Budak-budak dah bising, bangunan-bangunan dan jalan dalam UiTM Johor gelap gelita. Semuanya gara-gara blackout. Hampir 2 hari berlaku perkara yang sama. Semalam paling tragis (aku x pasti biler aku tertido atas lantai, nk sejuk punya pasal...hehehe). Nak tido kat hotel x bole plak, maklum la RS....kut2 budak memberok plak semasa ketiadaan RS...hehehe.
Semalam pun kebetulan, jamuan raya HEA diadakan di Pejabat bermula pukul 8 malam...tup-tup letrik xder plak. Dan jamuan tesebut terpaksa dijalankan dalam suasana yang amat romantik + tragis + tak Selesa + berpeluh sakan...hehehe. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat dan dihadiri hampir semua staff HEA, PM Yusri, Ustaz Azrul dan pengawal dari Unit Keselamatan yang bertugas pada malam tadi.
Selepas itu, aku bergegas ke Dewan Sri Selasih menghadiri Jamuan Perpisahan Ustaz Zaludin yang ditukarkan ke Negeri Sembilan sebagai Pengarah Kampus. Majlis yang dianjurkan oleh PPP, MPP dan JPK Kolej dijalankan dengan penuh meriah dan kelihatan Ustaz Zaludin sangat gembira dan dalam ucapannya banyak memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar. Semasa upacara makan-makan, aku bergegas semula ke opis untuk mengemas apa-apa yang patut. Sempat gak la berbungkus untuk budak kolej (walaupun diaorang masih duk dalam kegelapan)...Aku bagi pada Aizat suh distribute pada nasi himpit+lodeh+rendang pd bdk2 kolej.
Pukul berapa ada letrik mlm tadi x tau la, dan pagi nier sepanjang perjalanan ke JB (Taklimat Kemasukan Markah Guna Excel - kul 3 ptg) , aku tidur dalam keta psl ngantuk gegila punyer....adios....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan