Isnin, 26 Oktober 2009

Cikgu

Salam

Dah lama x jadi cikgu nier, hampir 1 tahun 3 bulan aku meninggalkan alam pendidikan dan hari ini kenangan tersebut kembali berputik. Cuma kali ini, agak berlainan kerana kesemua anak murid aku adalah pensyarah UiTM Johor..hehehe. Mengajar orang dah besar nier lagi susah sebenarnya. Pendekatan secara lebih bersahaja tentunya memberikan impak yang lebih positif. Berlainan ketika menjadi cikgu kepada budak-budak sekolah, kita terpaksa menyelami potensi dan keinginan mereka. Dengan itu, sesi pembelajaran tentunya menjadi lebih seronok dan menghiburkan.

Apa kelebihan mengajar orang yang dewasa? tentunya mereka lebih senang di ajar dan dapat mengadaptasi apa yang dipelajari dengan lebih berkesan. Mengajar kanak-kanak pula lebih memerlukan kaedah kawalan dan menyelami potensi diri pada setiap diri mereka. Ganjaran tentunya satu hadiah buat mereka yang lebih "advance" berbanding yang lain.

Masa mengajar dulu masa kat sekolah, kaedah pemberian merupakan satu bonus kepada pelajar. Aku suka memberikan ucapan berbaur pujian, wang ringgit bagi yang menunjukkan prestasi yang baik dalam test dan memberikan gula-gula sebagai balasan utk setiap potensi diri yang ditonjolkan. Mungkin aku bukan di lahirkan untuk terus menjadi guru atau pendidik, tetapi kenangan memberikan ilmu kepada mereka yang memerlukan merupakan satu kenangan dalam hidup aku. Mudah-mudahan, ini akan membawa kejayaan kepada mereka...adios....

Tiada ulasan: