Sabtu, 1 Ogos 2009

Jalan

Mana satu yang terbaik.....

Setiap manusia pasti mahukan apa yang mereka pilih merupakan yang terbaik dalam hidup mereka. Aku juga sering kali berada dalam dilema dan 2-3 hari ini aku sering mengharapkan pilihan yang aku buat sebelum hujung tahun ini akan menentukan masa depan dan hala tuju aku. Mungkin ditakdirkan aku meneruskan pilihan tersebut dan mengharapkan ianya merupakan batu loncatan untuk aku terus berjaya dan gagah mengharungi masa-masa yang mendatang. Mungkin apa yang akan aku pilih nanti akan dianggap mudah. Mudah untuk orang bekerja seperti aku dan dapat menjamin kehidupan lebih selesa dari sekarang. UiTM @ OUM? RM? Course - EMBA @ MBA @HRD? memang pening bila memikirkannya. Bayangkan bila ada PHD, org akan panggil DR. BOB...best-best......mintak-mintak ini akan menjadi kenyataan dalam hidup aku suatu hari nanti. Betul la kata kwn2....waktu muda la kalo nak belajar tinggi, kalo dah tua otak dah tepu....nak jawab exam pun penin nanti...hehehe...Ape-Ape Ajelah..... Bagi aku, rezeki ada dimana-mana. Kita jer kena cari nak dapatkannya....

Tiada ulasan: