Salam.....
Petang tadi aku dapat SMS dari ex-anak murid aku. Antara kata-kata SMS yang diberikan :
"Salam, cikgu....saya mintak maaf yerk, kalo de wat silap, esok saya exam percubaan PMR, cikgu doakan saya yer, skang tengah siap-siap nak kemas barang tuk balik hostel petang nier...." - Cik Y
Hmmmm....sedar x sedar dah setahun lebih aku meninggalkan SMKLU, Y yang aku mengajo masa tingkatan 2 tahun lepas (ngajo BM lagi), tahun nier bakal menduduki peperiksaan PMR tahun nier. Esok merupakan hari pertama trial exam PMR yang akan dihadapi oleh beliau. Sebelum nier, dier ada ngadu pasal beberapa subjek yang dier x kondifen nak jawab (Sejarah merupakan subjek yang dier paling takut). Aku pun apa lagi, bagi la kata-kata motivasi agar Cik Y berkeyakinan untuk PMR tahun nier. Aku kan suka bagi nasihat....hehehehe.
Bagi aku, kita x bole nak target sesuatu subjek sahaja, kalo x, jadi macam aku masa SPM yang lepas. Apabila aku menekankan pada subjek yang minat sahaja, subjek yang aku kurang minat memang x paham langsung (fail terus SPM utk subjek akaun aku...hehehe), nasib baik aku amik 10 subjek, kalo x, mmg x merasa aku msuk U masa tuer. Bila dah masuk U, aku tekad dan berazam utk belajo bersungguh-sungguh dan semua subjek yang aku amik, aku anggap memang penting dalam hidup aku. Kalo nak tau, sumer subjek akaun yang aku amik masa Diploma n Degree semuanya sukses (mesti B+ ke atas). Kalo boleh undur masa, memang aku nak sit balik subjek akaun dalam SPM...hehehehe
Berbalik citer ex-anak aku nier, aku anto balik sms yang berbaur nasihat dan motivasi. Aku katakan kepada beliau, Jangan takut kegagalan, cuba buat yang terbaik, sentiasa fikirkan kejayaan dan doaku akan sentiasa mengiringi kejayaan beliau......Best x aku nasihat orang? tapi saya nak nasihat aku nier?.....hehehehe....... Walau apapun, selamat menduduki peperiksaan PMR utk ex-anak murid aku kat SMKLU......adios......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan