Selasa, 25 Ogos 2009

Cerita Ramadhan siri 2

Salam Ramadhan....

Aku baru jer sampai Segamat, bertolak dari Tekam kul 9 pagi tadi. Bertolak petang takut hujan la pulak. Sedar x sedar hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa, sekejap jer rasanya masa berlalu. Aku sebenarnya berat hati nak balik ari nier, maklum la Mak aku belum sihat sepenuhnya. Bila fikir balik, risau gak aku....maklum la, mak aku dah meniti di usia emas. Bila bulan Ramadhan camnier kalo mak aku sihat, biasanya bermacam-macam juadah yang akan disediakan untuk anak menantu dier. Mak aku memang rajin memasak makanan peberet anak-anak dier. Jom tengok benda apa yang mak aku selalu sediakan untuk juadah berbuka.

Kuih-Muih.....

Antara kuih-muih yang menjadi tradisi kesukaan kami adik-beradik bila bulan puasa ialah Kuih Melaka, Kuih sampan, Karipap, Agar-agar sagu, popia dan kuih beli pulak biasanya murtabak, roti jala, kuih bakar dan lain-lain lagi la. Kurma x juga dilupakan.

Makanan.......

Apa lagi....masak lemak cili api la...x kira la ayam ke, telur ke dan yang paling spesel tentunya ikan kembung rebus (kat pasar borong Jerantut jer selalu jumpa), selain tuer aku juga suka sambal tumis terung pipit, cendawan sisir goreng, ikan bakar cencaru, tempe dan lain-lain lagi la. Mee, mihun dan maggi aku x makan....so memang aku x minat la.....

Minuman.......

Laichikang, sirap ada selasih, cendol, cincau, air kelapa dan soya. Kebanyakan air-air nier ada dijual di bazar-bazar ramadhan. Masa kat kampung, merasa gak la aku jalan-jalan Bazar Ramadhan Bandar Pusat dan Gelanggi 2. Punya la ramai orang, ada gak la jumpa kawan-kawan lama.....hehehehe.

Walau apa pun, aku berharap mak aku cepat sembuh dan sihat seperti dulu....Aku? minggu nier nak balik lagi, maklum la isnin kan cuti merdeka. X tenang rasanya biler ada orang yang kita sayangi sakit, kalo boleh bior la kita ada nak menjaganya.....adios.....

Tiada ulasan: