Itu tajuk lagu yang aku baru habis dengar tadi. Lagu nyanyian Scorpions, sebuah kumpulan rock dari Jerman. Ini sebahagian dari liriknya (terjemahannya dalam kurungan):
There’s so much love inside of you (Ada banyak cinta dalam dirimu)
That wants to be released (Yang mahu dilepaskan)
And all you gotta do is let it go (Apa yang kamu perlu buat ialah melepaskannya)
What you give you get back (Apa yang kamu berikan kamu akan dapat kembali)
So take my love just because it’s all I have (Jadi, ambillah cintaku kerana itu saja yang aku ada)Take my heart take my soul (Ambil hatiku ambil jiwaku)
I just never want it back (Aku tidak menginginkannya kembali)
Cause the love you give, is the love you’ll get (Kerana cinta yang kamu beri, cinta yang kamu akan dapat kembali)
Aku setuju sesangat dengan Scorpions, salah satu dari kumpulan rock evergreen yang aku suka. Jangan salah faham. Aku hanya suka lagu-lagu yang layan dari mereka, kerana kadang-kadang kita kena layan gak lagu-lagu jiwang camnier..hahaha (jiwa aku tetap indie). Banyak lirik lagu Scorpions yang berkaitan dengan kemanusiaan. Dalam kehidupan, kita akan menerima apa yang kita telah berikan. Sama seperti semua benda yang ada di pasar, kita akan terima sebanyak mana yang kita bayar. Cuma di dalam kehidupan, kita akan menerima lebih dari yang kita berikan. Kita berikan cinta, kita terima cinta dan kasih sayang. Kalo kita berikan kebencian, kita akan terima kebencian dan kutukan. Berilah kemaafan dalam saat kemarahan, kasih sayang dalam saat kebencian dan kemuncaknya; muhasabah diri ketika dilanda rasa marah, kekecewaan atau kesedihan.
Aku tidak nafikan; cakap senang, buat susah. Tapi cuba renungkan, apa yang kita akan dapat jika berbuat sebaliknya? Simpati? Kita dilihat berada di pihak benar? Adakah penting sangat apa yang orang kata? Biasanya orang akan berkata baik di hadapan kita, di belakang siapa tahu. Justeru, tiada bezanya apa yang orang lain kata atau fikir. Yang penting, adakah jiwa kita tenang, adakah kita bahagia?
“Berikan yang terbaik kepada dunia, dan dunia akan memberi yang terbaik kepada kita.”
Jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, orang lain akan berbuat yang sama untuk kita plak. Jika kita berlemah lembut dengan orang, orang pun akan berlemah lembut dengan kita. Jika kita hormati orang lain, orang pun akan hormati kita. Secara ringkasnya, orang akan layan kita sama seperti kita layan mereka.
Jika kita menjalani kehidupan dengan indah, kita akan dapati kehidupan penuh dengan keindahan. Tetapi jika kewujudan kita penuh dengan duri, kita akan dapati kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Kehidupan kita adalah pemberian Allah untuk kita; apa yang kita buat dengannya adalah pemberian kita kepada Allah SWT.....Wallahualam.....Adios
Tiada ulasan:
Catat Ulasan