Levis Skinny Jeans
Seperti kita tahu, jeans atau denim sememangnya sudah serasi dengan trend fesyen sejak dulu lagi. Tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya memiliki jeans atau denim di dalam almari pakaian mereka. Kemunculan pelbagai rekaan dan potongan jeans sejak dulu memberi peluang kepada pencinta fesyen memilikinya mengikut citarasa tersendiri.
Melangkah ke tahun baru, pasti ramai di antara kita cuba mencari imej baru dan mengikut trend fesyen terkini. Ini termasuk juga pilihan pemakaian jeans. Sebagai contoh trend pemakaian jean ketat atau skinny jeans. Trend seluar jeans yang popular sekitar era 80an ini kembali menular sejak beberapa tahun lalu, dan tahun 2009 trend ini dijangka semakin ‘hot’.
Kebanyakan pemuda pemudi yang meminati fesyen ini adalah mereka yang Independent. Maksudnya mereka minat fesyen indie.
Adakah sesuai dengan anda?
Sesetengah lelaki amat meminati trend pemakaian skinny jeans. Ada yang terikut-ikut dengan stail pemuzik rock dan selebriti kegemaran. Manakala majalah fesyen dan selebriti di televisyen turut mempengaruhinya. Namun ada juga yang tidak dapat menerima trend skinny jeans. Memang benar! Pemakaian skinny jeans akan kelihatan hebat dan menarik apabila korang tahu cara memakainya. Paling penting adalah kesesuaiannya dengan saiz tubuh.
Kebanyakan mereka yang memakai skinny jeans memilih jenis yang flat atau plane, tetapi tidak semua orang sesuai memakainya. Mengapa? Bagi mereka yang bertubuh pendek atau melengkung misalnya, skinny jeans sememangnya tidak sesuai. Ia akan membuatkan korang kelihatan lebih pendek. Pemakaian skinny jeans kelihatan menarik dan hebat pada mereka yang bertubuh kurus dan tinggi. Sekiranya korang bertubuh tinggi dan kurus, pilihlah untuk memakai skinny jeans dan pilih yang jenis flat kerana ia tidak menampakkan tubuh menjadi rendah atau membuatkan korang kelihatan stocky.
Ingat! Tidak semua trend fesyen kelihatan hebat pada semua orang. Walaupun skinny jeans semakin ‘hot’ sekarang, ini tidak bermakna korang perlu memakainya. Sekiranya ia tidak sesuai dengan korang, tiada guna memakainya jika korang berasa tidak selesa.
Cara pemakaian skinny jeans yang salah untuk lelaki
Sebelum itu, korang kena ingat, di dalam fesyen tiada peraturan, cuma citarasa sahaja, ya? Dan nukilan ini hanya untuk skinny jeans, bukan Jeans Rempit, Jeans Ah Beng atau Jeans Abang-Abang. Semua itu Cerita Lain. Dan ini semua hanyalah dari pendapat, kajian dan pemerhatian aku sahaja. Jangan salahkan aku.
1. Skinny Jeans Berwarna Cerah.
Tolonglah. Korang bukan badut. Lupakan warna merah, kuning, hijau, merah jambu, ungu, jingga serta warna-warna cerah yang lain. Skinny jeans hanya kelihatan segak jika ia berwarna hitam, serta warna
selvage denim atau kelabu gelap. Warna putih pun boleh, tetapi hanya jika korang jenis orang yang tidak suka duduk merata-rata dan bersepah-sepah. Warna denim pudar pula hanya jika korang seorang rockstar, selain dari itu korang hanya akan kelihatan seperti seorang Mat Rock tahun 80an, dan ini tidak bagus, kecuali jika itulah wawasan fesyen kamu.2. Ukuran Pinggang Korang Lebih 34 Inci. (Macam aku x sesuai la...)
Lupakan sahaja. Serius. Aku tak tipu. Kalau pinggang korang berukuran lebih 34 inci, ini bermakna punggung serta peha kamu juga akan bertepatan nisbahnya dengan 34 inci. Ada sebab skinny jeans ini dipanggil skinny jeans. Skinny bermaksud kurus. Dan orang kurus sahaja boleh pakai jeans untuk orang kurus. Faham? Kalau tidak dapat menerima realiti tersebut sila mula bersenam esok selepas korang makan nasi lemak (nasi tambah) korang.
3. Skinny Jeans Dengan Selipar.
Korang sudah konon-konon bergaya dengan skinny jeans, tetapi tiba-tiba korang pakai selipar. Tiada penyudah. Macam korang berjimak tanpa orgasme. Kureng. Pada aku berwarna gelap paling bergaya dipadankan dengan kasut berwarna cerah. Macam kasut putih aku. Juga dengan kasut but hitam skinny jeanshigh-cut, dengan hujung jeans kamu dimasukkan ke dalam kasut. Tak lupa juga kasut sneakers (terutamanya yang berunsur old school) yang bukan sneakers yang dipakai dalam gelanggang bola keranjang macam apa Kobe Bryant atau Michael Jordan pakai.
4. Skinny Jeans Dengan Baju Batik Belia (TM).
Senang cerita, skinny jeans yang dipakai oleh orang yang biasanya tidak akan pakai skinny jeans, atau yang dipakai di salah majlis. Contoh senario adalah seperti orang yang ke majlis perhimpunan UMNO dan memakai baju batik UMNO (alif mim nun tendang wau = sarkis, kata si S. Shamsuddin) dipadankan dengan skinny jeans hitam. Kecuali jika baju batik itu berpotongan slim ala rekaan Hedi Slimane atau Kris Van Assche-lah, mungkin boleh dipertimbangkan. Contoh lain yang mungkin tidak kena dengan skinny jeans ialah baju kemeja polo saiz besar bertulis 'Hari Sukan Kolej Kediamaan Ke-4 Universiti Malaya' dan 'Restoran Tomyam Demaju'.
5. Skinny Jeans Pendek.Buruk.
Dah macam pekerja Indon. Sila pakai seluar pendek biasa.
6. Skinny Jeans Untuk Mereka Yang Berumur 50 Tahun Ke Atas.
Aku pernah nampak, pakcik yang mungkin rasa dirinya ranggi dengan memakai skinny jeans. Kalau kamu berbadan seperti David Bowie mungkin boleh, tetapi ramai ke pakcik berumur 50an yang macam David Bowie di Malaysia ini?Tak ramai(yang boroi je ramai)
7. Skinny Jeans Dengan Seluar Boxer Terkeluar.
Ni yang paling aku lemah semangat. Kalau nk pakai skinny jeans, lupakan trend boxer buruk terkeluar tu. Percayalah kata-kata aku.
Itu saja dari aku..Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah pendangan peribadi aku, so kamu boleh menegur atau memberi pendapat yang tersendiri on this matter. TQ
2 ulasan:
pesen bebudak datang class skrg mcm ni la... kadang tuh tak sanggup nk tengokk.... huhuhu
Hahahaha...memang buruk...hang kena la tegur selalu.....
Catat Ulasan