Isnin, 26 Oktober 2009

Cikgu

Salam

Dah lama x jadi cikgu nier, hampir 1 tahun 3 bulan aku meninggalkan alam pendidikan dan hari ini kenangan tersebut kembali berputik. Cuma kali ini, agak berlainan kerana kesemua anak murid aku adalah pensyarah UiTM Johor..hehehe. Mengajar orang dah besar nier lagi susah sebenarnya. Pendekatan secara lebih bersahaja tentunya memberikan impak yang lebih positif. Berlainan ketika menjadi cikgu kepada budak-budak sekolah, kita terpaksa menyelami potensi dan keinginan mereka. Dengan itu, sesi pembelajaran tentunya menjadi lebih seronok dan menghiburkan.

Apa kelebihan mengajar orang yang dewasa? tentunya mereka lebih senang di ajar dan dapat mengadaptasi apa yang dipelajari dengan lebih berkesan. Mengajar kanak-kanak pula lebih memerlukan kaedah kawalan dan menyelami potensi diri pada setiap diri mereka. Ganjaran tentunya satu hadiah buat mereka yang lebih "advance" berbanding yang lain.

Masa mengajar dulu masa kat sekolah, kaedah pemberian merupakan satu bonus kepada pelajar. Aku suka memberikan ucapan berbaur pujian, wang ringgit bagi yang menunjukkan prestasi yang baik dalam test dan memberikan gula-gula sebagai balasan utk setiap potensi diri yang ditonjolkan. Mungkin aku bukan di lahirkan untuk terus menjadi guru atau pendidik, tetapi kenangan memberikan ilmu kepada mereka yang memerlukan merupakan satu kenangan dalam hidup aku. Mudah-mudahan, ini akan membawa kejayaan kepada mereka...adios....

Ahad, 25 Oktober 2009

Khamis yang "Sibuk"

Rak Fail Berwarna, "Silver Award for IID UiTM Johor

Panel Lawatan AKNC UiTM

Buat kaco di Booth Al-Bakri (lecturer Information Studies) - Gambor hari Rabu

Salam

Apa yang aku buat hari Khamis yang lepas? biarlah gambar yang menceritakan segalanya...adios...

Khamis, 22 Oktober 2009

Bebudak Sempana Riau

Aku nier sempoi @ selamba? hehehe. Begitu la kebanyakkan bebudak SR punya pandangan pasal aku. Nak kata garang. x pernah la plak aku tampo budak sampai bebuih mulut. Nak kata x ambil kisah psl diaorang, selalu jer aku uat spot check bilik diaorang n bagi nasihat. (Tadi baru jer aku sound sorang bdk, tengah duk bertenggek atas balkoni - aku takut beliau terjatuh dan mengalami patah-patah, x consent lagi ke aku?..hehehe).

Tapi biler bab berpakaian, sememangnya aku terlampau sempoi kut. Sapa berani pakai baju Bob Marley pergi opis kalo bukan aku? hehehe (tp lepas opis hours la). Kasut plak akan ku pakai di opis sahaja. Neck tie? tengkuk aku pendek - memang rimas gegiler. Tapi time isnin ngan meeting, aku x pernah miss tau. Gosok baju? tengok la kalo aku rajin...hehehe.

Dan aku tengok bebudak Sempana Riau, memang banyak peel seperti aku (kecuali style artis Hong Kong dan Kumpulan Radja)....dan mereka nier la yang telah merosakkan imej Sempana Riau (yang dianggap otai segala kolej...hehehe)....Hopefully yang jenis lembut2 n nak jadi artis nier sumer dah x duk SR lagi. Aku nak bior bebudak SR sumer otai2 macam aku...otai bukan nak jadi setan tp otai nak jadi budak baik..yang paling penting, ingat ALLAH dan KELUARGA dan belajo rajin2. Nak hint paper exam? mana boleh? berdosa...hehehe.......adios....

X Update....

Ko bz ke skang? Lama x nampok, sibuk ker? Banyak keje ke kat opis? hehehe. Camtuer la biler aku dah lama x update blog @ x kuar minum pagi @x ngulor...hehehe. Dah 2 minggu, aku memang tiap2 hari sibuk gegiler dan kemuncaknya hari ini...memang agak memenatkan bagi orang yang agak sihat macam aku nier. Setiap hari boleh dikatakan schedule aku dipenuhi pelbagai aktiviti, meeting, taklimat, penyerahan kertas soalan, staf nak jumpa, student nak jumper dan macam-macam lagi la. Alhamdullilah, Allah SWT masih mengizinkan aku untuk terus menghirup udara segar sampai sekarang dan dapat melakukan kerja dengan penuh Istiqomah.

Ingat pesan sorang guru aku. "Awak beruntung, hanya perlu memikirkan pelajaran dan fikir macam mana nak cemerlang dalam pelajaran. Kalau nak tau, bila dah bekerja nanti lagi banyak benda nak fikir." Camtuer la lebih kurang. TQ Cikgu Suhaimi. Dan sekarang, betul2 aku tau makna di sebalik kata-kata beliau. Memang banyak pancaroba, onak duri dan dugaan yang mendatang. X sangka, aku masih tabah dan terus mengharungi setiapnya dengan penuh berjaya dan berhemah...hehehe...itu sangkaan aku la.

Teringat plak citer psl kain putih, hhhmmmm....rupanya aku sendiri yang mencoraknya, memang masa kecik-kecik dulu x perasan, dah besar gini baru aku tau....dengan stail dan gaya aku sendiri, bebas? dah itu pilihan aku.....I love indie...............adios.......

Isnin, 19 Oktober 2009

Kisah Duyung yang Hodoh

Boleh caya ker video nier?

Lu fikir la sendiri...hehehehe. Aku rasa Duyung nier mesti spesis jantan @ mat rockers....adios...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Cerita pasal elektrik....

Budak-budak dah bising, bangunan-bangunan dan jalan dalam UiTM Johor gelap gelita. Semuanya gara-gara blackout. Hampir 2 hari berlaku perkara yang sama. Semalam paling tragis (aku x pasti biler aku tertido atas lantai, nk sejuk punya pasal...hehehe). Nak tido kat hotel x bole plak, maklum la RS....kut2 budak memberok plak semasa ketiadaan RS...hehehe.

Semalam pun kebetulan, jamuan raya HEA diadakan di Pejabat bermula pukul 8 malam...tup-tup letrik xder plak. Dan jamuan tesebut terpaksa dijalankan dalam suasana yang amat romantik + tragis + tak Selesa + berpeluh sakan...hehehe. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat dan dihadiri hampir semua staff HEA, PM Yusri, Ustaz Azrul dan pengawal dari Unit Keselamatan yang bertugas pada malam tadi.

Selepas itu, aku bergegas ke Dewan Sri Selasih menghadiri Jamuan Perpisahan Ustaz Zaludin yang ditukarkan ke Negeri Sembilan sebagai Pengarah Kampus. Majlis yang dianjurkan oleh PPP, MPP dan JPK Kolej dijalankan dengan penuh meriah dan kelihatan Ustaz Zaludin sangat gembira dan dalam ucapannya banyak memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar. Semasa upacara makan-makan, aku bergegas semula ke opis untuk mengemas apa-apa yang patut. Sempat gak la berbungkus untuk budak kolej (walaupun diaorang masih duk dalam kegelapan)...Aku bagi pada Aizat suh distribute pada nasi himpit+lodeh+rendang pd bdk2 kolej.

Pukul berapa ada letrik mlm tadi x tau la, dan pagi nier sepanjang perjalanan ke JB (Taklimat Kemasukan Markah Guna Excel - kul 3 ptg) , aku tidur dalam keta psl ngantuk gegila punyer....adios....

Review Band - Pita Hati

Satu lagi band indie yang membawa lagu-lagu yang sangat catchy. Downloadlah MP3 band ini, memang best.....adios...

Pita Hati - Api.mp3

Pita Hati - Cahaya Dalam Buta.mp3

Pita Hati - Dengarlah Jika Kau Angin.mp3

Selasa, 13 Oktober 2009

Hari Ke-2

Salam,

Hari nier merupakan hari kedua aku di Shah Alam kerana menghadiri mesyuarat bersama Pendaftar UiTM, Dr Zahrah. Aku dan rombongan Johor menginap di Hotel Bluewave. Aku duk satu bilik ngan Epul. Petang tadi abis meeting kul 5 lebih. Dalam kul 6 aku ajak Epul pegi Swimming Pool...hehehehe. Dah lama x berendam. Masa kat situ, berkenalan dengan Mr R, seorang Asst Manager Toyota dari Bangkok. Beliau ke Malaysia selama lebih kurang 2 minggu kerana ada kerja di UMW Toyota. Sembang2 tanya la pasal gaji, nah ko, 70K rupees (lebih kurang 7k)...punya la best. Dia kata kalo duk India memang dah tahap dewa dah tuer...hehehehe. Macam2 gak la kitaorang speaking meeking ngan dia, dari movie Bollywood sampai la citer2 keter.

Kat sini, apa yang aku nak citer sebenarnya jangan la kita sombong sangat. Kalo boleh cari la kawan banyak-banyak......hanya dengan senyuman, pasti terserlah keikhlasan....senyum la dari hati....dunia kan berseri, dan hari ini dah terbukti aku tambah sorang lagi kawan dari India, hopefully bila ku bercuti kat Bangkok nanti, boleh la jumpa dier.....adios.........

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ikut Hati

Ikut hati, mahu ku tawan dunia.....
Ikut hati, mahu ku lupakan semua yang berlaku......
Ikut hati, aku nak seperti yang ku impikan selama ini......
Ikut hati, mahu ku jadi yang terbaik.......
Ikut hati, aku nak bahagia seperti mereka.....
Ikut hati, mahu ku jajah daerah ini......
Ikut hati, aku nak jadi baik......
Ikut hati, aku nak sayang smua orang kat dunia ni.....
IKut hati, mahu ku dapatkan apa yang aku belum miliki....
IKut hati, aku mahu ke syurga......
Ikut hati, aku tidak mahu derhaka.....
Ikut hati, badan binasa........

Khamis, 8 Oktober 2009

Sejarah Handphone aku

Al-kisah bermulalah sejarah Handphone yang pernah aku pakai selama ini:

Masa Belajo - Sagem (bantal), Nokia 3210, Alcatel OT?, Nokia 3310, Nokia (kalis air dan habuk-model aku lupa), Nokia 8210, Nokia Daun, Nokia 6600 (sabun), Panasonic (model?-mcm kete F1)

Disebabkan business nasi lemak dan karipap panas aku berkembang pesat, aku pun mendapat keuntungan yang agak berlipat kali ganda dan kemampuan memakai HP terserlah pada ketika itu...hehehehe. Pusing-pusing KL, akhirnya aku sambar 32 sekupang di Pertama kompleks. Masa ketika itu, coverage memang susah kat UiTM Terengganu. Bebudak Kolej Tasik (skang Tenggol) mengclipkan HP di tingkap bilik (kes kecurian memang kuat la)...hehehe

Selepas itu, sebagai kelainan aku angkat HP Alcatel OT (aku dah lupa kod model). HP ini memang kecil dan ada keyboard (senang nak taip msg). pastu beli Nokia 3310 (function byk-tuer pasal aku rembat).

Masa kat Perlis lagi banyak pilihan, (syurga HP tentunya kedai HP kat bandar kangar-memang kelabu mata). Boleh kata, hampir setiap semester (masa dapat duit PTPTN) pasti aku akan rembat HP baru...hehehehe. Kena racun ngan kawan-kawan. Masa kat Perlis, Aku x berapa ligat sangat business cuma kecil-kecilan membaiki komputer dan menjual perkakasan komputer.Seingat aku, last telefon yang aku pakai before nak grad adalah nokia daun dan nokia sabun....hehehehe.

Masa Kerja - Nokia sabun, Nokia daun, Nokia N70, Sony Ericsson K850i, dan terkini Nokia 5800 Xpress music (baru 3 bulan)

Masa kerja, aku dah kurang install macam-macam kat HP. Penggunaan HP lebih kepada keperluan, internet, MMS dan GPS. Dan kini, aku memakai 3 biji HP. Bukan psl kaya, tapi aku sayang nak terminate No tel lama. So, jalan terbaik terpaksa la tambah HP baru...hehehe (jgn x caya - no tel masa diploma aku masih aktif dan digunakan...hehehe). Dan bila nak bangun pagi, ketiga-tiga HP memang aku on alarm dier...hehehehe (satu bunyi alarm, satu lagu RHCP-around the world, satu lagi lagu the killers...hehehe) memang terjaga pagi. Dan yang terkini, Nokia 5800 banyak membantu aku - surf internet, GPS dan MMS. Dan setakat ini, 5800 ini sememangnya yang terbaik pernah aku miliki (selain SO 850i n Sabun(HP yang aku upgrade guna speaker import Thailand-sayang nak jual) nyer yang juga aku pakai skang nier). Target seterusnya? Nokia N97...hehehehe

Begitu la lebih kurang sejarah HP aku, HP nier memang dah jadi satu keperluan kut.....

Reasons Why Nokia 5800 is better than Apple Iphone


I get lots of requests to compare in detail Nokia 5800 with Apple Iphone 3G. Here are some reasons we believe Nokia 5800 is way ahead than Iphone-

1) Size
The iphone is bigger in size and uneasy for one hand grip. Nokia 5800 is designed to fit well into your hands. Being smaller in width, it’s easy to operate single handedly.

Iphone size: 115.5 X 62.1 X 12.3 mm
Nokia 5800 size: 111 X 51.7 X 15.5 mm

2) Weight
Iphone is much bulkier than Nokia 5800. Nokia 5800 is 25g lighter than Iphone in weight.

Iphone: 133g
Nokia 5800: 109g

3) Screen Resolution
The Iphone has 3.5” screen while Nokia 5800 has 3.2” but the resolution of 5800 is far more superior to Iphone.

Resolution:
Iphone: 480 by 320
Nokia 5800: 640 by 360

4) Storage
Iphone comes with two options- 8GB & 16GB internal memory. Nokia has a more flexible option to offer 8GB with micro SD card which is expandable upto 16GB. Nokia owners can expand memory size according to needs which the Iphone guys can’t do.

5) Input Methods
Iphone: Finger only.
Nokia 5800: Finger, stylus, plectrum, handwriting recognition.

6) Features
Apple Iphone has lots of missing features like cut and paste function, saving email attachments, no support for third party headphones, ringtones, applications, many software bugs and other technical glitches. Nokia 5800 Tube has no such issues plus many more amazingfeatures included.

7) Colors
Iphone: Black for 8 & 16 GB, White for 16 GB only.
Nokia 5800: Red, Blue and Black.

8 ) Battery
Nokia 5800 provides upto 35 hrs of music playing time against Apple Iphone which claims just 24 hrs. Overall battery power (talktime/standby) is also about 30% more in Nokia 5800. What more, 5800 has a removable battery which Iphone lacks. Iphone: 5 hrs talk-time, 300 hrs standby, not removable. Nokia 5800: 8.8 hrs talk-time, 406 hrs standby, removable battery.

9) Camera
Iphone: 2 MP, no flash, no zoom, no additional camera.
Nokia 5800: has a 3.2mp camera, 3x digital zoom with Carl Zeiss lens,professional optics, autofocus, zoom, and flash compared to the iphones 2mp cheap optics. A second camera in front is available for video calling/conferencing.

10) Video Calling
Iphone: No Video calling possible in Iphone.
Nokia 5800: Video calling is possible.

11) Video Recording
IPhone: No option for video recording.
Nokia 5800: Video recording is included.

12) FM Radio
Iphone: Not Available
Nokia 5800: Available

13) Bluetooth
Iphone: Bluetooth is available for just handsfree, no file sharing possible.
Nokia 5800: Bluetooth available for handsfree and file sharing is possible. Better audio quality on bluetooth in 5800 with A2DP technology which Iphone lacks. The 5800 supports stereo bluetooth. The iphone does not.

14) GPS
The Nokia 5800 has a GPS receiver with turn by turn directions. The iphone does not have turn by turn.

15) The OS
The 5800 runs symbian s60 which means that you have the ability to install any number of programs on it, such as a different internet browser or multimedia player. Apple does not allow apps in the app store that mimic the official apps. there are internet browsers available for the 5800 that have embedded flash. the safari browser on the iphone is html only.

Almost all the major brands around the world like Samsung, HTC, LG, etc launched their touchscreen smartphones with a hope to beat Apple’s Iphone. No-one came close to Iphone when it comes to looks, style, feel and features.This is the first time a tech giant like Nokia has hit it hard with its first true touchscreen smartphone. Nokia 5800 is a real Iphone killer with way ahead features, perfect looks and great price. Bravo Nokia, Well Done!!

**Aku dah pakai 5800 kaler biru hampir 3 bulan, memang best...hehehehehe, Apa tunggu lagi?