Selasa, 30 Disember 2008
Man Utd The Best................
Sibuk.....
Salam....
Lama dah aku x update blog aku nier..hehehe. Ini kerana stat hari Jumaat hari tu aku sangat sibuk menguruskan kemasukan pelajar baru dan lama ke UiTM Johor nier...datang keje awal n balik lewat. Tu la rutin aku dalam 3 @ 4 hari nier. Letih rasenyer (tapi x seletih keje kat Toyota ari tu la..hehehe). Kadang-kadang stress menyebabkan kita cepat belajar tentang sesuatu perkara dan dapat melakukan sesuatu perkara dengan sebaik-baiknyer. Itu la perkara yang paling penting biler menjadi seorang boss nier. Kesilapan kecil bisa membuatkan satu duri dalam daging yang bisa merebak menjadi kanser di dalam sesuatu organisasi. Persefahaman dan permuafakatan antara staff amat penting untuk sesuatu organisasi agar sesuatu yang di lakukan dapat menjadi mudah dan teratur.Dah lama.....dah lama aku x balik kampung untuk melihat keluargaku....bukan nyer aku luper..tapi tugas hakiki sebagai ketua bahagian menyebabkan masa untuk bercuti agak terbatas dalam hidup aku seharian. Bayangkanlah CTR yang aku perlu ambil dalam tahun nier sebanyak 5 hari burn macam tu jer...hehehe. Kalo aku cutier nanti susah plak Khalid nak handle sorang-sorang HEA nier. So jalan terbaik, pendamkan jer la niat tuer..Tapi dalam hujung bulan nier maybe aku berpeluang nak cuti lama kut. Rindu pada kampung halaman agak menebal tambahan pula bau masakan di kampung...alahai....uat lapar perut jer...rindu plak kat Afif, Dila ngan Amir.....Biarlah...biar la aku pendam semua nier dulu......
Jumaat, 26 Disember 2008
Aktiviti Malamku....
Arif ngan skill bola berputar...hahaha
Basha ngan balingan konsisten...memang tahap pro mamat ni..
Malam semalam lepas makan malam kat Bandar Segamat, kami pi main bowling kat Segamat Super Bowling. Games pertama memang aku kalah teruk, tak percaya tengok kat scoreboard kat atas. Penyebab aku kalah games pertama kerana dah lama aku x main dan masih mencari rentak permainan (Last main adalah 3 tahun lepas di Kuantan)..hehehe. Games seterusnya permainan aku terus meningkat dan aku berjaya memotong Arif di games kedua dan ketiga..hahaha..puas hati...ader masa nak pegi lagi la.......
Pembantu MMS (PM)
Salam.....
Dalam 2 @ 3 hari nier aku agak sibuk dengan program latihan budak2 PM nier. Sebagai PPP Sempana Riau, aku kena aktif dengan aktiviti diaorang. Petang kelmarin aku memberi taklimat berkaitan aktiviti HEA pada hari pendaftaran nanti. Banyak gak la yang aku terangkan pada mereka. Hari pertama masa aktiviti outdoor sorang pelajar pompuan terkehel kaki dan secara automatiknya aku terpaksa menghantarnya ke Hospital Segamat. Kebetulan plak, masa tuer klinik dah tutup...hehehe. Lepas maghrib gak la baru balik. Yang x tahannyer dalam keta asyik menangis jer..tensen betui...nasib baik aku nier penyabar orangnya....Walau bagaimanapun aku nak ucapkan terima kasih pada semua PM. Lakukan tugas anda dengan berjaya dan telus tanpa mengharapkan balasan semata-mata. Semoga ALLAH SWT memberikan rahmat pada korang....
Rabu, 24 Disember 2008
Suasana......
Berarak, mendung kelabu.....hehehe. Suasana camnier aku paling suka sebenarnya
Kadang-kadang kalo duk melepak nier rasa tenang jer jiwa. Setelah seharian bekerja dan ber "deal" ngan staf dan panggilan dari pelajar kadang-kadang menyesakkan jiwa. Perasaan jemu kadang-kadang menyebabkan rasa stress ngan apa yang berlaku. Tapi bagi aku, keje tetap keje. Lari macam mana pun, tetap kena uat gak...hehehe. Dalam 2 @ 3 hari nier aku rasa nak senyum pun susah (pasal bengkak gusi lagi la..hahaha) tapi aku rasa jiwa aku semakin tenang. Staf-staf banyak membantu di dalam tugas dan ini menyebabkan tugas menjadi mudah untuk diuruskan. Hari ini Exam Supp Paper bakal berakhir..lega la sikit..hehehe. Cuma pagi tadi aku meeting ngan anak buah pasal preparation untuk pendaftaran pelajar dan tindakan HEA untuk hari Kualiti. Kali ni agak konfiden di di dalam meng "conduct" meeting walaupun agak banyak gurau-gurau. Kadang-kadang meeting x serius nier best gak, yang senyap n malu-malu pun bleh luah idea dan perasaan..hahaha. Aku berharap hari nier lebih baik dari semalam dan hari esok superb baik dari hari nier...adios......
Majlis Perpisahan Ustaz Aysraf (Bilal Masjid UiTM Johor)
Ustaz Zaludin menyampaikan ucapan yang sangat boombastic dan menggunakan ayat yang sangat futuristik...hehehe
Salam.....
Patah tumbuh, hilang berganti....begitulah adat di dunia, pertemuan dan perpisahan agak menyakitkan bagi insan yang akrab dalam persahabatannya. Dan malam tadi kami sebagai PPP UiTM Johor amat terasa akan perpisahan bersama rakan PPP, Ustaz Aysraf yang bakal menjadi seorang guru DPLI. Beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai staf UiTM pada 31 Disember 2008 nier. Malam tadi telah diadakan satu majlis sebagai meraikan kejayaan beliau menyambung pengajian DPLI untuk menjadi seorang pendidik. Kami di Pihak PPP amat terasa pemergiannya dan pastinya selepas nier merindui kelunakkan suaranya mengalunkan azan di Masjid As-Syakirin UiTM Johor selepas nier. Untuk Ustaz Asyaraf, selamat maju jaya dalam karier anda selepas ini dan mudah-mudahan dimurahkan rezeki selepas ini........
Selasa, 23 Disember 2008
Citer seram? (hahaha)
Salam.....
Minggu lepas kul 10 malam, hari jumaat aku balik dari berkursus Essential Skills of face to face communication di JPbSM UiTM Shah Alam. Sampai je kat Sempana Riau, aku tengok tempat parking Resident Staff kosong jer (naya la aku duk sorang2 kat bangunan besar bagak nier..kata aku dalam hati). sampai jer aku terus mandi n after that terus lepak2 depan TV, dalam kul 12 tengah syok layan movies kat channel astro kirana (kebetulan citer hantu gak) tiba2 aku dengar macam2...orang tarik kerusi la, bukak pintu la, ketuk dinding la. n macam2 lagi la. Aku cuba pekakkan telinga tetapi bunyi tersebut masih menghantuiku..hehehe. Aku terus uat2 bodoh (dalam takut) n masuk bilik. Bila aku duk dalam bilik xder plak dengo benda2 tuer..heran betui..hehehe. Pagi esoknyer aku nekad nak check in hotel untuk 2 hari sehingga kwn2 RS balik, tup2 yang melegakan aku ialah aku nampak keta Ustaz Asrul n En Zul kat tempat parking. La...ader diaorang rupenyer. Maknanya malam tadi tu bunyi dari umah diaorang la rupenyer...suspen betui..hahaha. Pagi sabtu tuer aku cabut gigi dengan senang hati, n balik ngan sakit hati ( 2 btg gigi aku ilang, ingat satu jer..hahaha). Sampai skang aku masih rasa sengal-sengal n sakit. Makan pun aku guna gigi belah kiri jer..hehehe.
Berbalik citer masa kursus tuer, aku berpeluang jumpa kawan-kawan aku macam loyer, komposer, Joe, Pian n geng2 pompuan. Najib n Rizal sibuk ngan keje plak tu pasal la diaorang x join prog tuer. tapi aku jumpe gak diaorang masa sembahyang jumaat kat Masjid UiTM. Najib macam biasa la, suka sakat aku..hahaha. Aku rasa seronok sangat biler jumper diaorang, entah biler lagi dapat bersama maybe masa induksi plak kut. Masing-masing sibuk ngan keje....sibuk ngan family tapi aku tetap keseorangan kat Johor nier...Bila nak bawak family nier? belum masanyer kut..hahaha, sampai masa boleh la...yang penting aku nak STABIL dulu...
Sampai sini saja citer mengarut aku pada hari nier...sampai jumper lagi..adios..........
Isnin, 22 Disember 2008
Pesta Buih (18SX)......
Hahaha...bunyi macam lucah jer email yang aku dapat baru-baru nier..hehehe..ader gak manusia terpikir nak uat lawak macam nier. Kadang-kadang lawak @ jenaka menyebabkan manusia ketawa. Ketawa akan menyebabkan panjang umur, senyum merupakan sedekah yang paling ikhlas untuk sesama manusia. Hargailah hidup nier seadanya....senyum sikit2 boleh, kalo lama sangat boleh jadi problem (nanti ke tanjung rambutan plak...hehehe).
Man Utd tetap juara................
Penyerang England, Rooney merembat deras pada minit ke-73 selepas mendapat hantaran Cristiano Ronaldo untuk United bangkit selepas Nemanja Vidic dibuang padang kerana menyiku pemain lawan di awal babak kedua.
Jaringan tersebut memberikan United musim paling cemerlang selepas kejuaraan Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara.
Kini kelab itu boleh berbangga dengan kejuaraan kelab dunia, sekali gus menutup mulut pengkritik yang menyifatkan perjalanan jauh yang dilalui United untuk menyertai kejohanan tersebut tidak berbaloi.
Pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu juga muncul kelab pertama Britain memenangi kejohanan tersebut sekali gus meletakkan nama sebaris dengan kelab Itali, AC Milan dan kelab Brazil, Internacional dan Sao Paulo.
Bimbang kekurangan pemain yang benar-benar cergas untuk berdepan Stoke City Jumaat ini, Ferguson membuat beberapa pertukaran daripada skuad yang menewaskan Gamba Osaka Khamis lalu dengan Gary Neville, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Nani menghuni bangku simpanan.
Sepanjang perlawanan, Ronaldo sentiasa dikawal ketat dan dua kali diterjah keras di awal perlawanan ketika pemain lawan mahu mengeluarkan bola.
Liga terlebih dahulu mencipta peluang malahan hampir mendahului pada minit keempat apabila Jairo Campos melepasi perangkap ofsaid namun rembatannya tersasar.
United membalas menerusi Rooney yang mendada bola selepas mendapat hantaran Vidic di dalam kawasan penalti 10 minit kemudian dan melepaskan rembatan namun ditepis kemas oleh penjaga gol, Jose Cevallos.
Rooney sekali lagi menguji Cevallos beberapa minit kemudian dengan rembatan padu namun ditepis keluar. oleh penjaga gol untuk sepakan sudut.
Ronaldo, yang disifatkan Ferguson memiliki potensi seperti legenda Pele dan Maradona, memikat 68,000 penonton dengan permainan dan gerakan penuh helah.
Pemain sayap Portugal itu menyambar hantaran silang Carlos Tevez pada minit ke-19 namun diselamatkan penjaga gol.
Tidak lama kemudian, Rooney cuba memperdaya penjaga gol dengan sepakan lambung apabila Cevallos meninggalkan kawasan gol namun bola melepasi palang.
Liga mengekalkan disiplin dan cuba meneruskan penguasaan namun ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila kombinasi Rooney dan Tevez yang menghantar bola kepada Rafael di sebelah kanan kawasan gol namun percubaan pemain muda Brazil itu sekali lagi dihampakan oleh penjaga gol.
Park Ji-Sung sepatutnya meletakkan United satu gol di depan tetapi rembatan voli pemain Korea Selatan itu dari jarak enam meter terlalu tinggi untuk kedua-dua pasukan terus kebuntuan jaringan.
United memulakan babak kedua dengan kemungkinan perlawanan berakhir dengan keputusan buruk apabila Vidic dikenakan kad merah pada minit ke-49 kerana menyiku Claudio Bieler.
Walaupun dengan 10 pemain, United tetap beraksi kemas dengan Ronaldo terus mencemaskan Cevallos menerusi rembatan jauh dan Rooney sekali lagi memperoleh peluang menerusi tandukan tetapi bola tepat ke arah penjaga gol.
Sementara itu dalam perlawanan penentuan tempa ketiga, kelab Jepun, Gamba Osaka menewaskan Pachuca dari Mexico 1-0.
Petikan dari AFP
p/s : Aku bangga kerana Man Utd menang..hahaha...jangan jeles...tambah satu lagi koleksi piala la....
Rabu, 17 Disember 2008
Meeting Post Mortem MMS
Salam....
Pagi-pagi lagi lebih kurang kul 9 aku dah kena masuk meeting, meeting ngan TP HEA dan TP HEP pasal post mortem dan perbincangan tentang MMS untuk pelajar baru kemasukan 26hb nier. Abis meeting nak dekat kul 1 gak la..hehehe. Meeting tadi lebih kepada penyelesaian semasa hari pendaftaran dan venue untuk pendaftaran tersebut. Disebabkan fasiliti yang kurang di UiTM Johor nier, jadi kami terpaksa full utilised segala kemudahan yang ader. Hopefully xder la masalah pada hari pendaftaran dan minggu MMS nanti.
Start malam tadi aku dah duk sorang pasal Epul still bercuti sampai la awal bulan depan, family aku pun dah selamat sampai kat Pahang. (semalam aku anto balik lebih kurang kul 12 tapi bas datang nak dekat kul 1....geram gak la...hehehe). Esok pagi lebih kurang kul 6 am aku akan bertolak ke Shah Alam, ader kursus la sampai la ari jumaat....hehehe. Nampaknyer kena bangun awal la pagi sok. Hari sabtu plak ader appoinment bedah gigi. Hopefully dapat la MC untuk hari isnin dan selasa. Dr sabariah ckp bengkak gak la pipi nanti....hehehe. Bertambah chubby la nanti.......Ok la sampai sini sana journey aku dalam 2 @ 3 hari nier...adios...salam.........
Selasa, 16 Disember 2008
Berbakti tak rugi......
Apa yang paling menggembirakan hati orang tua?...bukan duit....bukan harta....tapi kasih sayang dan perhatian. Aku rasa setiap orang tua sangat sensitif...sensitif dari segi perasaan dan emosi...Mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak dier...seperti kata orang dulu-dulu...seorang ibu mampu menjaga seorang anak tetapi mampukah seorang anak menjaga seorang ibu? Adakah jagaan kita sebaik ibu menjaga kita sehingga dewasa? Mampukah kita nak balas jasa mereka? Berapa banyakkah wang yang telah mereka habiskan untuk membesarkan kita? Pada aku rasanya x mampu nak balas jasa mereka yang memang banyak....wang ringgit boleh diberi tetapi adakah mereka gembira? puaskah kita? kita bersenang lenang di bandar tetapi ibu bapa kita di kampung bagaimana? x rugi mengambil berat hal ibu bapa kita, betul x? Jadi anak yang mithali seharusnya tahu aper yang harus dilakukan...Jalan terbaik ziarahlah mereka, sentiasala bertanya khabar mereka dan yang paling penting berdoalah kepda ALLAH mohon berikan kesejahteraan pada ibu bapa kita setiap hari selepas sembahyang. Insyaallah kegembiraan akan terpancar di wajah mereka dan kesihatan mereka akan terpelihara hendaknya. Biarlah orang kata anak mak ker, anak bongsu ker, anak emas ker tapi seorang anak yang soleh seharusnya begitu. Buat kawan-kawan, kata-kata ini bukan menyindir tetapi ianya lahir dari hati sanubari aku sendiri.....Aku sentiasa takut...takut akan satu pemergian yang tidak dirancang...bagi yang dah merasa tentu tahu....yang belum merasa mungkin merasakan saat itu masih jauh....Wallahuallam...........
Isnin, 15 Disember 2008
Malam Dinner AR UiTM ( Arabian Night )
Abg Adnan dan Nita..berpadu suara...
Afif dan Menara Taming Sari
Muka mengada setelah hajat dimakbulkan...(senyum penuh helah..hahaha)
Sementara menunggu nak naik ke atas..seronok tengok menara tu berputar..hahaha
Tercapai juga cita-cita Afif nak naik Menara Taming Sari nier....hahaha. Masa mula-mula sampai kat Bandar Hilir dari jauh lagi dier dah nampak menatang nier..untuk puaskan hati dier, aku bawak la naik walaupun aku rasa sangat mahal RM20 utk orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak...hahaha....It's your dreams...hahahaha...
Laptop Sendiri
Jumaat, 12 Disember 2008
Raya Dalam Hujan......
Kawan-kawan........
Salam.....
Bukan mudah hidup kat dunia nier kalo xder kawan, rasanya sunyi jer hidup...ada kawan rapat, istimewa dan kawan kejap2 (ye ker?)..hehehe. Kawan boleh menjadi satu platform untuk kita meramahkan diri kita untuk berinteraksi dengan sesama manusia. Bagi aku personally, bila ader kawan sumer benda menjadi mudah dan teratur. Apa sajer benda yang kita x pasti dan x tahu, Insyaallah pasti kawan-kawan akan tolong. Ader juga kawan-kawan yang suka amik kesempatan atas kiter. Tapi rasanyer kalo kiter pandai bawak diri, x mustahil perkara buruk dapat dielakkan. Kesimpulannya.......apa saja yang kita lakukan jangan bagi orang marah...pasal manusia ni suka berdendam........Wallahualam.........
p/s : Kawan-kawan, tolong jangan tikam aku dari belakang (warning nier..hahaha)
Rabu, 3 Disember 2008
Meeting ngan Pendaftar UiTM (Dr Zahrah)
Salam.....
Hari nie kul 12 aku nak pegi Shah Alam ada meeting ngan Pendaftar UiTM di Intekma Resort esok ngan lusa, malam kang ada dinner Kelab AR...nak tau tema x?...Arabian Night....hahaha. Nak pakai apa la malam nier?...pening betui..hahaha....Aku balik 5hb ni terus balik Pahang untuk menyambut Hari Raya Korban.....So kat sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh kawan-kawan, ex-anak murid, umat islam di Malaysia dan seluruh dunia.....Sambutlah dengan penuh keinsafan.............. jangan lupa ketupat dan rendang di kampung......hahaha
Selasa, 2 Disember 2008
My Friend's - OAG's (Old Automatic Garbage)
When Positive Tone released OAG's Old Automatic Garbage album in December 1994, no one was expecting that the group of four teenage boys who describe their music as "60s Crunchy Pop Fuzz" would open a new chapter in local English music. The 11-song album backed by the national hit '60s TV' not only became the biggest ever local English hit, it opened the doors for more appreciation towards home-made English music. If not for that album, local English music might still be considered as "underground" if not second class. Old Automatic Garbage went triple-platinum and helped spark off the commercialisation of alternative music into mainstream Malaysia. OAG never looked back since: They wrote and performed the Official 1997 FIFA World Youth Cup song, a song that was also released in 8 European countries. They also participated in a landmark alternative compilation album called Boys & Girls 1 + 1 = 3 which introduced other groups like Nice Stupid Playground (nicestupidplayground), IntoXicated, Brodwyn (later re-named Juliet The Orange) and a solo act Nita. "Boys & Girls 1+1=3" went platinum.
In 1997, OAG released EP 67, an EP that went gold in 3 days. The EP was a landmark album as it showcased a wonderful experimentation between alternative and dance music. OAG then released Melody Mocker in 1999. The album included a groundbreaking CD-ROM section where fans can not only view the various lyrics, artwork and interviews of the group, they can also re-mix certain OAG audio samples for fun! The CD made it to the 1999 PIKOM-Computimes Finals in the CD-ROM category and also managed to gained a GOLD sales award.
In the year 2000, OAG released their greatest hits album, OAG.COMP, an album that chronicled their unparalleled rise in the Malaysian music industry. That album included new tracks "Sweet FA" and "Endless Dreams".
Eight years after '60s TV', OAG released Opera Radhi-o Friendly. This time around OAG set their eyes on a bigger goal than just to conquer the English-listening crowd: They expanded their horizons and also attracted the Malay-listening crowd. Opera Radhi-o Friendly has sold over 20,000 units, helped by their ultra-cool animated music video for "Slumber", a song that climbed to the #1 spot on Carta ERA. Many were left open-mouthed, astonished at the high level of songwriting and music production found in Satelit Ink, their lastest album. If the highly-successful previous album Opera Radhi-o Friendly marked the beginning of a new era for one of the most-loved alternative pop groups in Malaysia, Satelit Ink has confirmed OAG's status as a credible yet commercial indie pop outfit, capable of attracting listeners and ardent fans from all walks of life and of all ages.
Their hit "Akustatik" is a statement of poetic beauty, excellently guided through with beautiful inter-weaving guitars. In fact, all the tracks on Satelit Ink are just too deliciously wondrous and it is a musical crime to even try to describe the songs here. One just has to listen to the album and be taken away on an incredible musical journey. Close your eyes, let your mind go free and I'll bet that you won't want the music to stop.
After former members Naza, Alem and Mono left OAG to form rival band 'The Times', Radhi shopped around to recruit a new line up to form the OAG that we know today. OAG now consists of Radhio on vocals, Fizul on guitars, Nizam also on guitars, Eric on bass and Zul who still remains on drums. OAG has just released their latest studio album OrAnG. So hold on to your seats ladies and gentlemen because OAG is going to take you on a thrill ride...
● Discography ●
1994 - OAG
1997 - Experimental Playground 67 EP
1999 - Melody Mocker
2000 - oag.comp
2002 - Opera-Radhi-O-Friendly
2003 - Satelit Ink
2006 - OrAnG
Article Source: Ikon Malaysia
Gambar Team Building Lagi..hehehe
Merenung jauh masa hadapan.......
Salam......
Potret merupakan arca kehidupan, keindahan panorama merupakan ubat mata yang paling mujarab. Oleh itu terima la lagi gambar-gambar kursus team building aku kat IAB, Genting Highlands.......adios.......
Apa itu AIDS & HIV (sempena hari AIDS sedunia 1hb Dis 2008)
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome.
Apa itu HIV ?
HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency VirusVirus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.
Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit..
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?
HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
- Melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
- Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
- melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
- HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis.
Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas..
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
- HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.
- HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema.
- HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
- HIV tidak boleh dijangkiti melalui :
- Pendermaan darah
- Berjabat tangan dan berpelukan
- Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
- Berkongsi makanan dan perkakas dapur
- Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
- Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
- Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
- Menjaga seseorang yang positif-HIV.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV
Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?
Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko..
Apakah seks selamat?
- Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
- Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
- Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. S
- eks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.
p/s : Aiman TAK KISAH..........
Isnin, 1 Disember 2008
Team Building Program 28 - 30 November 2008
Malam practical warriors (masing2 macam ninja..hahaha)
Team aku...UiTM Marvellous
Salam.....
Aku nak tanya korang, kursus apa paling penat? Mesti korang akan cakap Team Building..betul x? hahaha. Aku pun camtu gak, bila pikir tentang team building aku akan fikir selesakah? kena kawad kah? makan best x? dan macam-macam lagi la...hehehe. Bagi aku walaupun kursus nier memang memenatkan tapi ada rahsia yang tersendiri di mana semangat kekitaan dan bersatupadu dapat disemaikan walaupun berlainan umur, bangsa, jantina dan sebagainya. Semangat inilah yang membawa kepada perhubungan yang lebih intim. Jika sebelum ni kurang rapat, tapi melalui program ini semua menjadi lebih akrab. Yang x bleh aku lupa masa balik semalam ada sorang lecturer before turun dari bas siap salam-salam n peluk geng-geng dier..hahaha. Mesti driver bas tu marah (Abg Fuad) kena tunggu. Bagi aku program nier memang penat, tapi aku sangat ENJOY...x caya? ....cakap banyak pun x guna...Meh layan gambar-gambar aku kat Institut Aminudin Baki, Genting.....
Ahad, 30 November 2008
Letih (From Genting to Segamat)
Salam...
Akhirnya aku selamat sampai kat Segamat kul 6.30 petang tadi, skang ni pun aku x balik umah lagi pasal aku turun betul-betul depan opis aku nie n dapati ada staf-staf aku tengah membuat preparation untuk Mesyuarat JAC esok. Masuk jer bilik aku terus check email, dah 3 hari aku tak check email, sekali dapat banyak plak tuer. Dan yang aku paling risau adalah kena pakai pakaian ala ala arab untuk majlis dinner ngan pendaftar pada 3hb nanti. Mana la aku nak rembat pakaian arab nier, dah la saiz susah nak cari..hehehe. Nak tempah memang mengarut jer. Aku xkan pakai pakaian tu untuk gi opis. Uat kena gelak jer..hehehe.
Esok seawal pukul 7 aku dah kena gi opis untuk membuat preparation diri aku plak (ilmu kureng lagi la untuk meeting camnier) kena belajar ngan taiko-taiko sini, at least kehadiran aku kat mesyuarat untuk dirasai. Malam nier aku tengah kumpul material yang bleh support speech aku utk esok..hehehe. Walaupun skang nier aku rasa sangat letih seletih-letihnya...hehehe. Kursus teambuilding tu sangat meletihkan bagi aku.....Skang pun batuk-batuk dan kulit muka aku menjadi kasar (maybe kesan perubahan cuaca Genting ngan Segamat kut..)
Ok la, sampai sini saja coretan aku pada malam nier (kul 11 malam)...aku nak balik tido la..hahaha
Khamis, 27 November 2008
From Segamat to Johor Bharu
Salam......Akhirnya sampai gak aku kat Segamat malam tadi lebih kurang pukul 11 lebih walaupun di sepanjang perjalanan ditemani hujan yang agak lebat. Nampaknya musim banjir bakal melanda di Johor agaknya. Semalam aku di JB adalah kerana menghadiri mesyuarat rumusan perjanjian program 2010-2011 yang sebelum ini diadakan di Colmar (lihat entri sebelum ni). Mesyuarat dilangsungkan bermula pukul 8 pagi sehinggalah pukul 12 lebih. Habis jer bermesyuarat di UiTM Kampus JB, kami terus bergegas ke Hospital untuk melihat seorang staff unit UPK UiTM Johor yang telah terlibat dalam kemalangan pada sabtu yang lepas. Keadaan pesakit beransur pulih dan mudah-mudahan tuhan menyembuhkan penyakit beliau. Petangnya pula kami ke Nusajaya, Wilayah Iskandar untuk mendengar taklimat berkaitan wilayah tersebut dan selepas itu kami terus ke Port of Tanjung Pelepas (PTP). Jadi sesi petang semalam lebih kepada sesi lawatan. On the way balik Segamat, kami singgah di Taman U, Skudai untuk membeli CD-CD pirate installer (dah lama x beli CD macam nie...hehehe) Aku ada beli beberapa CD OS Windows n software (petang nier boleh la format komputer..hahaha).
Sok aku akan berkursus team building selama 3 hari di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. Ikut tentatif program kul 7.30 pagi dah kena bertolak ke sana. Jadi hari ni ingat nak pegi bandar cari beberapa barang keperluan untuk menghadiri kursus tersebut...hahaha. Memang aku rasa sangat penat biler memikirkan tentang kursus nier. Letih woooo....Last aku menghadiri kursus macam nier masa kat UiTM Perlis, 2 tahun lepas kat Pendang Lake Resort. Macam-macam peel, dan aku takut mesti kena jadi tuk penghulu lagi..hahaha. Kenapa la orang pilih aku jadi ketua, bukannya aku hensem sangat..hahaha. Hari ni keadaan agak terkawal kerana ramai staff yang menghadiri kursus integriti cemelang kat bilik seminar..aku pun xder banyak keje nak di buat. ok la, sampai sini saja coretan aku untuk hari ni....kalau aku x update esok tu paham-paham jer la..hahaha...adios....
Selasa, 25 November 2008
FELDA Di Bumi Pertama (SUTERA)
Hujung minggu aku selalu ke sini....mandi kolam(Tekam Plantation Resort)
Rasanya aku x pernah cerita pasal tempat kelahiran aku...hehehehe. Ok la, aku merupakan anak peneroka FELDA Sungai Tekam Utara (SUTERA). Ayah aku dah duk kat sini sejak 1973, mula2 duk kat sini memang susah. Api dan air memang xder, bilik plak 1 jer dalam umah tue. Ramai gak yang x cukup kuat untuk menghadapi semua tuer lari dari tanah rancangan nier. Tapi ayah aku memang kuat semangat, dier tahu akan kebaikan menjadi peneroka FELDA nier. Dengan hasil titik peluh sebagai peneroka la yang menyebabkan aku membesar sihat macam sekarang nier. Masa belajar dulu ader gak la yang perlekehkan anak FELDA macam aku nier. Tapi aku x pernah malu untuk menjadi anak peneroka nier walaupun banyak anak-anak peneroka kat tempat aku yang rosak akhlaknya dan kadang-kadang menyebabkan aku kecewa pada anak bangsa aku kat sana. Kalau korang nak tau, aku nier jenis susah nak lepak x tentu hala nier, selain masjid tempat yang aku suka hanyalah umah aku kalo aku balik kampung...hahaha. Bukannya x nak campur ngan masyarakat tapi takut terjerumus dalam lembah penuh kehinaan..hahaha. Tapi jangan pikir aku x pernah rewang masa kenduri kahwin plak. Kalau di tanya orang la, aku rasa yang betui-betui uat keje masa rewang tersebut mesti termasuklah aku. Aku tengok belia-belia yang tolong pun just melepaskan batuk di tangga. Cuma nak rokok pastu bawak lauk balik...tu jer..kul 12 dah cabut dah. Lagipun kawan-kawan aku kat kampung semuanya banyak yang berjaya, yang tinggal hanyalah yang agak gelap masa depan (mat drug la..hehehe). Tu yang uat aku agak kecewa pada kawan-kawan aku.
FELDA aku, alhamdullillah la pasal semua kemudahan mencukupi lagipun bandar jengka sangat la dekat lebih kurang 15 minit jer dari umah aku (x mcm masa duk lepar aritu..rasa mcm jauh sangat nak kuar bandar..hahaha). Walaupun aku daerah Jerantut, tapi bandar jengka la yang paling dekat. Tu pasal aku lebih suka gi sana berbanding Jerantut. Lagipun bandar jengka ni merupakan bandar orang melayu (kedai nama cina n india memang xder kat sini, x bangga ker?..hahaha). Pasar Malam ari sabtu kat Bandar Jengka agak besar mcm kat Dungun gak, mcm2 ader...hehehe. Kat tempat aku plak hari selasa, pekan sehari hari ahad tapi sampai tengahari jer. Berbalik pasal FELDA aku, aku agak x puas hati adalah gerakan belia 4b di tempat aku, macam x jalan langsung. Duit dapat dari kerajaan, tapi xder apa2 pun aktiviti utk anak peneroka. Kalau aku duk sana aku ingat nak uat perpustakaan n bilik ICT kat masjid. Baru nak bincang ngan Imam, kut2 dier bersetuju. Berhampiran umah aku terdapat sebuah resort yang diuruskan FELDA iaitu TEKAM PLANTATION RESORT. Perjalanan dari umah aku amik masa 10 minit jer, memang dekat. Selain tu tempat menarik dekat2 ngan umah aku adalah Gua Kota Gelanggi, Taman Rekreasi Lubuk Yu dan paling penting pokok kelapa sawit..tenang jer bila pegi ladang sawit nier..hehehe.
Kesimpulannya firstly aku bangga jadi anak mak ayah aku, juga sebagai anak peneroka, anak rancangan dan sewaktu dengannya. X pernah terlintas untuk aku meninggalkan bumi tercinta nier. Membesarnya aku, adalah keranamu, kenyangnyer aku kerana kesuburan tanahmu, dan kini ingin rasanya aku berbakti pada mu. Jadi sesiapa yang rasa malu jadi anak peneroka nier buang la sifat tuer, sepatutnya kita kena berbangga dan pulanglah untuk berbakti di sini.
Jauhilah Dosa
Jauhilah dosa !
Dosa adalah kemurkaan Tuhan,
Tinggalkanlah dosa, kerana ia adalah hijab
Di antara hamba dengan Tuhan,
Larilah dari dosa !
Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan,
Jangan sekali-kali buat dosa,
Di dalam perjuangan terhijab bantuan,
Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan,
Kemurkaan Tuhan dan kekalahan,
Orang yang berdosa
Orang yang sedang karam di dalam lautan,
Bukan senang hendak diselamatkan,
Orang yang berdosa
Seperti ular yang besar sedang membelit seseorang
Menunggu hendak ditelan,
Orang yang berdosa
Laksana singa yang galak hendak menerkam,
Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya,
Orang yang berdosa
Seorang yang sedang dipeluk oleh seorang yang hodoh,
seluruh badan penuh dengan kudis,
Nanah dan darahnya sedang mengalir
Dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan,
Baunya terlalu busuknya,
Meloyakan tekak dibuatnya,
Sekali-kali jangan buat dosa,
Ini adalah perbuatan hina dan sangat memalukan
Mungkin amal ibadah kita, tidak ada nilainya disisi Tuhan,
Tidak mengapa amal ibadah yang sedikit
Tapi tidak buat dosa,
Allah Taala tetap redha,
Apa ertinya ibadah banyak bersama dosa
Tuhan tetap murka.
Isnin, 24 November 2008
Masjid An Nur, Sungai Tekam Utara
Gambar aku amik selepas sembahyang maghrib....
Cubaan meniru tapi terkantoi (Taktik terbaru)
Gambar kantoi 4
Gambar kantoi 5
Semester nie terdapat kes membawa nota dan cuba meniru di dalam peperiksaan telah memperagakan teknik terbaru bernama "korang x nampak, tapi atuk aku nampak". Walaupun begitu teknik tersebut telah dapat di hidu (bukan hidu gam) oleh ketua pengawas. Ketiga-tiga kes kantoi meniru untuk exam semester nie semuanya telah menggunakan teknik tersebut. Terimalah gambar kantoi tersebut. Gambar pesalah tidak boleh disiarkan dan diedarkan atas sebab-sebab keselamatan dan juga bertujuan untuk menjaga air muka mak bapak diaorang....hahahaha. Bodoh punya budak.............