Jumaat, 25 Disember 2009

Keputusan Peperiksaan PMR

Gambar hiasan

Gambar hiasan


Perkara yang paling mendebarkan bagi pelajar tentunya semasa keluarnya keputusan peperiksaan mereka. Perkara ini juga di alami oleh x-anak murid aku semasa aku mengajo dulu2 (dah hampir 1 1/2 tahun aku tinggalkan diaorang). Antara SMS yang diterima semalam:

"Cikgu, saya dapat 2A, 4B, 1C, ID...boleh la..." - Yus (Beskal)

"Yana dapat 3A, 4B dan 1C....Umi (kawan) ambilkan result saya kat sekolah (sebenarnya beliau nak amik result masa bukak sek, takut punya pasal....)" - Yana

"Keputusan saya OK je (aku sms balik tanya berapa dia dapat), dia balas 1A, 2B, 3C, 1D, 1E (aku sms balik, lengkap betui result awk...kuikuikui)" - Kuri

Itu la gelagat selepas dapat tahu result. Aku dulu camtuer gak, bila hari pertama keluar result aku bergerak ke Sekolah. Biasanya Pengetua dah ready di pejabat dan bersedia untuk ucapkan tahniah kepada pelajar. Masa PMR dulu result aku x la ok sangat (1A 6B 1C)...punya la teruk. Rentetan itu, aku x belajo mana-mana pun dan terus bersekolah di SMKKG 2. Rasa jeles memang ada bila sorang2 kwn kita dapat belajo kat teknik. Tapi betul juga org kata, x semestinya masuk teknik @ MRSM boleh berjaya. Sek luar bandar pun boleh gak kalo betui2. Start pada tuer aku bertekad untuk belajo betui2 dan aku pueh hati bila SPM diumumkan aku dapat Pangkat 1...kira bangga gak la, maklum la sek luar bandar. Daripada 150 calon, hanya 12 orang mendapat Pangkat 1....tapi tuer citer dulu...kuikuikui.

Balik semula citer psl PMR - Tahniah la pd x-anak murid aku yang mendapat keputusan pmr yang baru di umumkan semalam............bila dapat keputusan yang baik emak dan ayah mesti bangga dengan korang sumer. Tp kalo kureng jangan la putus ase, berusaha lagi untuk SPM.....jadi buat x-anak murid cikgu (aku) yang bakal nak ambil PMR tahun depan jadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat terus berjaya di masa akan mendatang. Kejayaan tidak akan bergolek datang.....kalau tidak berusaha manakan dapat hasilnya, kata orang tua kita...usaha tangga kejayaan.....di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.....adios...

Tiada ulasan: