Selasa, 14 April 2009

Tabiat buruk.....


1.) Jangan menolak tugas - Orang baru selalu uat camnier

Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk bejaya dalam kerjaya hanya akan tinggal angan-angan.

2.) Suka menangguhkan kerja - orang malas

Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

3.) Salah guna harta syarikat - selalu org uat camnier tanpa sedar

Jangan suka menggunakan harta syarikat seperti telefon, mesin fotokopi, melayai internet sewenag-wenangnya. Kita juga perlu mengamalkan sikap amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

4.) Bergosip dan berpuak-puak - kebiasaannya orang pompuan

Sikap negaitif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

5.) Datang lewat - orang senior....

Disiplin amat tinggi bagi menentukan hala tuju hidup, jika gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.

p/s: Ya ALLAH, hindarilah aku dari sifat-sifat yang sedemikian.....Amin..Ya Rabbal Alamin...

Tiada ulasan: