Ko bz ke skang? Lama x nampok, sibuk ker? Banyak keje ke kat opis? hehehe. Camtuer la biler aku dah lama x update blog @ x kuar minum pagi @x ngulor...hehehe. Dah 2 minggu, aku memang tiap2 hari sibuk gegiler dan kemuncaknya hari ini...memang agak memenatkan bagi orang yang agak sihat macam aku nier. Setiap hari boleh dikatakan schedule aku dipenuhi pelbagai aktiviti, meeting, taklimat, penyerahan kertas soalan, staf nak jumpa, student nak jumper dan macam-macam lagi la. Alhamdullilah, Allah SWT masih mengizinkan aku untuk terus menghirup udara segar sampai sekarang dan dapat melakukan kerja dengan penuh Istiqomah.
Ingat pesan sorang guru aku. "Awak beruntung, hanya perlu memikirkan pelajaran dan fikir macam mana nak cemerlang dalam pelajaran. Kalau nak tau, bila dah bekerja nanti lagi banyak benda nak fikir." Camtuer la lebih kurang. TQ Cikgu Suhaimi. Dan sekarang, betul2 aku tau makna di sebalik kata-kata beliau. Memang banyak pancaroba, onak duri dan dugaan yang mendatang. X sangka, aku masih tabah dan terus mengharungi setiapnya dengan penuh berjaya dan berhemah...hehehe...itu sangkaan aku la.
Teringat plak citer psl kain putih, hhhmmmm....rupanya aku sendiri yang mencoraknya, memang masa kecik-kecik dulu x perasan, dah besar gini baru aku tau....dengan stail dan gaya aku sendiri, bebas? dah itu pilihan aku.....I love indie...............adios.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan