Ahad, 9 Ogos 2009

Persiapan Terakhir

Salam

Berbagai dugaan menimpa umat islam akhir-akhir ini lantaran sikap manusia yang mengambil mudah dan tidak bersyukur di atas segala kurniaan Illahi. Bencana Alam, Wabak Penyakit dan Masalah Sosial merupakan tanda-tanda yang masih tidak menggentarkan perasaan umat Islam. Adakah umat islam hari ini masih lupa? leka? malas? berfikir tentang perkara-perkara yang berlaku sekarang. Tanda-tanda ini sememangnya sudah dinyatakan sebagai tanda-tanda kecil sebelum datangnya hari Kiamat.

Mohon persiapkan diri kita dengan amal........amal untuk bekalan kita di SANA..............

Al-Fatihah untuk student UiTM Johor yang meninggal kerana H1N1 malam semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Buat ahli keluarga beliau, semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini.

Tiada ulasan: