalan-MU...Amin....

Khamis, 5 Februari 2009

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADZILAH KAMSAH)

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Rabu, 4 Februari 2009

Jogging ngan Pengarah

Pinjam gambor dari blog Prof

Salam...

Pagi tadi lepas solat subuh berjemaah, kami PPP Sektor A bersama-sama ngan Pelajar Kolej TS aras 2 (hampir 130 orang) berjogging pusing kampus segamat nieh...aku macam biasa la..pick up time mula-mula jer pastu pancit gak tambah2 time naik bukit...hahaha...

Walaumacammanapun best gak...lama dah aku x berjogging nier..hehehe. Last rasanyer masa Team Building kat Genting ari tuer.....tu pun taun lepas....TQ Prof, lepas nier bleh la kita jogging lagi...hahaha

Sekitar Lawatan Pentadbir UiTM Johor ke Nusajaya City, Wilayah Iskandar

Bawak balik umah best nieh..hehehe

Camnier la nnt kat Nusajaya City nier...diaorang ckp lagi moden dari Putrajaya..Wallahualam

Lawatan kat Port Tanjung Pelepas

Orang amik gambir..kita ready je la...

Salam..hehehe...baru jumpa gambar nier dalam folder public...ari tuer aku dah citer pasal meeting kat JB. Skang aku letak gambir plak...layan........

Selasa, 3 Februari 2009

Gerhana Ska Cinta


Salam....

Aku minat betul konsep classical ska yang dibawa oleh group Gerhana Ska Cinta. Antara lagu yang layan dan buat aku rasa feel adalah lagu mimpi. Kalo dengo betui-betui lagu nier memang tangkap layan. Elemen classical ska yang menebal menyebabkan lagu nier memang best layan time-time stress atau boring...hehehe. Kat sini aku letak Lirik dan Lagu Mimpi yang korang bleh layan...memang syok.......hahaha



Gerhana SkaCinta - Mimpi

Ku ingin terbang ke awan,

Menggapai bintang-bintang,

Dalam kegelapan malam,

Kuidamkan satu taman,

Dan juga mahligai,

Yang indah tak ternilai


Tapi semua hanya khayalan,

Yang bermain dalam fikiran,

Tak mungkin dapat ku bertahan,

Yang tinggal hanyalah impian

Namun ku masih menchoba,

Untuk punya segalanya,

Walaupun bertahun lama,

Smoga kan terlaksana.


Download mp3 lagu mimpi di sini

Radang Tongsil, sakit wooooooo......hehehe

Bukak mulut....hehehe

Meh, nak check dalam mulut...hehehe

Camnier la agaknya dalam mulut aku......

Assalamualaikum....

Sebanarnyer sejak semalam, aku rasa x selesa yang teramat sangat...nak telan air liur pun sakit. Ini disebabkan oleh tongsil aku yang membengkak @ radang. Kat sini aku nak kongsi ckit pasal benda nier...hari nier dah kurang sakit dah, petang semalam jer rasa macam nak demam sesangat..nak bangun pun x larat...ingatkan kena Chikugunya dah...hehehe...

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk

2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan

3. Demam yang kadang2 sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur

Tapi lagi baguih kalo tongsil nier dibuang...itulah kata En Halim, MA kat Klinik Penawar, UiTM Johor...tapi aku takut la oprate2 nier....tengok la nanti2.....hehehe....

Isnin, 2 Februari 2009

Peserta terbaik kursus Audit Dalam.....

Alhamdullillah.....

Tak sangka....kursus audit dalam baru nier aku mendapat Anugerah Peserta Terbaik..hhhmmmm...maybe pasal aku dapat banyak bintang kut..hehehe. Dalam kursus tersebut memang aku agak aktif bertanya dan memberikan pendapat....mungkin itulah kriteria untuk mendapat anugerah ini...sorang plak tuer...Dan sebagai penghargaan pada Haji Ros, aku belanjakan duit tuer pada malam hari last kursus tuer...kerna aku anggap nier sumer rezeki kawan-kawan...Epul ngan Wife Haji Ros pun join sama.....Kitaorang makan kat Simpang Muadzam...cadang-cadang nak makan Western Food...tapi xder plak.....aku sendri makan Nasi Goreng Cili Api...pedas gak la...hehehe. Janji kenyang...Alhamdullilah...Nak suh aku belanjer datang la Segamat nier.........hehehehe