Isnin, 31 Ogos 2009

Merdeka

1 Malaysia.....

Perbarisan staf UiTM Johor.....

Ramainya awek misi......


Chief de' Mission

Merdeka....satu perkataan yang menunjukkan kebebasan jiwa....minda.....kelakuan....penindasan dan lain-lain yang bersangkutpaut dengannya. Tapi sebagai manusia yang bertamadun, konsep kemerdekaan perlu di terjemahkan dengan penuh kesyukuran dan penuh muhasabah dalam diri. 52 tahun yang berlalu sebenarnya hanyalah sebuah episod penuh ranjau pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu. 52 tahun juga merupakan satu perjalanan yang penuh kesyukuran bagi pejuang-pejuang kita. Konsep 1 Malaysia hanya sebuah luahan, agar rakyat Malaysia terus bersatu dan boleh bersama-sama berganding bahu untuk memastikan negara Malaysia terus aman dan makmur.

Kerakusan beberapa pihak tertentu tentunya menjadikan semua ini kisah dongeng dan penuh muslihat. Kealpaan akan menyebabkan pihak-pihak yang x bertanggungjawab ini akan meranapkan negara tercinta ini. Ini bukan melalut, tapi satu menifestasi minda seorang anak merdeka......adios.....

Pagi tadi kul 7 lebih dah kena berbaris kat Dataran Segamat, Merdeka punya pasal...best-best


Sabtu, 29 Ogos 2009

Majlis Perpisahan Khalid....

Berbuka di Juara Ikan Bakar....

Selepas kenyang....

Moga berjumpa lagi....

Salam

Semalam staf HEA dan rakan-rakan AR turut serta dalam jamuan berbuka puasa dan meraikan Khalid. Khalid datang ngan bini dan "Naruto" dier...hehehehe. Semoga berjumpa lagi hendaknya......Jangan lupakan kami.....

Jumaat, 28 Ogos 2009

Memories of Khalid......

Khalid, kami dah tinggal bertiga jer lagi....

Mesti ko akan teringatkan bilik nier....

Aku akan jaga belen-belen khazanah ko dalam bilik nier...hehehehe

Kata-kata Khalid......

Hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di UiTM Segamat dan akan meneruskan perkhidmatan di UiTM Alamanda Petaling Jaya bermula 1 September 2009. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga UiTM Johor di atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan tugas. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf atas salah dan silap yang saya lakukan secara sengaja atau tidak dan mohon dihalalkan makan dan minum.

UiTM Johor merupakan tempat pertama saya di dalam kerjaya di UiTM, banyak perkara yang saya pelajari di sini. Bermula di BHEA dan kini di PJI ia akan meningalkan seribu kenangan yang indah.

Moga berjumpa lagi!

Mungkin agak ringkas, tapi sememangnya signifikan untuk Warga UiTM Johor terutama staf HEA. Semoga ko terus cemerlang di tempat baru.........adios....

Suasana Raya......

Pelita tu gimik jer......

Merdeka @ Raya = mana lagi penting?

Kak Ida jadi model kejap.....

Dalam 2 @ 3 hari nier, staf-staf HEA sibuk menghias opis....bior nampak macam suasana raya sikit. Hari rabu ari tuer anyam ketupat, semalam gantung ketupat, pagi tadi letak lampu kelip-kelip ngan pelita.....minggu depan x tau la letak apa plak. Aku cadangkan suh adakan sudut raya dalam opis, kalau perlu letak buluh lemang n kuali mcm kacau dodol...hehehehe, bior nampak mcm suasana raya.

Kul 3 tadi pun gi meeting pasal Rewang Raya. Tadi lebih kepada meeting dasar dan perbincangan. Rewang raya UiTM Johor akan diadakan pada 6 dan 7 Oktober di Dewan Sri Temenggung dan geng-geng AR telah ditugaskan untuk kerja-kerja event management dan protokol.

Dan yang paling terharu tentunya hari nier apabila hari nier merupakan hari last Khalid (AR BPJI) bertugas di UiTM Johor dimana beliau selepas ini akan melaporkan diri ke UiTM kampus Alamanda....Hmmm..hilang sorang sahabat, orang yang selalu kena tanya ngan aku....hopefully dier x lupekan kami kat sini. Jap lagi nak berbuka ngan staf-staf aku di samping diselitkan Majlis Perpisahan Khalid ke sana.......tapi kul berapa nak pergi nier? sekali dah ptg2 camnier ada orang nak pasang meja bilik mesyuarat plak.....sepoi betul planning aku.......

Khamis, 27 Ogos 2009

Harapan Ramadhan......

Bila sebut Azam jer, sumer orang just ingat tahun baru.....tapi pernah x korang ada Azam utk bulan Ramadhan nier? Kalau belum ada cepat-cepat la tanam azam di bulan Ramadhan nier...hehehehe......

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Download mp3 Raihan & Manbai - Harapan Ramadhan

Cerita Ramadhan Siri 4 (Sedekah)

Bila bulan-bulan puasa camnier, teringat zaman dulu-dulu. Kehidupan di FELDA sememangnya sesuatu nikmat yang membezakan penduduknya dengan orang bandar metropolitan. Hanya di FELDA dapat di lihat permuafakatan antara penduduk lebih akrab. Di bulan puasa, kita boleh lihat sesama jiran bertukar hidangan berbuka. Ini bukan hanya bersifat sedekah, tetapi lebih kepada memberi peluang kepada jiran-jiran merasa menu berbuka mereka. Biasanya yang menjadi delivery boy, semestinya anak-anak mereka. Makanan yang ingin ditukarkan itu biasanya mengambil berat jumlah isi rumah jiran mereka.

Selain itu, di FELDA aku sering juga diadakan Majlis Berbuka Puasa di masjid. Juadah ini biasanya disediakan @ di taja oleh setiap lorong hampir setiap hari. Sesekali, peneroka yang lebih berada biasanya menyembelih lembu untuk di jadikan santapan para ahli jemaah masjid. Masa majlis berbuka tersebut, dapat di lihat kanak-kanak berduyun-duyun untuk turut serta berbuka. Apa yang unik, tentunya kaedah makan beramai-ramai di dalam talam yang sudah tentu menjadi salah satu sunnah Rasullulah SAW. Bila makan dalam talam, rasanya lebih sedap dan kenyang.

Bila bulan puasa juga, AJK masjid juga akan membuat announcement mengenai derma yang akan di salurkan kepada Perkampungan Orang Asli di Sg Bangkong (berdekatan Ibol Tunggal, Tekam). Antara barangan yang perlu dihulurkan adalah kuih raya, makanan raya dan kain baju. Tahun lepas, seingat aku ayah aku ada menghulurkan derma kain baju dan sedikit kuih raya untuk orang asli nier. Ini bertujuan untuk memberikan mereka suasana raya dan berbaju baru semasa raya .

Kalau ikutkan, sedekah merupakan satu perkara yang dituntut dalam islam. X kira sekaya mana pun kita, semiskin mana pun kita, sedekah memang boleh dilakukan. Jika tidak mampu sedekahkan dengan wang ringgit, sedekahlah dengan senyuman dan kudrat.....sesungguhnya perkara itulah yang memurnikan hidup kita dan orang lain....adios.....

Selasa, 25 Ogos 2009

Cerita Ramadhan siri 3 (Solat Sunat Tarawikh)

Salam...

Solat Sunat Tarawikh merupakan Anugerah kepada manusia yang tidak ternilai, banyak nyer pahala untuk umat-umat Islam. Masjid An-Nur macam biasa bila bulan Ramadhan, penuh sampai 7 saf x termasuk saf budak-budak. Pada tahun ini, Solat Tarawikh hanya 8 rakaat tidak seperti tahun-tahun yang sudah 20 rakaat. Ini mungkin di sebabkan hanya warga emas yang ada untuk mengerjakan sembahyagsunat tersebut. Ke mana perginya generasi muda belia? Dari pemerhatian aku, jumlah belia yang turut serta bersembahyang Tarawikh boleh la dikira dengan jari. Dan jumlah yang ramai ini biasanya semakin berkurangan apabila di penghujung Ramadhan. Sebab apa? korang sendiri la yang menilainya....

Oleh itu, aku menyeru rakan-rakan aku.....Marilah kita beramal ibadat dan mencari pahala sebanyak mungkin di bulan Ramadhan nier.....SAYANG kalo kita x gapai semua pemberian dari-NYA di bulan yang mulia ini.........

Cerita Ramadhan siri 2

Salam Ramadhan....

Aku baru jer sampai Segamat, bertolak dari Tekam kul 9 pagi tadi. Bertolak petang takut hujan la pulak. Sedar x sedar hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa, sekejap jer rasanya masa berlalu. Aku sebenarnya berat hati nak balik ari nier, maklum la Mak aku belum sihat sepenuhnya. Bila fikir balik, risau gak aku....maklum la, mak aku dah meniti di usia emas. Bila bulan Ramadhan camnier kalo mak aku sihat, biasanya bermacam-macam juadah yang akan disediakan untuk anak menantu dier. Mak aku memang rajin memasak makanan peberet anak-anak dier. Jom tengok benda apa yang mak aku selalu sediakan untuk juadah berbuka.

Kuih-Muih.....

Antara kuih-muih yang menjadi tradisi kesukaan kami adik-beradik bila bulan puasa ialah Kuih Melaka, Kuih sampan, Karipap, Agar-agar sagu, popia dan kuih beli pulak biasanya murtabak, roti jala, kuih bakar dan lain-lain lagi la. Kurma x juga dilupakan.

Makanan.......

Apa lagi....masak lemak cili api la...x kira la ayam ke, telur ke dan yang paling spesel tentunya ikan kembung rebus (kat pasar borong Jerantut jer selalu jumpa), selain tuer aku juga suka sambal tumis terung pipit, cendawan sisir goreng, ikan bakar cencaru, tempe dan lain-lain lagi la. Mee, mihun dan maggi aku x makan....so memang aku x minat la.....

Minuman.......

Laichikang, sirap ada selasih, cendol, cincau, air kelapa dan soya. Kebanyakan air-air nier ada dijual di bazar-bazar ramadhan. Masa kat kampung, merasa gak la aku jalan-jalan Bazar Ramadhan Bandar Pusat dan Gelanggi 2. Punya la ramai orang, ada gak la jumpa kawan-kawan lama.....hehehehe.

Walau apa pun, aku berharap mak aku cepat sembuh dan sihat seperti dulu....Aku? minggu nier nak balik lagi, maklum la isnin kan cuti merdeka. X tenang rasanya biler ada orang yang kita sayangi sakit, kalo boleh bior la kita ada nak menjaganya.....adios.....

Khamis, 20 Ogos 2009

Cerita Ramadhan

Bulan Ramadhan sememangnya merupakan satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Bulan yang boleh digunakan sepenuhnya untuk menambahkan ibadah dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Apabila bulan Ramadhan, kita dapat lihat manusia berlumba-lumba untuk beribadah kepada Allah SWT dan ini dapat dilihat apabila masjid penuh dengan muslimin dan muslimah untuk bertarawikh bersama-sama. Sembahyang Sunat Tarawikh merupakan ibadah yang menjadi perkara wajib bagi seseorang muslim di bulan Ramadhan ini.

Begitu juga aku, aku suka akan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan dalam hidup aku sesuatu ANUGERAH dari Allah SWT. Dari belajar sampai la sekarang, bermacam jenis puasa telah aku lihat orang lain buat dan pernah aku praktikkan....hehehehe...bukan semua tau.....

Masa kecil - Puasa sekerat-sekerat.

Puasa ini biasanya dipraktikkan untuk mempersiapkan diri @ latihan praktikal bagi umur 7 @ 8 tahun belajar puasa. Kanak-kanak kan berbuka lebih kurang kul 12 tengahari, tapi kadang-kadang boleh dipanjangkan sehingga pukul 2.....hehehehe. Bagi yang mungkin berpuasa penuh, ganjaran wang tunai disediakan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka berpuasa.

Masa Remaja - Puasa (Puas aaaaaa berlakon)

Puasa ini biasanya dipraktikkan bagi yang jenis x tahan @ x bangun sahur. Bila perut pedih, macam-macam boleh berlaku. Sumber air utama tentunya bilik mandi (dgn teknik mandi hampir 1/2 jam) @ buat-buat berkumur...hehehehe. Sumber makanan tentunya tong biskut yang diletakkan di bawah katil dan almari baju. Bagi perokok tentunya, ladang-ladang kelapa sawit menjadi saksi dosa yang dilakukan. Bila balik umah, berlakon mcm puasa dan tentunya orang pertama yang menanti juadah untuk berbuka.

Masa Muda - Puasa Nyang Nyang Yok

Lebih kurang mcm puasa masa remaja, tetapi puasa ini lebih bersifat kurang ajar dan jenis x tau malu...hehehe. Kedai Mamak merupakan target utama hampir setiap hari disamping menggunakan senjata sulit supaya tidak dikenali (memakai helmet dan memakai topeng Amuk...hehehe). Bila balik kerja, buat-buat bodoh dan siap beli juadah berbuka utk anak bini, bila berbuka jamah sikit jer, katanya nak utamakan keluarga padahal dah kenyang melantak kari kambing....hehehehe.

Masa Dewasa - X Sedar Puasa

Puasa ini biasanya dipraktik bagi mereka yang pelupa (@ buat2 lupa). Kadang-kadang hari pertama kul 8 pagi bancuh kopi sambil cicah biskut jagung. Bila terkantoi, ckp aku lupalah, ye ke puasa?, masuk bulan Ramadhan ker? dan mcm2 lagi la...hehehe.

Menda-menda camnier la kita kene jaga selalu....betul x?....kalo terasa, mohon maaf...hehehe

Isnin, 17 Ogos 2009

Mesyuarat bersama TNC A&A kali ke-5

Dengan bekas KP aku masa belajo kat Dungun (skang Timb Dekan - Dr Bahrom) Gaya memang x berubah...hehehe

Ucapan penutupan mesyuarat......

TNC A&A UiTM, Prof Dr Mustafa Md Zain

TQ Fakulti PTP

Salam

Jumaat, sabtu dan ahad aku menghadiri Mesyuarat Akademik bersama TNC A&A bersama-sama ngan PM Yusri. Kali ini, venue yang di pilih adalah UiTM Kampus Puncak Alam (1st time aku datang sini). Mesyuarat yng dhadiri oleh TD, TP dan rakan-rakan AR sememangnya wajib diadakan setiap semester bagi membincangkan isu-isu berkaitan akademik di PTJ masing-masing.

Mesyuarat kali ini agak istimewa di mana aku berjumpa dengan DR Bahrom, bekas KP masa aku amik diploma kat Dungun dulu (maklum la pelajar yang agak jahat...hehehe). Dier pun memang ingat aku lagi, banyak la benda yang aku sembang ngan dier. Banyak dah rupanya perubahan yang berlaku kat Dungun rupenyer. Teringin betul aku nak gi sana...hehehe...melihat kembali tempat yang memanusiakan aku (ye ker?...hehehehe).

Aku baru jer sampai Segamat, nasib baik sempat tengok game Man Utd lwn Birmingham....nsib baik la menang, tapi rasanya Alex kena fikir cara nak tajamkan penyudah striker MU...bagi aku agak tumpul.....walau apapun, 3 points dalam tangan...Next game? Vs Arsenal...buku bertemu dengan ruas....hahahahaha....adios......

Trial Exam PMR

Salam.....

Petang tadi aku dapat SMS dari ex-anak murid aku. Antara kata-kata SMS yang diberikan :

"Salam, cikgu....saya mintak maaf yerk, kalo de wat silap, esok saya exam percubaan PMR, cikgu doakan saya yer, skang tengah siap-siap nak kemas barang tuk balik hostel petang nier...." - Cik Y

Hmmmm....sedar x sedar dah setahun lebih aku meninggalkan SMKLU, Y yang aku mengajo masa tingkatan 2 tahun lepas (ngajo BM lagi), tahun nier bakal menduduki peperiksaan PMR tahun nier. Esok merupakan hari pertama trial exam PMR yang akan dihadapi oleh beliau. Sebelum nier, dier ada ngadu pasal beberapa subjek yang dier x kondifen nak jawab (Sejarah merupakan subjek yang dier paling takut). Aku pun apa lagi, bagi la kata-kata motivasi agar Cik Y berkeyakinan untuk PMR tahun nier. Aku kan suka bagi nasihat....hehehehe.

Bagi aku, kita x bole nak target sesuatu subjek sahaja, kalo x, jadi macam aku masa SPM yang lepas. Apabila aku menekankan pada subjek yang minat sahaja, subjek yang aku kurang minat memang x paham langsung (fail terus SPM utk subjek akaun aku...hehehe), nasib baik aku amik 10 subjek, kalo x, mmg x merasa aku msuk U masa tuer. Bila dah masuk U, aku tekad dan berazam utk belajo bersungguh-sungguh dan semua subjek yang aku amik, aku anggap memang penting dalam hidup aku. Kalo nak tau, sumer subjek akaun yang aku amik masa Diploma n Degree semuanya sukses (mesti B+ ke atas). Kalo boleh undur masa, memang aku nak sit balik subjek akaun dalam SPM...hehehehe

Berbalik citer ex-anak aku nier, aku anto balik sms yang berbaur nasihat dan motivasi. Aku katakan kepada beliau, Jangan takut kegagalan, cuba buat yang terbaik, sentiasa fikirkan kejayaan dan doaku akan sentiasa mengiringi kejayaan beliau......Best x aku nasihat orang? tapi saya nak nasihat aku nier?.....hehehehe....... Walau apapun, selamat menduduki peperiksaan PMR utk ex-anak murid aku kat SMKLU......adios......

Jumaat, 14 Ogos 2009

1 Tahun

Salam

Dah lama aku nak tulis entry nier......Dah 1 tahun aku duk kat Segamat nier, jerit perih dalam menjalani kehidupan mendewasakan dan mematangkan aku. Bersyukur, atas kurniaan Illahi terhadap insan seperti aku nier. Aku x tau persepsi orang terhadap aku. Bagi aku, tiada banyak masalah aku ngan org2 lain. Aku cuba memahami, memberi bantuan dan menolong selagi boleh terutama pelajar, tetapi kadang-kadang aku sendiri x paham. Kenapa mereka masih x berubah? Insaf yang ditunjukkan hanya bersifat sementara. Lain......dari yang sebelum susah tuer.

Dah 1 tahun, macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Kawan yang sebenar, kawan sekejap-kejap, kawan maki dan lain-lain lagi la. Rupanya manusia memang banyak perwatakan dan hidup kat dunia nier macam pentas wayang. Hhhmmmmm...terlalu subjektif untuk di terangkan kepada umum.....

Dengan penuh rasa kesyukuran terhadap-Nya.....aku berjanji, bukan pada diri sahaja tetapi juga pada keluarga aku, kawan-kawan baik aku, bos aku, staf-staf aku dan seterusnya pelajar-pelajar UiTM bahawa aku akan bekerja lebih baik dan baik dari sekarang, lebih bersifat penyabar dan lain-lain lagi la.... biar la apa orang nak kata, janji tetap aku nak kotakan.....AKU NAK TOLONG ORANG DAN BEKERJA DENGAN LEBIH IKHLAS......adios

Isnin, 10 Ogos 2009

Hari Cuti Yang Sibuk

Hehehe.....saja jer pilih tajuk nier, maklum la semalam ngan ari nier non stop aku ngajo budak-budak modul ijazah. Punya la banyak aku bagi aktiviti kat diaorang. Aktiviti untuk bdk2 modul satu ijazah paling best, maklum la budak masih fresh after diploma dan aktiviti paling menarik tentunya pengucapan awam. Walau pun masa yang aku peruntukan untuk diaorang x lama mana, tapi ke"confident"an mereka sangat menyerlah...hehehe. Ada cerita lawak, cerita pasal pengalaman dan cerita sedih (memang mereka nier ada talent kut....hahaha).

Modul yang bermula dari pagi sampai la ke petang, menyebabkan aku x berpeluang nak betul2 rehat dan jalan2 hujung minggu camnier dan hari nier paling letih aku rasa (hampir kul 7 malam baru abis....hahahaha).....Hujung minggu depan x bole mengajar modul plak psl aku ada Meeting ngan TNC A&A UiTM kat Puncak Alam selama 3 hari (tido hostel....hehehe)...Lama dah x tido hostel2 nier dan ini merupakan peluang aku untuk merasai zaman belajar dulu.

Bila nak balik kampung nier? 5 minggu dah x balik nier. Insya'allah, Aku akan pastikan aku berpeluang menyambut Ramadhan Al-Mubarak di kampung. Ingat nak amik cuti lama sikit, so aku decide nak cuti isnin ngan selasa...mintak-mintak la segalanya akan dipermudahkan......Rindu nyer nak balik umah...hehehe.....adios......

Ahad, 9 Ogos 2009

Persiapan Terakhir

Salam

Berbagai dugaan menimpa umat islam akhir-akhir ini lantaran sikap manusia yang mengambil mudah dan tidak bersyukur di atas segala kurniaan Illahi. Bencana Alam, Wabak Penyakit dan Masalah Sosial merupakan tanda-tanda yang masih tidak menggentarkan perasaan umat Islam. Adakah umat islam hari ini masih lupa? leka? malas? berfikir tentang perkara-perkara yang berlaku sekarang. Tanda-tanda ini sememangnya sudah dinyatakan sebagai tanda-tanda kecil sebelum datangnya hari Kiamat.

Mohon persiapkan diri kita dengan amal........amal untuk bekalan kita di SANA..............

Al-Fatihah untuk student UiTM Johor yang meninggal kerana H1N1 malam semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Buat ahli keluarga beliau, semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Bahaya Selsema Cik Bi (H1N1)

Aku ngan Epul bercadang membeli benda nier...hehehe
pakai yang nier, gatal hidung.....

Apa yang korang paling takut skang nier? H1N1.....betul-betul. Aku sendri takut gak. Maklum la, Melaka kan dekat jer ngan Segamat. UiTM sendiri pun telah mengambil langkah berjaga-jaga (pelajar jer yang ambil mudah akan perkara nier)....geram aku. Bermula dari minggu lepas - Poster, Topeng Muka, Risalah dan macam-macam lagi telah diberikan pada pelajar untuk mengambil serius akan hal ini tetapi hampeh.....buat x kisah jer. Risau aku (berjangkit susah plak aku...hehehe).

Kat sini aku nak kongsi pengalaman kawan (dier forward email pada aku) psl H1N1. Tengok baik-baik

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

** Takutnyer......anda?

Sabtu, 1 Ogos 2009

Jalan

Mana satu yang terbaik.....

Setiap manusia pasti mahukan apa yang mereka pilih merupakan yang terbaik dalam hidup mereka. Aku juga sering kali berada dalam dilema dan 2-3 hari ini aku sering mengharapkan pilihan yang aku buat sebelum hujung tahun ini akan menentukan masa depan dan hala tuju aku. Mungkin ditakdirkan aku meneruskan pilihan tersebut dan mengharapkan ianya merupakan batu loncatan untuk aku terus berjaya dan gagah mengharungi masa-masa yang mendatang. Mungkin apa yang akan aku pilih nanti akan dianggap mudah. Mudah untuk orang bekerja seperti aku dan dapat menjamin kehidupan lebih selesa dari sekarang. UiTM @ OUM? RM? Course - EMBA @ MBA @HRD? memang pening bila memikirkannya. Bayangkan bila ada PHD, org akan panggil DR. BOB...best-best......mintak-mintak ini akan menjadi kenyataan dalam hidup aku suatu hari nanti. Betul la kata kwn2....waktu muda la kalo nak belajar tinggi, kalo dah tua otak dah tepu....nak jawab exam pun penin nanti...hehehe...Ape-Ape Ajelah..... Bagi aku, rezeki ada dimana-mana. Kita jer kena cari nak dapatkannya....

Kembali ke Asal

KL, kota penuh dugaan....

Senja di KL, selepas kuar dari Pertama Kompleks.....


First time masuk UKM......

Malam Dinner Peserta Induksi....

Salam.....

Setelah hampir 3 minggu berinduksi di Kampung Gajah, tiba masanya aku bekerja kembali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang staff UiTM. Semalam walaupun aku amik cuti, aku tetap datang ke opis sign apa yang patut n review kerja-kerja yang bertimbun di atas meja. Aku masuk opis seawal pukul 7.15 pagi pasal aku dah berjanji ngan Basha nak follow dier pergi UKM (dia nak anto proposal PHD psl nak sambung belajar kat sana)....Kul 8 aku dah bergerak ke KL, Radzi pun join sekali (maklum la bagi org bergelar suami PJJ...hehehe). First time dalam idup aku menjejak kaki ke UKM Bangi (UKM x tutup lagi, maklum la H1N1 x menular lagi kat situ), aku juga berpeluang sembahyang jumaat kat situ (khutbah yang dibacakan sangat bersemangat dan menarik untuk didengar...rasanya secara spontan.....x ngantok pun....khutbah pasal musibah yang menimpa akhir-akhir ini)....satu khutbah yang baik untuk remaja. Abis sembahyang jumaat dah bergegas ke Faculty Bizz.....lama gak la aku tunggu Basha...sambil-sambil tunggu tuer, aku rewang-rewang sekitar kampus...besar gak la UKM nier rupenyer.

Kul 4.30 petang selepas Basha selesai jumpa advisor dier, kitaorang bergegas ke KL dan destinasi yang ingin ditujui Pertama Complex. Aku nak cari megazine Empayar dan beli CD album Green Day baru (21st Century Breakdown) kat Kedai Kaset Rock kat tingkat 1 Pertama Complex. Nasib baik ada. Tapi Majalah Empayar xder lasi Issue Ogos, jadi aku rembat jer la issue Julai. Maghrib dah bertolak keluar dari KL menuju ke Segamat. OTW balik singgah kat RNR Seremban untuk sembahyang. Kami makan kat Kedai Roti Nan Cheis kat Gemas (balik ikut exit tampin). Hari ini, aku sibuk jalan-jalan kat Bandar Segamat, punya la ramai orang....hehehehe. Esok apa la plak aku nak uat? kena planning nier....adios....