Khamis, 30 April 2009

Plague of Happiness - Ska Rules.....


Best ke lagu-lagu ska nier? Bagi aku personally memang beat2 dalam muzik ska membawa mesej keceriaan dan mengasyikkan. Salah satu group yang sentiasa membawa lagu ska yang best giler adalah group Plague of Happiness. Band ini selalu diundang ke gigs2 besar sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan mempunyai peminat yang ramai dikalangan peminat-peminat muzik Ska. Band nier juga mempunyai ahli pemuzik yang ramai, x hairan la kalo muzik yang dimainkan best. Kat sini korang bleh download mp3 lagu-lagu diaorang....hidup ska...hahaha

Conteng
Kawan
Sesat
Tiada Idea
Hypnotized
Konspirasi
Rasa Hati
Southern Suburb
Resah Awan

Selasa, 28 April 2009

Siapa Aku? Siri II


Ramai kawan-kawan nak tau lagi pasal diri aku rupenyer......Untuk membantu rakan-rakan kat sini aku terbitkan Siri II plak....Jom tengok.....

  • Keluarga aku berasal dari Perak (Apak-Teluk Intan, Mak-Bagan Datoh)
  • Bapa aku dah duk kat FELDA Sungai Tekam Utara start tahun 1973 lagi (lama betui)
  • Aku dah mula naik motor sejak umur aku 10 tahun (duk FELDA xper,xder road block..hahaha)
  • Fanatik Man Utd
  • Makanan Kegemaran (Ayam Masak Lemak, Ikan Keli Tumis, Sambal Tumis Sotong, Nasi Lemak, Nasi Goreng Ikan Masin, Ais Krim Cornetto dll makanan yang menambahkan berat badan...haha). Air - Milo Tabur Ais, Limau Nipis Cincau Ais.
  • Suka tengok citer2 lawak especially lakonan Stephen Chow (Paling best-Forbidden City...hahaha, lawak giler)
  • Member rapat: Kg.-Bdk2 sebaya (ramai la). Masa Sek-K-rol,Yee,Allahyarham Meon (we miss you),Antun dll bdk 5S. Masa UiTM T'Ganu-Kem,Albab,Buyung,Din,Mie Siot,Adik,Say dll bdk OM. UiTM Perlis-Man,Jan,Zairul n bdk2 BBA HRM. Member Lepo-Lie,Man,Tam,Matlan,Azrul,Syidan dll. Member kat cni-Rakan Masjid, Epul n Rakan AR yg lain,Hj,Basha,Sok,staf HEA n pensyarah2 yang baik2? hehehe.
  • Motto hidup aku : selagi belum tutup mata...keje..keje..keje...hahahaha
  • Yang paling disayangi-Keluarga aku......
  • Time free-tidur,tgk TV,menulis,rekacipta,baca majalah,jln2, amik gambar (hobi baru)
  • Mentor-Rasullulah SAW dan para sahabat, cerdik pandai agama, pemimpin yg x rasuah, org yang berjaya dan sahabat2 sejati.
  • Time Geram-memaki org tersebut, mencarut, dengar lagu, tulis blog..(hahaha)

Siri III akan dikeluarkan....tungggguuuuuuuuuu.........

Ahad, 26 April 2009

Duniaku


Sering kali aku memikirkan, adakah cara hidup aku selari dengan kehendak dan jiwaku? bagi aku, aku suka ngan cara hidup aku. Aku seorang yang happening dan senang bergaul dengan semua orang. X kira tua atau muda memang aku senang berkawan dengan semua orang. Bagaimana pula sekiranya manusia tidak mengerti diri aku ini dan sering mempersoalkan apa yang telah aku lakukan? Aku cuba untuk bertoleransi dan berdiplomasi tapi kadang-kadang aku x dapat mengawal kemarahanku kepadanya. Pendekatan yang digunakan terlalu mendesak aku, aku tewas dengan nafsu amarah. Adakah perasaan benci ini tidak boleh dihilangkan dan perhubungan yang sedia ada disatukan kembali? Persepsi orang kadang-kadang melihat aku sebagai kejam dan sanggup memutuskan perhubungan. Tapi salahkah aku jika itu yang terbaik untuk menjernihkan suasana dan membiarkan si DIA melupakan aku. Memang.....memang itu yang sering menjadi persoalan dalam diri aku. Adakah aku terlalu kejam terhadap duniaku sendiri.......................

Sabtu, 25 April 2009

Siapa Aku?


Kadang-kadang orang selalu tanya aku.......siapa aku? hehehe. Ok la citer sebenarnya disini......
  • Aku budak FELDA, mat rempit selamanya (bangganya...)
  • Bekas Graduan Diploma dan Ijazah UiTM (MBA di UiTM, Insyaallah) , merupakan Alumni UiTM, dan sekarang bekerja ngan UiTM
  • Merupakan anak ke-4 (..............)
  • Sukakan muzik Indie dan sewaktu dengannya (jiwang kalo best layan gak...hehehe)
  • Bersaiz agak besar (Alhamdullilah atas kejadian yang ESA)
  • Suka makeover motor dan kereta (kedai aksesori target utama setiap bulan)
  • Baik Hati dan hormat orang tua sepanjang masa - Insyaallah
  • Suka surfing internet - xtiviti download software n lain2
  • Suka pasang cd kuat-kuat dalam kereta (lagu indie)
  • Panas Baran? (kadang-kadang bila keadaan memaksa)
  • Tak tersengaja mencarut (when lost temper)
  • X suka bergayut di telefon lama-lama...tensen
  • X pernah pakai krim penggaya rambut (gel - super hard sepanjang masa)
  • Suka pelbagaikan perfume (bezakan siang dan malam)
  • Tidur mesti pasang kipas dan air cond - kalo xder mmg x bleh tido...hehehe
  • Tidur dalam selesa - kalo peluh dan panas, mandi dulu sebelum tido
  • Kunci jam HP untuk bangun pagi (tiga2 HP on alarm...hahaha)
  • Sukakan hidup aku dan apa aku uat selama ini......

Itu la aku.....ada banyak lagi......nanti aku cerita lagi....hahahaha...adios......

Rabu, 22 April 2009

The Official


Band skinhead yang aku agak minati selain ACAB adalah The Official. Group nier berasal dari kelompok skinhead yang terdapat di JB iaitu JB Riot. Muzik yang di bawa oleh mereka sangat menarik dengan guitar works yang mengasyikkan, dentuman drum yang padu dan juga suara Maggot yang serak-serak basah macam aku (ye ker?...hehehe). Kebanyakkan lagu mereka memang tangkap layan. Lirik lagu yang banyak menceritakan ketidakpuasan kehidupan, kesengsaraan manusia, kebanggaan, perpaduan dan seterusnya menceritakan tentang kekuatan kelompok JB Riot sendiri.

So, download la mp3 yang aku letakkan kat link di bawah. Enjoy.......

Hibiscus
I Can't Believe It's True
Proud To Be Malaysian
Saturday
Tomorrow Belong To Us
Whatever Happen To Our Culture
My Land
Youth of The Working Class

Isnin, 20 April 2009

Hari Pertama Exam.....

Bilik Gerakan Beroperasi...hehehe

Tengah kira bundle paper masuk.....

Berjalan lancar...itu lah yang dapat aku katakan untuk hari pertama exam nier..hehehe. Pagi-pagi lagi aku dah datang opis (pukul 7.10 minit) maklumlah, kunci bilik kebal aku yang pegang...Selesai bukak terus mengenalpasti subjek2 yang terlibat exam hari nier. Selepas jer pengawas peperiksaan amik paper, aku terus ronda tempat2 exam - Pagi tadi DST, Blok U dan sorang budak yang amik kat Klinik Penawar. Petang agak rilek, maklum la 1 tempat jer......hehehe. Paper masuk petang tadi kul 5.30 petang dan baru jer jap tadi aku dengan rasminya menutup grill dan pintu bilik kebal untuk hari nier....hehehe

Hari nier sementara menunggu paper masuk, aku meneruskan membuat kertas kerja untuk membeli Kamera DSLR untuk Unit AV(kali ke-4 tuer)...budget RM14k..hahaha. Mintak2 PM Yusri luluskanlah, kalo x memang aku xnak pikir dah benda2 nier...banyak lagi aku nak uat permohonan pembelian untuk makmal, Bilik TEC dan macam-macam lagi la...

Kerja lain? agak terkawal la....x la stress semasa urusan sebelum peperiksaan. Esok dah stat pindah bilik Khalid (dier dengan rasminya dah duk kat Bahagian PJI)...boleh la aku kemas-kemas bilik baru..hahaha. Aku nak uat gaya modern kontemporari...hehehe. Nanti aku upload la gambor bilik baru aku. Tapi bilik skang nier banyak meninggalkan kenangan pada aku, hampir 7 bulan aku duk sini skang aku terpaksa meninggalkanmu...bilik lagi besor sesuai la sikit ngan saiz aku nier...hehehe......adios.....

Sabtu, 18 April 2009

Nash dan Malam Pra Graduan (PGN) UiTM Johor

Gambar aku bersalam ngan Iftikhar (fanatik Arsenal) hanya gimik pasal MU akan bertemu Arsenal (semi final champions league) 2 minggu lagi

Gambar kenang-kenangan

Aku dan Nash...macam adik-beradik plak...hehehe

Show time....memang power suara Nash......

Salam....

Alhamdullilah, PGN UiTM Johor akhirnya berlangsung ngan jayanya di Hotel Equatorial malam tadi. Acara klimaks susah tentunya persembahan Nash (4 lagu dier hentam malam tadi)..hehehe. Majlis bermula selepas Isyak dan berakhir kira-kira kul 11.30 malam. Aku gi ngan Encik Sulaiman dan Epul...makanan malam tadi? Chinese Cuisine (Ala Carte) ...boleh la.....adios.....

Jumaat, 17 April 2009

Final Exam student UiTM 20 Apr - 10 Mei 2009

Salam...

Nampaknya minggu sibuk aku dah nak sampai dah, selain terpaksa menguruskan urusan exam di UiTM Johor aku juga terpaksa mengorbankan waktu2 hujung minggu aku. Mana x nyer, exam bukannya bole berhenti biler cuti hujung minggu. First time aku conduct urusan exam berseorangan (dulu Khalid ada la guide aku) skang? bila difikirkan EO aku cuti bersalin dan EO yang menggantikan x muncul2 memang uat aku stress. Bukan saja kena pikir hal exam, bahkan pentadbiran, pembelian dan macam-macam lagi la. Nasib baik aku jenis yang kuat semangat (makan pun kuat gak)...hahahaha. Tapi aku seronok. Pasai apa? aku dikelilingi staf-staf yang berpengalaman dan baik hati...hehehe. Mereka la harapan aku untuk membantu perjalanan exam nanti. Dah 2 kali meeting bahagian dan nampaknya semuanya berjalan lancar.

Hari Ahad nier nak uat doa selamat (dah jemput Imam Azrul conduct doa selamat) bertujuan untuk mendapat rahmat dari-NYA agar perjalanan exam kali nier yang terbaik dan terlancar berbanding sebelum nier......Mintak2 la kami sentiasa tabah menghadapi segalanya. Hhmmmm...dah lama tak balik kampung, tapi nak uat camner...sibuk sesangat. Kat sini memang terasa beratnya pengorbanan yang terpaksa dilakukan, tapi aku tetap yakin doa-doa aku kat sini sentiasa mengiringi keluarga aku di kampung...Dah abis exam la baru boleh balik.....Pikir-pikir balik perasaan rindu tu memang menebal dalam diri....nasib baik ada telefon...TQ Telefon...adios... (giler ke aku nier?....hahaha)

Rabu, 15 April 2009

Carburator Dung ( My Paberet Indie Band..hehehe)


Carburetor Dung is a Malaysian punk rock band formed in 1991 in Kuala Lumpur. Formed by bassist Fendi as a band called Stormfish but later changed its name to Carburetor Dung when guitarist Joe Kidd joined the fold. The name came from Lester Bangs' book Psychotic Reactions and Carburetor Dung. Carburetor Dung released their first album, Songs For Friends in 1993. The album featured Fendi and Joe with vocalist Shahlan (of Terengganu's pioneering punk band Mallaria), drummer Lan Bear of The Infectious Maggots and lead guitarist Pari of Against Racism of Today.

The next release came in 1999 with the mini-album The Allure of Manure. At the time, the band featured Fendi and Joe Kidd with drummer Ollie of Silent Death and vocalist Lee from The Pilgrims. Some tracks from the mini-album appeared on a 7" single in London in 2000. It was called Sheepfarming in Malaysia. Between the releases, the band appeared in a few compilations and played all around the country. The band appeared on 'Dari Jemapoh ke Mancheste' movie directed by well-known activist Hishamuddin Rais. They contributed three songs for the soundtrack album to the movie. After a long hiatus in the late-90s, the band became active briefly in 2002 before a year of limbo.

In 2004, the band was joined by drummer Apuk (from Kuchalana) and later a new vocalist Alak (from the band Pusher), and Carburetor Dung started playing shows again. By late 2005, The band acquired a new drummer Bullet (of Nemesis, Punisher and The Shitworkers). The band recorded a track for the Radio Malaya compilation in in December 2005. Between 2005 to 2007, Carburetor Dung constantly played shows in Kuala Lumpur. The band recorded 9 songs for a new album in June 2007.

In early 2008, Tom of the band The Bollocks joined the band on the other guitar, and the band went on 10-day tour of Java in May 2008, playing Jakarta, Tangerang, Bogor, Bandung and Yogyakarta. The band also continued playing shows in Malaysia for three weekends in June 2008. They visited Penang, Johor Bharu and also Singapore. During these gigs, the band put out limited copies of a self-produced 4-track CDREP Macam Celaka/Hanturaya Putrajaya. On July 6, 2008, the band's vocalist Alak was set upon by an angry mob during Carburetor Dung's performance of their anti-corruption song Mari Nyanyi Menjilat at an opposition-organised anti-oil hike rally at the Kelana Jaya Stadium, Petaling Jaya, Selangor.

As a part of the satirical song's performance, the singer flashed the top part of his underwear. A part of the audience, which was mainly made of Muslim youths from the opposition coalition featuring the Pan Malaysian Islamic Party (PAS) and the People's Justice Party (PKR), were angered by the act and started throwing bottles and stones at the band. Seconds later the stage was invaded and Alak was pulled aside by an angry mob. The singer and other band members were rescued moments later by the security personnel. Activist Hishamuddin Rais, who brought the group into the protest rally, took the blame and made an emotional apology to the crowd. None of the band was injured but the incident resulted in a huge uproar in the country. - Info: wikipedia

Download MP3 Carburator Dung:

Boo Hoo Claping Song
Bucknaked
Carburator Dance
Cruel Blue Van
Don't Know
Jump Down Lamonade
Labour of Hate
Liar
Oppression
Property Properly
Slam Safe Today
Song For A Friend
You're Problem (Not A Solution)

Selasa, 14 April 2009

Tabiat buruk.....


1.) Jangan menolak tugas - Orang baru selalu uat camnier

Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk bejaya dalam kerjaya hanya akan tinggal angan-angan.

2.) Suka menangguhkan kerja - orang malas

Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

3.) Salah guna harta syarikat - selalu org uat camnier tanpa sedar

Jangan suka menggunakan harta syarikat seperti telefon, mesin fotokopi, melayai internet sewenag-wenangnya. Kita juga perlu mengamalkan sikap amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

4.) Bergosip dan berpuak-puak - kebiasaannya orang pompuan

Sikap negaitif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

5.) Datang lewat - orang senior....

Disiplin amat tinggi bagi menentukan hala tuju hidup, jika gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.

p/s: Ya ALLAH, hindarilah aku dari sifat-sifat yang sedemikian.....Amin..Ya Rabbal Alamin...

Ahad, 12 April 2009

Aktiviti Hujung Minggu......




Salam....

Aku semalam baru balik dari PC Fair kat KLCC. Aku sampai kat sana lebih kurang kul 10, ingat ker bleh terus masuk exhibition hall rupanyer kena tunggu sampai kul 11. Leceh betui. Antara barang-barang yang aku "terpaksa beli" sehingga aku terpaksa mengikat perut selepas minggu ini adalah :

1.) 1 set kamera digital Samsung L74 "touch screen"

2.) External hard disk 250 GB

3.) Toto NARITA (nier beli masa singgah kat Nilai 3 masa on the way balik)...hehehehe

Bertolak ke KL pukul 7.00 pagi dan balik semula ke Segamat pukul 7.55 malam baru sampai umah, lepas Isyak kena pegi Majlis Kecemerlangan Akademik plak. Aku x tunggu sampai abis majlis kerana aku nak tengok game Man Utd malam tadi (MU menang 2-1 lwn Sunderland)......semalam, memang letih (walaupun aku tido jer masa dalam perjalanan ke KL) Epul jer la yang drive...hehehehe.

Selasa, 7 April 2009

Cerita aku dan Akil Hayy

Akil Hayy yang sporting giler....

Time nak melantak.....posing dulu

Abis je ceramah...show time....

Betul la cerita dalm blog Nurzeatul, kalo x duk kat UiTM Johor nier x merasa la berkenalan ngan celebriti. Lepas sorang, sorang yang datang lagi....sebut jer Eman Manan, Chef Wan , Aznil, Hatta Azad Khan dan yang terbaru Akil Hayy....Kami jemput sempena Minggu Keagungan Islam dan ceramah beliau pada malam 2 April yang lalu adalah "Islam Pada Nama"....bagi aku ceramahnyer memang lekat dihati....best sesangat, selain peringatan dan jokes....bacaan ayat-ayat Al-quran memang menusuk jiwa aku...kalo ceramah x best, memang aku dah tertidur dan malam ceramah yang hampir 2 jam 30 minit tuer memang x terasa.....walauapapun terima kasih Ustaz Akil Hayy, ada masa datang la lagi ke UiTM Johor nier.....adios.....

Cerita Sibuk Minggu Ini

Booth UiTM....
Mai Masuk U...hehehe

Jumaat (3 Apr 2009) - Ahad (5 Apr 2009)

Jom Masuk U - Hari jumaat pukul 3 aku dah bergerak ke JB pasal ada Karnival Jom Masuk U dan di JB merupakan penutup karnival bagi tahun nier. Aku macam biasa la memang kena involve punyer. Masa kat sana kitaorang stayed kat Hotel Selesa....agak selesa la tapi rasanya Pan Pacific lagi selesa kut...hehehe.

Hari sabtu aku kena bagi taklimat pada Pengetua, YDP PIBG dan Cikgu Kaunseling...jadi malam jumaat tuer aku buat powerpoint yang agak ringkas tetapi tetap signifikan (macam tag blog prof plak..hehehe). First time aku bagi taklimat dalam suasana formal dan penuh keilmuan dan kelihatan semua audience boleh menerima taklimat yang aku bagi. Abis jer sesi taklimat, aku rasa lega yang teramat sangat....(agenda selepas taklimat jln2 cari makan...hehehe)...driver bawak aku ker food court dekat ngan Hotel The Zon...apa lagi melantak la sepuasnya. Malam tuer aku follow ajk2 karnival berjalan di Danga Bay...memang meriah, kurang sikit jer dari Uptown Shah Alam dan Damansara...barang2 pun agak mahal. Aku berpeluang menyambar beg Adidas (lawa gak la) untuk isi laptop aku...dan itu dijadikan kenangan menandakan aku dah menjejak kaki ke Danga Bay...hehehe

Ahad, lebih kepada aktiviti menolong apa yang patut kat tapak karnival dan paling penting pusing2 Plaza Angsana (tempat karnival diadakan)...x perlu sangat nak duk kat kaunter pasal petugas dah ramai sangat kat situ (daripada fakulti pun turun sama)...abis jer karnival kitaorang terus packing bahan2 karnival yang lebih untuk dibawa balik ke Segamat. Dan malam tuer aku sampai pukul 11.30 ke rumah. nasib baik sempat tengok game Man Utd (menang 3-2 lawan Aston Villa)....nasib baik la...gol last minutes....hahahaha


Isnin (6 Apr 2009) - Selasa (7 Apr 2009)

Ambil kertas soalan di Bahagian Peperiksaan, UiTM Shah Alam. Bertolak dari Segamat lepas Asar dan Check In kat Intekma kul 7 lebih. Malam tuer lepas jalan2 Kompleks PKNS dan Alam Sentral aku bawak bos aku ke Uptown Shah Alam (tmpt aku lepak)...hahaha. Kitaorang makan kat food court kat situ....ok la gak, tapi services lambat la....hehehe.

Pagi tadi kul 9 dah ready kat Bahagian Peperiksaanuntuk urusan pemunggahan kertas soalan ke dalam lori. Ok la, dan semuanya berjalan lancar...sampai kat Segamat dah nak dekat kul 5.....dan skang baru berpeluang tulis blog....dan aku namakan entri minggu nier, minggu sibuk...hahaha

Khamis, 2 April 2009

Hidup dalam sibuk.......

Hidup nier kadang-kadang aku rasa macam plug jer...orang bleh guna bile diaorang suka

Salam..

Lama dah x tulis entri dalam blog nier...hehehe. Memang kesibukan dengan tugas seharian membataskan aku untuk menulis dalam blog ini. Hari ini merupakan hari kedua aku bekerja dalam minggu ni. Setelah 2 hari berkampung di Shah Alam, sekali balik memang x terkira kerja yang harus aku selesaikan dalam minggu nier gak. Semalam, x banyak yang berlaku dalam hidup aku selain bersama-sama mengembeleng tenaga bersama Puan Che Faridah memberikan taklimat exam utk student baru (aku lupa sebenarnya nasib baik Puan Che Faridah call aku). Petang plak lebih sibuk membuat review pekeliling dan surat-surat arahan yang aku dapat. Memang stress gak la semalam...hahaha.

Hari nier, kul 10 conduct meeting HEA khas untuk peperiksaan (1st time aku jadi chairman sepenuhnya) meeting hari nier agak santai, maybe xnak stress2. Aku cuba mendapat feedback dari staf tentang isu2 exam aku agar dapat diketengahkan masa meeting akademik dengan pensyarah nanti. Tengahari tadi, sejarah dalam hidup aku...menjadi peserta pantun antara bahagian. X pernah aku berpantun-pantun nier, Lawan team HEA bukan calang2...student DBS yang memang handal berpantun. Nasib baik dapat Naib Johan, walaupun aku sendiri x tau apa yang aku pantunkan. Janji dapat hadiah (tempat ke-2 dari 2 pasukan yang bertanding...hehehe).

Petang nier suasana agak tenang ngan ujan yang rintik2 kat luar. Aku yang dalam bilik nier plak sibuk menyediakan minit mesyuarat untuk Mesyuarat pada hari isnin nier. Skang rilek jap, baru lepas makan. Begitu la dalam hidup nier, bukan selalunya kita dapat menikmati hidup dengan sepuas-puasnya...kadang-kadang keje nier walaupun bukan kita yang minx...ada jer yang harus dibuat...aku selalu berdoa pada ALLAH SWT agar sentiasa memberikan aku ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup ini. Kadang-kadang aku rasa idup nier memang satu perjalanan yang jauh dan tak dapat diduga.....nak mencari ketenangan dalam hidup memang susah selagi kita x kembali ke jalan ALLAH SWT...Adios......