Rabu, 25 Mac 2009

The Times


The Times adalah sebuah kumpulan muzik indie di Malaysia yang ditubuhkan pada 2004. Setakat ini, kumpulan ini telah merakamkan tiga buah album di bawah syarikat rakaman Clockwork Records.

Ahli Kumpulan :

Dari tahun 2006 hingga sekarang, kumpulan ini dianggotai:
Natazar - Vokal
Mono - Bass
Moon - Gitar
Irfan - Dram

Bekas ahli
Hamzah - Gitar (2004)
Alem - Gitar
Nazreen - Gitar

Sejarah

Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 oleh dua orang adik-beradik, Natazar dan Mono. Ahli kumpulan yang menyusul kemudian ialah Alem (pemain gitar utama), Hamzah (pemain gitar kedua) dan Irfan ( pemain dram). Membawakan muzik yang bercitarasakan retro. Antara lagu mereka yang popular adalah "Gadisku dalam koma" iaitu sebuah lagu dari album pertama mereka Soda Pop Rok 'N' Roll.

Album ketiga mereka telah dilancarkan pada tahun 2007 dengan judul Nada Melankolik Malaya. Album ini telah terjual lebih kurang 10 ribu salinan walaupun tanpa publisiti arus perdana. Tidak lama selepas album ini keluar, Alem dan Nazreen telah menarik diri daripada The Times atas sebab-sebab peribadi. Tempat mereka diambil alih oleh Moon yang dipilih melalui sesi uji bakat.

Pada tahun 2008, The Times telah melancarkan single pertama mereka dengan judul "Singapura Kuala Lumpur". Single ini telah berjaya menduduki tangga teratas AMP Channel V selama 20 minggu.

Album

Soda Pop Rock 'N' Roll - 2004
Extra Soda Pop Rock 'N' Roll - 2006
Nada Melankolik Malaya - 2007
Modern Minimalis Glamour - 2008

Single

"Singapura Kuala Lumpur" (2008) - Tangga teratas Carta AMP Channel V untuk seluruh Asia sejak Julai 2008 hingga Disember 2008

Pengaruh Bands The Times :

The Beatles
The Rolling stones
The Who
The Kinks
The Clash
The Jam
XTC
The Smiths
The Specials
Joy Division
New Order
Happy Mondays
Stone Roses
The La's
Primal Scream
Teenage Fanclub
Ride
Pulp
The Coral
The Charlatans UK
The London Suede
Oasis

Tiada ulasan: