Jumaat, 29 Ogos 2008
Hujan............
2 @ 3 hari ni asyik hujan jer kat sini..alhamdullilah maknanyer kita kat Malaysia ni masih dirahmati oleh Allah, walaupun banyak maksiat dan kekufuran yang berlaku. Apa pendapat korang tentang Histeria @ Rasuk? Aku rasakan kes yang dekat SMK Tanjung Lumpur tu memang berkaitan dengan JIN...benda ni xkan kacau jika tiada anasir yang hantar @ tempat mereka di kacau oleh manusia. Aku rasa JPN Pahang harus menutup sama skali sekolah tu memandangkan ramai yang kena sampukan tu...aku pernah menolong kawan aku masa kat Lepar dulu mengubat orang saka..memang teruk..kita pun dapat rasa bahangnyer...untuk pendinding kat sini aku nak bagi tips..baca al-Fatihah, Ayat Qursyi dan 3 Kul...di samping tu jangan lupa semayang lima waktu plak...hehehe...Untuk menenangkan baca Bismillahimasyaallah dan di tepuk di atas dahi pesakit @ di belakang badan..Insyaallah pesakit akan tenang dan tidak meronta..Baca juga ayat yang kat atas tu..
Tapi walau apapun aku lebih menyarankan korang siasat dulu latar belakang pasangan korang takut-takut ada saka ni...memang porak peranda keluarga kalo kawin ngan orang-orang saka ni...ok tu jer...assalamualaikum....
Khamis, 28 Ogos 2008
Tak Sabar Rasanyer.....
Salam....
Tak sabar...untuk pulang kampung,jumpa orang tersayang,jumpa kawan-kawan dan lain-lain. Tapi yang paling penting aku tak sabar nak sambut bulan ramadhan. Aku harap segala amalanku sepanjang bulan ramadhan ni di rahmati ALLAH kerana aku tahu aku semakin tua dan entah esok lusa bila-bila jer nyawa bleh di amik..
Kawan-kawan, aku harap kalian pun banyakkanlah amalan di bulan pose ni...jaga puasa,sembahyang,nafsu dan lain-lain. Banyakkanlah sedekah,bukan sedekah duit jer....sedekah senyum pun OK..hehehe...
Aku hari ahad baru boleh balik Pahang kerana pagi tu aku jadi Pegawai Kontijen Statik sempena hari perbarisan kemerdekaan peringkat Segamat. Abih jer acara tu, maybe aku drive balik kerana x sabar nak menemui keluarga kat Pahang tur...moga-moga perjalananku ke sana dilindungi ALLAH pasal aku x cekap lagi bawak keta lama-lama ni...lebih kurang 4 jam juga la nanti....Ya ALLAH, engkau lindungilah aku sepanjang perjalanan nanti, kau permudahkanlah perjalanan ku nanti, kau panjangkanlah hayat hambamu ini dan peliharakanlah kesihatanku...Amin..........
Rabu, 27 Ogos 2008
Rehatkan diri..............
aik...yang ni pun tertidur juga...mesti letih tahajud malam-malam ni...
Tengah main telepon berkarat pun boleh tertidur Che Din kita ni...
Orang rehatkan diri masa kawat lain la, yang ni ala-ala heroin bollywood ada la........
Geng-geng AR sekalian, aku harap korang anto la gambar-gambar kat aku yang boleh diupload dalam blog ni...anto jer kat email aku....
Selasa, 26 Ogos 2008
Pasal Cuti....
Hari selasa, betapa leganya bila dapat tahu cuti yang aku mintak pada 3 dan 4 Sept diluluskan...bolehlah aku balik Pahang untuk berjumpa orang yang sayangi kat sana..hehehe. Ahad ni aku kena jadi Pegawai Statik yang duk kat tengah padang masa orang berarak untuk kemerdekaan, after that baru la aku berpeluang untuk balik kampung..hehehe..hari ni mcm biasalah, aku masih tetap diberikan kerja-kerja yang mencabar. Tu pasal la aku berpeluang tulis blog ni..hehehe..
Semalam dapat berita dari kwn aku, Ustaz Azrul yang dier dapat jadi Pegawai Hal Ehwal Islam kat Pahang..tahniah la pada oook...semoga dapat tangkap banyak org yang uat maksiat..hehehe..ada masa belanja la koi makan..hehehe...aku nyer gaji bulan depan baru dapat so bulan ni kena jimat2 la sikit...baju raya pun x beli lagi....maybe dapat gaji nanti bleh la kut...
Sedar tak sedar, bulan puasa minggu depan jer dah nak bermula...hehehe... Ya Allah...moga-moga diperbanyakkanlah pahala aku di bulan puasa nanti...
Isnin, 25 Ogos 2008
Aku dah kembali ke UiTM Johor.....
Rabu, 20 Ogos 2008
Kursus Nak Abih Dah......
Hadiah-hadiah untuk ditukar-tukar oleh peserta seminar, Aku dapat yang Fariha punyer...thank you very much...hehehe
Assalammualaikum...
Hari ni hari yang ke-10, 2 hari je lagi tinggal..hehehe..lepas ni akan balik ke Johor, hari isnin akan bermulalah episod baru sebagai AR kerana aku boleh mempraktikkan apa yang aku belajar semasa 2 minggu kat Pejabat Pendaftar...Aku harap aku boleh bekerja dengan ikhlas, dengan amanah, penuh berpengetahuan dan menjadi seorang bos yang paling bertanggungjawab terhadap anak buah...Ya Allah, bukakanlah pemikiranku, bukakanlah hatiku ini untuk menerima rezeki yang halal, engkau peliharalah kesihatan kedua orang tuaku (ayah saya demam pada minggu lepas, risau juga) dan engkau permudahkanlah rezeki kami dan orang-orang islam di dunia dan akhirat.....Amin...
Sabtu, 16 Ogos 2008
KURSUS.....
Isnin, 11 Ogos 2008
Glory..Glory...Manchester United
Jumaat, 8 Ogos 2008
Aku yang kesunyian..........
Semalam bincang ngan Khalid tentang pembahagian tugas, Khalid kata aku maybe jaga bahagian pentadbiran dan dia bahagian peperiksaan. Bahagian pentadbiran senang sikit kut..hehehe..biarlah org expert jaga bahagian sukar sikit..Ingat sok nak gi Kuantan, cari Blazer...wajib pakai maaaa...x tau la ader saiz ke x kat Kamdar...silap-silap balik Jerantut dulu ker???...Try jalan Bundle kat Segamat la ptg ni..kut2 ader..hehehe
Member sekepala?..agak sukar di cari buat masa ni kerana batasan masa dan tugas..hehehe...maybe sekembalinya dari Shah Alam 23 Ogos ni kut..hehehe...Aku tengah mencari kawan yang aku bleh uat lawak pelik2 sehingga menguji kesabaran setiap insan yang di hina..hehehe...Aku ingin cari kawan mcm kat Dungun dulu, Arau dulu dan di SMK Lepar Utara, tapi jumpa ker? X tau lagi pasal masih awal kut...
Minggu ni kereta banyak bual hal plak, geram betui...bateri weak la, meter jalan x function la..mungkin ini ujian buat aku kut @ hint nak suh aku angkat Vios Dugong 1.5s???...Memang bosan. Ni yang membuatkan aku nak kembali merempit ni..motor aku kat Jerantut pun dah lama x di hidupkan, pos ke Johor la balik merdeka nanti...hehehe
Wei kawan-kawan..aku rindu kat korang la.....
Khamis, 7 Ogos 2008
Impianku.............
Setiap orang mempunyai impian, begitu juga dengan aku. Buat masa sekarang aku amat inginkan kereta seperti kat atas ni...cantik x? dah modified dah ni.....Harap-harap satu hari nanti aku bleh pakai keta camni...kut2 tiba-tiba tuk arab dtg Malaysia nak bagi duit kat aku, mana tahu..hehehe....Pagi tadi pegi meeting lagi, ngan Pengarah Kampus UiTM Johor Prof Kamil ngan TP HEP dan HEA. Meeting pagi ni pasal Tabung Amanah Pembangunan Akademik Pelajar, alah duit student untuk uat program berorientasikan akademik cam seminar, lawatan sambil belajar dan lain-lain....Petang kang nak turun Bandar Segamat la jalan-jalan....Nak ikut? Jom la....
Rabu, 6 Ogos 2008
70 Dosa-Dosa Besar
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan5
8.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea dan fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
Lagu kegemaran aku....tentang semangat setia kawan
Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.
teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.
kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin ku lupakan.
aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudar
ke mananya
teman setia
perjuangan...
ku ingin kau semua...
bersama semula...
Pagi yang gelap..kini sudah terang....
Selasa, 5 Ogos 2008
Hari Ketiga...
Kad staf sementara...name tag yang betul kena tunggu no staff dulu, baru bleh buat...so name tag ni mesti selalu pakai kalau di dalam kampus..
Hari kedua tak banyak yang berubah pasal aku memang xder keje lagi ni, tugas-tugas pun x tau lagi. About Segamat ni, nak makan susah sikit pasal kedai makan kureng sesangat kat sini...lauk ikan laut susah sikit nak jumpa pasal jauh dari laut...kata orang sini la...Staf-staf aku banyak yang dah berkeluarga..so masih mencari geng-geng yang sekepala...harap-harap bleh jumpe dalam minggu ni...semalam makan dengan en Khairul (Timbalan Pendaftar @ Bos aku) kat Nasir Corner (Bandar Segamat) sedap gak lauk dier...hehehe...nak tambah nasi segan la pulak...next time kut...hehehe...Minggu depan aku kena gi Kursus Attachment Penolong Pendaftar Baru di Intekma Resort and Convention Centre dari 12-23 Ogos..macam lama jer...hehehe...Ok that all for today....Assalammualaikum...........
Meeting pertama yang aku hadiri di UiTM Johor....
A.) Program Akademik dan Kemasukan Pelajar (Enrolmen)
B.) Pembelajaran dan Pengajaran
C.) Model Pelajar Cemerlang
D.) Penyelidikan, penerbitan dan inovasi
E.) Pembangunan Sumber Manusia
F.) Jaringan Kerjasama dan Perkongsian Pintar
G.) Persekitaran, Kesihatan, Kawalan dan Keselamatan
H.) Kepimpinan dan Pengurusan yang menjurus ke arah pencapaian keputusan.
I.) Pengurusan Krisis
Kesimpulannya...aku akan mendapat banyak kerja untuk benda-benda ni....kerja camne? aku pun tak tahu lagi....kena tunggu arahan dari bos la n tunggu khalid balik ke sini dulu...hehehe
SMK Lepar Utara
Gambar Hari Guru SMKLU 16 Mei 2008
KENANGANKU.....
Malam tadi tengah syok-syok bukak pen drive terbukak gambar dan video kenangan masa jadi cikgu kat Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara, Jerantut Pahang. Sekolah yang aku rasakan banyak memberi aku kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan. Di sini aku rasakan banyak kepayahan yang tidak boleh aku gambarkan dengan kata-kata, hanya rakan-rakan dan anak murid yang banyak memberi aku kekuatan di sini. Aku sukakan suasana, aku sukakan kehijauan, aku sukakan keramahan, aku sukakan ketenangan dan lain-lain lagi. Sesungguhnya aku rindukan suasana di sana, aku rindukan rakan-rakan di sana dan semestinya anak murid aku di sana. Masih teringat saat aku ingin meninggalkan sekolah sebak rasanya melihat Syahir yang tidak henti-henti menangis dari dalam kelas sehinggalah di asrama sehingga aku merasakan bahawa aku sangat di perlukan di sini. Tapi aku mempunyai cita-cita aku sendiri. Dan kini cita-cita aku tercapai dan aku harap semua insan di sisiku memahami diriku ini. Keluarga pun terpaksa aku tinggalkan tapi percayalah aku kan sentiasa merindui kalian. Aku sentiasa doakan kalian dan semoga kita di panjangkan umur agar selalu kita boleh berjumpa. Buat ayah dan Emak, anakmu ini terpaksa mengejar cita-cita dan akan ku balas budi kalian sepertimana kalian mendidikku menjadi insan yang berguna. Ya ALLAH, engkau peliharalah iman kami, engkau tempatkanlah kami di sisi orang-orang yang engkau muliakan dan engkau permudahkanlah rezeki kami. Insyaallah..............
Isnin, 4 Ogos 2008
1st day bekerja.......
Welcome to my life
Selamat datang ke blog saya..apa-apa komen boleh la hantar kepada saya