Bila bulan-bulan puasa camnier, teringat zaman dulu-dulu. Kehidupan di FELDA sememangnya sesuatu nikmat yang membezakan penduduknya dengan orang bandar metropolitan. Hanya di FELDA dapat di lihat permuafakatan antara penduduk lebih akrab. Di bulan puasa, kita boleh lihat sesama jiran bertukar hidangan berbuka. Ini bukan hanya bersifat sedekah, tetapi lebih kepada memberi peluang kepada jiran-jiran merasa menu berbuka mereka. Biasanya yang menjadi delivery boy, semestinya anak-anak mereka. Makanan yang ingin ditukarkan itu biasanya mengambil berat jumlah isi rumah jiran mereka.
Selain itu, di FELDA aku sering juga diadakan Majlis Berbuka Puasa di masjid. Juadah ini biasanya disediakan @ di taja oleh setiap lorong hampir setiap hari. Sesekali, peneroka yang lebih berada biasanya menyembelih lembu untuk di jadikan santapan para ahli jemaah masjid. Masa majlis berbuka tersebut, dapat di lihat kanak-kanak berduyun-duyun untuk turut serta berbuka. Apa yang unik, tentunya kaedah makan beramai-ramai di dalam talam yang sudah tentu menjadi salah satu sunnah Rasullulah SAW. Bila makan dalam talam, rasanya lebih sedap dan kenyang.
Bila bulan puasa juga, AJK masjid juga akan membuat announcement mengenai derma yang akan di salurkan kepada Perkampungan Orang Asli di Sg Bangkong (berdekatan Ibol Tunggal, Tekam). Antara barangan yang perlu dihulurkan adalah kuih raya, makanan raya dan kain baju. Tahun lepas, seingat aku ayah aku ada menghulurkan derma kain baju dan sedikit kuih raya untuk orang asli nier. Ini bertujuan untuk memberikan mereka suasana raya dan berbaju baru semasa raya .
Kalau ikutkan, sedekah merupakan satu perkara yang dituntut dalam islam. X kira sekaya mana pun kita, semiskin mana pun kita, sedekah memang boleh dilakukan. Jika tidak mampu sedekahkan dengan wang ringgit, sedekahlah dengan senyuman dan kudrat.....sesungguhnya perkara itulah yang memurnikan hidup kita dan orang lain....adios.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan