Salam.....
Geram betui aku hari ni....ada gak manusia macam nier....kebanyakkan gerak kerja yang memerlukan prosedur tak mahu diikuti...ikut hati aku memang aku nak mengamuk hari nier, nasib baik aku hormat sorang pensyarah nier....aku anggap dier macam mak aku yang sememangnya harus aku hormati....salahkah aku menetapkan dan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh UiTM? Kadang-kadang aku rasa hidup nier x fair apabila seseorang menyoalkan tindakan aku? adakah dengan merasakan diri mereka senior dan telah berkhidmat lebih lama dari aku, mereka boleh lakukan apa sahaja?
Prosedur yang mesti diikuti, dianggap sebagai karenah birokrasi...ada ke patut? Yang mempersoalkan prosedur ini pulak merupakan orang lama....iaitu orang yang berpengalaman. Cakap memang meninggi diri, maklum la...pensyarah DM52....aku macam biasa la, x mudah melatah. Aku cuba mengawal emosi aku dan cuba bertoleransi untuk menjernihkan suasana...walaupun aku rasakan apa yang aku lakukan hanya mengikut prosedur dan bukan aku yang tetapkan....Aku harap pensyarah tu paham antara maksud INTEGRITI dalam kerja. Walaupun cara dier cakap memang macam nak menjahanamkan aku...tapi aku peduli apa? Ko ingat, kami yang pentadbir nier xder akal fikiran ker? kami nier manusia gak. Kalo xder prosedur...korang boleh ke manage sendiri keje tuer.
Walaupun aku masih baru, aku tau...aku pun dah dapatkan nasihat dari orang lain sebelum menetapkan apa yang harus dibuat. Aku juga menceritakan apa yang terjadi pada hari nier pada kawan-kawan aku dan masing2 menyokong tindakan aku....Ala bagi aku benda nier adalah asam garam kehidupan, tapi kadang-kadang benda macam nier la yang bagi semangat pada aku untuk menjadi pensyarah tuer meluap-luap....alahai...x sabar nyer aku nak amik EMBA nier...hehehehe.
Buat kawan-kawan, doakan agar aku terus dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang berlaku....buat pensyarah tersebut, sedarlah ini bukan birokrasi tetapi ini adalah soal amanah dalam bekerja...kalo dah prosedur macam tuer ikut jer la....nak persoalkan untuk apa plak.....jangan ingat ko gaji besar bleh pijak kepala kami nier...INSAFLAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan