Salam
Hanya tinggal beberapa hari jer lagi sebelum pelajar UiTM menduduki peperiksaan akhir. Untuk semester ini, tiada cuti study week (maklum la dah bagi cuti H1N1). Pelajar yang bijak tentunya sudah membuat persediaan rapi. Kat Kolej Sempana Riau sendiri, telah ramai aku lihat kelibat pelajar membuat study group dan semalam pelajar wing 2 berhampiran rumah RS membuat bacaan Yassin. Sejuk hati aku tengok diaorang berkumpul ramai-ramai macam tuer....berkumpul untuk kebaikan, sejuk jer mata memandang. Kat masjid pun semalam ada bacaan Yassin Perdana yang diadakan oleh JPK Sektor B. Malam nier pun ada lagi bacaan Yassin tersebut. Abis Isyak jer ada ceramah oleh Ustaz Kamarulzaman, tajuk ceramah adalah pelajar bijak. Dalam lawak-lawak pun masih meninggalkan kesan pada pelajar-pelajar.
Bukan pelajar jer yang membuat jadual perancangan. Aku juga telah membuat perancangan untuk 3 bulan dan telah pun diedarkan kepada staf dan koordinator program. Dan tentunya jadual ini banyak membantu agar perancangan peperiksaan akhir dapat dipermudahkan. Boleh dikatakan, aktiviti minggu ke minggu aku tentunya penuh dan ruang untuk aku bernafas agak sukar kecuali malam. Kena beri taklimat, mesyuarat, urusan hal ehwal peperiksaan dan banyak lagi la.
Tapi aku memang jenis kuat semangat.....Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan jauhkanlah segala bencana yang berkemungkinan menimpaku......Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan