Isnin, 17 Ogos 2009

Mesyuarat bersama TNC A&A kali ke-5

Dengan bekas KP aku masa belajo kat Dungun (skang Timb Dekan - Dr Bahrom) Gaya memang x berubah...hehehe

Ucapan penutupan mesyuarat......

TNC A&A UiTM, Prof Dr Mustafa Md Zain

TQ Fakulti PTP

Salam

Jumaat, sabtu dan ahad aku menghadiri Mesyuarat Akademik bersama TNC A&A bersama-sama ngan PM Yusri. Kali ini, venue yang di pilih adalah UiTM Kampus Puncak Alam (1st time aku datang sini). Mesyuarat yng dhadiri oleh TD, TP dan rakan-rakan AR sememangnya wajib diadakan setiap semester bagi membincangkan isu-isu berkaitan akademik di PTJ masing-masing.

Mesyuarat kali ini agak istimewa di mana aku berjumpa dengan DR Bahrom, bekas KP masa aku amik diploma kat Dungun dulu (maklum la pelajar yang agak jahat...hehehe). Dier pun memang ingat aku lagi, banyak la benda yang aku sembang ngan dier. Banyak dah rupanya perubahan yang berlaku kat Dungun rupenyer. Teringin betul aku nak gi sana...hehehe...melihat kembali tempat yang memanusiakan aku (ye ker?...hehehehe).

Aku baru jer sampai Segamat, nasib baik sempat tengok game Man Utd lwn Birmingham....nsib baik la menang, tapi rasanya Alex kena fikir cara nak tajamkan penyudah striker MU...bagi aku agak tumpul.....walau apapun, 3 points dalam tangan...Next game? Vs Arsenal...buku bertemu dengan ruas....hahahahaha....adios......

Tiada ulasan: