ASSALAMMUALAIKUM...
Malam tadi tengah syok-syok bukak pen drive terbukak gambar dan video kenangan masa jadi cikgu kat Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara, Jerantut Pahang. Sekolah yang aku rasakan banyak memberi aku kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan. Di sini aku rasakan banyak kepayahan yang tidak boleh aku gambarkan dengan kata-kata, hanya rakan-rakan dan anak murid yang banyak memberi aku kekuatan di sini. Aku sukakan suasana, aku sukakan kehijauan, aku sukakan keramahan, aku sukakan ketenangan dan lain-lain lagi. Sesungguhnya aku rindukan suasana di sana, aku rindukan rakan-rakan di sana dan semestinya anak murid aku di sana. Masih teringat saat aku ingin meninggalkan sekolah sebak rasanya melihat Syahir yang tidak henti-henti menangis dari dalam kelas sehinggalah di asrama sehingga aku merasakan bahawa aku sangat di perlukan di sini. Tapi aku mempunyai cita-cita aku sendiri. Dan kini cita-cita aku tercapai dan aku harap semua insan di sisiku memahami diriku ini. Keluarga pun terpaksa aku tinggalkan tapi percayalah aku kan sentiasa merindui kalian. Aku sentiasa doakan kalian dan semoga kita di panjangkan umur agar selalu kita boleh berjumpa. Buat ayah dan Emak, anakmu ini terpaksa mengejar cita-cita dan akan ku balas budi kalian sepertimana kalian mendidikku menjadi insan yang berguna. Ya ALLAH, engkau peliharalah iman kami, engkau tempatkanlah kami di sisi orang-orang yang engkau muliakan dan engkau permudahkanlah rezeki kami. Insyaallah..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan