Khamis, 8 Oktober 2009

Sejarah Handphone aku

Al-kisah bermulalah sejarah Handphone yang pernah aku pakai selama ini:

Masa Belajo - Sagem (bantal), Nokia 3210, Alcatel OT?, Nokia 3310, Nokia (kalis air dan habuk-model aku lupa), Nokia 8210, Nokia Daun, Nokia 6600 (sabun), Panasonic (model?-mcm kete F1)

Disebabkan business nasi lemak dan karipap panas aku berkembang pesat, aku pun mendapat keuntungan yang agak berlipat kali ganda dan kemampuan memakai HP terserlah pada ketika itu...hehehehe. Pusing-pusing KL, akhirnya aku sambar 32 sekupang di Pertama kompleks. Masa ketika itu, coverage memang susah kat UiTM Terengganu. Bebudak Kolej Tasik (skang Tenggol) mengclipkan HP di tingkap bilik (kes kecurian memang kuat la)...hehehe

Selepas itu, sebagai kelainan aku angkat HP Alcatel OT (aku dah lupa kod model). HP ini memang kecil dan ada keyboard (senang nak taip msg). pastu beli Nokia 3310 (function byk-tuer pasal aku rembat).

Masa kat Perlis lagi banyak pilihan, (syurga HP tentunya kedai HP kat bandar kangar-memang kelabu mata). Boleh kata, hampir setiap semester (masa dapat duit PTPTN) pasti aku akan rembat HP baru...hehehehe. Kena racun ngan kawan-kawan. Masa kat Perlis, Aku x berapa ligat sangat business cuma kecil-kecilan membaiki komputer dan menjual perkakasan komputer.Seingat aku, last telefon yang aku pakai before nak grad adalah nokia daun dan nokia sabun....hehehehe.

Masa Kerja - Nokia sabun, Nokia daun, Nokia N70, Sony Ericsson K850i, dan terkini Nokia 5800 Xpress music (baru 3 bulan)

Masa kerja, aku dah kurang install macam-macam kat HP. Penggunaan HP lebih kepada keperluan, internet, MMS dan GPS. Dan kini, aku memakai 3 biji HP. Bukan psl kaya, tapi aku sayang nak terminate No tel lama. So, jalan terbaik terpaksa la tambah HP baru...hehehe (jgn x caya - no tel masa diploma aku masih aktif dan digunakan...hehehe). Dan bila nak bangun pagi, ketiga-tiga HP memang aku on alarm dier...hehehehe (satu bunyi alarm, satu lagu RHCP-around the world, satu lagi lagu the killers...hehehe) memang terjaga pagi. Dan yang terkini, Nokia 5800 banyak membantu aku - surf internet, GPS dan MMS. Dan setakat ini, 5800 ini sememangnya yang terbaik pernah aku miliki (selain SO 850i n Sabun(HP yang aku upgrade guna speaker import Thailand-sayang nak jual) nyer yang juga aku pakai skang nier). Target seterusnya? Nokia N97...hehehehe

Begitu la lebih kurang sejarah HP aku, HP nier memang dah jadi satu keperluan kut.....

Tiada ulasan: