Selasa, 13 Oktober 2009

Hari Ke-2

Salam,

Hari nier merupakan hari kedua aku di Shah Alam kerana menghadiri mesyuarat bersama Pendaftar UiTM, Dr Zahrah. Aku dan rombongan Johor menginap di Hotel Bluewave. Aku duk satu bilik ngan Epul. Petang tadi abis meeting kul 5 lebih. Dalam kul 6 aku ajak Epul pegi Swimming Pool...hehehehe. Dah lama x berendam. Masa kat situ, berkenalan dengan Mr R, seorang Asst Manager Toyota dari Bangkok. Beliau ke Malaysia selama lebih kurang 2 minggu kerana ada kerja di UMW Toyota. Sembang2 tanya la pasal gaji, nah ko, 70K rupees (lebih kurang 7k)...punya la best. Dia kata kalo duk India memang dah tahap dewa dah tuer...hehehehe. Macam2 gak la kitaorang speaking meeking ngan dia, dari movie Bollywood sampai la citer2 keter.

Kat sini, apa yang aku nak citer sebenarnya jangan la kita sombong sangat. Kalo boleh cari la kawan banyak-banyak......hanya dengan senyuman, pasti terserlah keikhlasan....senyum la dari hati....dunia kan berseri, dan hari ini dah terbukti aku tambah sorang lagi kawan dari India, hopefully bila ku bercuti kat Bangkok nanti, boleh la jumpa dier.....adios.........

Tiada ulasan: