Sabtu, 21 Mac 2009

Mengapa Aku Yang Terkena - Tribute To Demam Chiku*****

Jahanam punya nyamuk, kalo ko tetinggal IC kat kesan gigitan tuer mmg aku cari ko.....

Nasib aku la, nak uat camner.....Ingat ker demam biasa jer...sekali ada simptom-simptom Chikugunya plak...leceh betui.....as a result, aku dapat MC khamis dan jumaat...so dapat la aku merehatkan diri kat kampung sambil merawat demam chiku nier - aku guna rawatan tradisional (air kelapa+air jampi) + rawatan klinik panel (klinik Ghazali+Klinik Sulaiman)..hehehe...kat sini aku kongsi sikit citer pasal demam chikugunya nier.....jom belajar sama-sama ngan aku.....

Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi. Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika. Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Gejala dan tanda-tanda Demam ChikungunyaGejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :·

  • Demam yang tinggi secara tiba-tiba (aku dah kena)
  • Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) (xder-antibodi aku kuat)
  • Sakit otot (ader sikit2)
  • Sakit kepala (Ader - petang rabu)
  • Meloya (x lalu makan - hari khamis rekod dalam idup aku- makan roti kaya shj)
  • Keletihan (ader)
  • Bintik-bintik merah (rashes) (memang ader)

Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya. Sakit sendi biasanya sembuh dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Amat jarang menyebabkan kematian.RawatanTiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya. Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini. Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat" - Nasib baik aku kena x teruk, TQ para Tok Bomoh + Doctor-doctor yg merawat...hehehe

1 ulasan:

AnDeH berkata...

Takuit gler klu terkene penyakit nie..
mintak dijauhkan..

Wallahu a'lam..

-Andeh-