Selasa, 7 April 2009

Cerita Sibuk Minggu Ini

Booth UiTM....
Mai Masuk U...hehehe

Jumaat (3 Apr 2009) - Ahad (5 Apr 2009)

Jom Masuk U - Hari jumaat pukul 3 aku dah bergerak ke JB pasal ada Karnival Jom Masuk U dan di JB merupakan penutup karnival bagi tahun nier. Aku macam biasa la memang kena involve punyer. Masa kat sana kitaorang stayed kat Hotel Selesa....agak selesa la tapi rasanya Pan Pacific lagi selesa kut...hehehe.

Hari sabtu aku kena bagi taklimat pada Pengetua, YDP PIBG dan Cikgu Kaunseling...jadi malam jumaat tuer aku buat powerpoint yang agak ringkas tetapi tetap signifikan (macam tag blog prof plak..hehehe). First time aku bagi taklimat dalam suasana formal dan penuh keilmuan dan kelihatan semua audience boleh menerima taklimat yang aku bagi. Abis jer sesi taklimat, aku rasa lega yang teramat sangat....(agenda selepas taklimat jln2 cari makan...hehehe)...driver bawak aku ker food court dekat ngan Hotel The Zon...apa lagi melantak la sepuasnya. Malam tuer aku follow ajk2 karnival berjalan di Danga Bay...memang meriah, kurang sikit jer dari Uptown Shah Alam dan Damansara...barang2 pun agak mahal. Aku berpeluang menyambar beg Adidas (lawa gak la) untuk isi laptop aku...dan itu dijadikan kenangan menandakan aku dah menjejak kaki ke Danga Bay...hehehe

Ahad, lebih kepada aktiviti menolong apa yang patut kat tapak karnival dan paling penting pusing2 Plaza Angsana (tempat karnival diadakan)...x perlu sangat nak duk kat kaunter pasal petugas dah ramai sangat kat situ (daripada fakulti pun turun sama)...abis jer karnival kitaorang terus packing bahan2 karnival yang lebih untuk dibawa balik ke Segamat. Dan malam tuer aku sampai pukul 11.30 ke rumah. nasib baik sempat tengok game Man Utd (menang 3-2 lawan Aston Villa)....nasib baik la...gol last minutes....hahahaha


Isnin (6 Apr 2009) - Selasa (7 Apr 2009)

Ambil kertas soalan di Bahagian Peperiksaan, UiTM Shah Alam. Bertolak dari Segamat lepas Asar dan Check In kat Intekma kul 7 lebih. Malam tuer lepas jalan2 Kompleks PKNS dan Alam Sentral aku bawak bos aku ke Uptown Shah Alam (tmpt aku lepak)...hahaha. Kitaorang makan kat food court kat situ....ok la gak, tapi services lambat la....hehehe.

Pagi tadi kul 9 dah ready kat Bahagian Peperiksaanuntuk urusan pemunggahan kertas soalan ke dalam lori. Ok la, dan semuanya berjalan lancar...sampai kat Segamat dah nak dekat kul 5.....dan skang baru berpeluang tulis blog....dan aku namakan entri minggu nier, minggu sibuk...hahaha

Tiada ulasan: