Khamis, 2 April 2009

Hidup dalam sibuk.......

Hidup nier kadang-kadang aku rasa macam plug jer...orang bleh guna bile diaorang suka

Salam..

Lama dah x tulis entri dalam blog nier...hehehe. Memang kesibukan dengan tugas seharian membataskan aku untuk menulis dalam blog ini. Hari ini merupakan hari kedua aku bekerja dalam minggu ni. Setelah 2 hari berkampung di Shah Alam, sekali balik memang x terkira kerja yang harus aku selesaikan dalam minggu nier gak. Semalam, x banyak yang berlaku dalam hidup aku selain bersama-sama mengembeleng tenaga bersama Puan Che Faridah memberikan taklimat exam utk student baru (aku lupa sebenarnya nasib baik Puan Che Faridah call aku). Petang plak lebih sibuk membuat review pekeliling dan surat-surat arahan yang aku dapat. Memang stress gak la semalam...hahaha.

Hari nier, kul 10 conduct meeting HEA khas untuk peperiksaan (1st time aku jadi chairman sepenuhnya) meeting hari nier agak santai, maybe xnak stress2. Aku cuba mendapat feedback dari staf tentang isu2 exam aku agar dapat diketengahkan masa meeting akademik dengan pensyarah nanti. Tengahari tadi, sejarah dalam hidup aku...menjadi peserta pantun antara bahagian. X pernah aku berpantun-pantun nier, Lawan team HEA bukan calang2...student DBS yang memang handal berpantun. Nasib baik dapat Naib Johan, walaupun aku sendiri x tau apa yang aku pantunkan. Janji dapat hadiah (tempat ke-2 dari 2 pasukan yang bertanding...hehehe).

Petang nier suasana agak tenang ngan ujan yang rintik2 kat luar. Aku yang dalam bilik nier plak sibuk menyediakan minit mesyuarat untuk Mesyuarat pada hari isnin nier. Skang rilek jap, baru lepas makan. Begitu la dalam hidup nier, bukan selalunya kita dapat menikmati hidup dengan sepuas-puasnya...kadang-kadang keje nier walaupun bukan kita yang minx...ada jer yang harus dibuat...aku selalu berdoa pada ALLAH SWT agar sentiasa memberikan aku ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup ini. Kadang-kadang aku rasa idup nier memang satu perjalanan yang jauh dan tak dapat diduga.....nak mencari ketenangan dalam hidup memang susah selagi kita x kembali ke jalan ALLAH SWT...Adios......

Tiada ulasan: