Salam....
Petang semalam kul 3 petang aku dah bertolak ke Shah Alam bersama Kak Zura, Kak Mimi n Encik Sulaiman. Tujuan kami ke Shah Alam adalah kerana menghadiri bengkel "Ekspo Selangkah ke UiTM" di Intekma Resort start kul 8.30 pagi sampai la kul 5.30 petang nier. Hari nier kami berbengkel bagaimana nak menarik kehadiran orang ramai untuk menghadiri ekspo dan menerangkan program yang sesuai dengan kelulusan mereka yang akan diadakan di setiap negeri pada 14 n 15 Mac 2009 nier. Kat UiTM Johor akan diadakan di Dataran Segamat (depan Jakel Trading). Tujuan ekspo ini sebenarnya adalah untuk mencapai target 200k pelajar UiTM pada 2010 nanti. Jadi pendedahan dengan kelebihan belajar di UiTM harus diwar-warkan pada orang ramai diluar sana.
Aku sendiri, yang merupakan pelajar UiTM dan kini bekerja di UiTM merasakan ini adalah Universiti yang terbaik untuk kita terutama kaum bumiputera nier. Selain medium pembelajaran yang menggunakan bahasa inggeris, pelan pengajian yang menepati selera industri juga merupakan kelebihan pelajar UiTM berbanding IPTA lain. Bukan aku mengangkat UiTM, tapi ini adalah kebenaran. Tak mustahil orang melayu macam kita nier boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Sapa xnak jadi orang pandai dan berilmu? Hanya orang yang sentiasa malas dan sukakan kerugian yang bencikan ilmu dalam hidup nier. Fikir-fikirkanlah.
Insya'allah, aku sendiri semester depan akan menyambung pengajian aku dalam Executive Master of Business Administration (EMBA) di UiTM Melaka....mudah-mudahan aku akan jadi manusia yang lebih berilmu pada masa depan dengan mengikuti program master nier.....Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan