Jumaat, 8 Ogos 2008

Aku yang kesunyian..........

Boring rupanya duk kat sini, ye la tempat dah la jauh dari kapung halaman di tambah pula dengan ketidaktereran tentang jalan-jalan kat sini...susah rupanya...Staf bahagian HEA hari ni ramai yang ke Sabah, lawatan sambil belajar...Kalau aku masuk awal sikit ke sini maybe aku bleh pergi..hehehe..mungkin bukan rezeki aku. So hari ini tinggal aku ngan 2 org anak buah jer. Untuk menunjukkan aku uat keje, aku cuba duk kat kaunter...perrghh...punya ramai student yang bermasalah...hehehe..nasib baik x di berikan tugas lagi.

Semalam bincang ngan Khalid tentang pembahagian tugas, Khalid kata aku maybe jaga bahagian pentadbiran dan dia bahagian peperiksaan. Bahagian pentadbiran senang sikit kut..hehehe..biarlah org expert jaga bahagian sukar sikit..Ingat sok nak gi Kuantan, cari Blazer...wajib pakai maaaa...x tau la ader saiz ke x kat Kamdar...silap-silap balik Jerantut dulu ker???...Try jalan Bundle kat Segamat la ptg ni..kut2 ader..hehehe

Member sekepala?..agak sukar di cari buat masa ni kerana batasan masa dan tugas..hehehe...maybe sekembalinya dari Shah Alam 23 Ogos ni kut..hehehe...Aku tengah mencari kawan yang aku bleh uat lawak pelik2 sehingga menguji kesabaran setiap insan yang di hina..hehehe...Aku ingin cari kawan mcm kat Dungun dulu, Arau dulu dan di SMK Lepar Utara, tapi jumpa ker? X tau lagi pasal masih awal kut...

Minggu ni kereta banyak bual hal plak, geram betui...bateri weak la, meter jalan x function la..mungkin ini ujian buat aku kut @ hint nak suh aku angkat Vios Dugong 1.5s???...Memang bosan. Ni yang membuatkan aku nak kembali merempit ni..motor aku kat Jerantut pun dah lama x di hidupkan, pos ke Johor la balik merdeka nanti...hehehe

Wei kawan-kawan..aku rindu kat korang la.....

Tiada ulasan: