Apabila seseorang manusia terlalu taksub tentang sesuatu benda maka terjadilah perkara seperti di atas, vandalisme. Siapa yang bersalah? dalam konteks ini saya merasakan mungkin pelajar ini terlalu teruja @ ingin mengabadikan sesuatu hasil kerja seni mereka di sesuatu tempat. Perkara ini selalu terjadi apabila mereka merasakan diri mereka terlalu hebat dan bagus. Mereka merasa puas, gembira dan "otai" setelah berjaya menjahanamkan harta benda awam.
Mereka seharusnya hendaklah di bimbing agar tidak menjahanamkan harta benda awam dan di beri ruang untuk menunjukkan bakat mereka seperti menyediakan tempat untuk meluahkan kekreatifan mereka. Pelajar itu sendiri mestilah sedar akan dosa yang akan mereka tanggung selagi contengan itu tidak di padamkan. Mesti korang tertanya-tanya mana aku dapat gambar ini...OK, gambar ni merupakan koleksi peribadi aku hasil investigation di hujung kelas 1S di SMKLU..Pelakunya (Jamil, bukan nama sebenar) berjaya aku kantoikan dan telah di ambil tindakan...aku harap beliau boleh berubah kerana beliau juga merupakan anak murid aku...hehehe..selepas kejadian, setiap kali ujian beliau telah mencapai keputusan yang tertinggi bagi subjek aku (Sejarah)..dan duit aku terpaksa di terbangkan kepada beliau (insentif)..hehehe
Oleh itu, saya Mohd Fadil Bin Yusof ingin menyeru kepada seluruh rakyat malaysia janganlah membuat kemungkaran di dunia ini.....jadilah manusia yang berguna untuk bangsa dan negara... (sebenarnya aku dah x tau nak masuk aper dalam blog aku ni...hehehe).....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan