Salam...
Nampaknya minggu sibuk aku dah nak sampai dah, selain terpaksa menguruskan urusan exam di UiTM Johor aku juga terpaksa mengorbankan waktu2 hujung minggu aku. Mana x nyer, exam bukannya bole berhenti biler cuti hujung minggu. First time aku conduct urusan exam berseorangan (dulu Khalid ada la guide aku) skang? bila difikirkan EO aku cuti bersalin dan EO yang menggantikan x muncul2 memang uat aku stress. Bukan saja kena pikir hal exam, bahkan pentadbiran, pembelian dan macam-macam lagi la. Nasib baik aku jenis yang kuat semangat (makan pun kuat gak)...hahahaha. Tapi aku seronok. Pasai apa? aku dikelilingi staf-staf yang berpengalaman dan baik hati...hehehe. Mereka la harapan aku untuk membantu perjalanan exam nanti. Dah 2 kali meeting bahagian dan nampaknya semuanya berjalan lancar.
Hari Ahad nier nak uat doa selamat (dah jemput Imam Azrul conduct doa selamat) bertujuan untuk mendapat rahmat dari-NYA agar perjalanan exam kali nier yang terbaik dan terlancar berbanding sebelum nier......Mintak2 la kami sentiasa tabah menghadapi segalanya. Hhmmmm...dah lama tak balik kampung, tapi nak uat camner...sibuk sesangat. Kat sini memang terasa beratnya pengorbanan yang terpaksa dilakukan, tapi aku tetap yakin doa-doa aku kat sini sentiasa mengiringi keluarga aku di kampung...Dah abis exam la baru boleh balik.....Pikir-pikir balik perasaan rindu tu memang menebal dalam diri....nasib baik ada telefon...TQ Telefon...adios... (giler ke aku nier?....hahaha)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan