Kalau dilihat pada zaman moden hari ini pula, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka.
Apakah kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? atau cabaran kepada ibu dan ayahnya?
Apakah kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? atau cabaran kepada ibu dan ayahnya?
Dahulu, agak sukar utk melihat anak2 gadis berjalan2 di pekan kecil atau pun di kota besar. Dahulu juga, amat susah untuk melihat remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar2, di pusat membeli belah atau di mana sahaja.
Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus memepersendakan ALLAH.
Yang tak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.
Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNYA untuk mereka.
Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.
Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim
Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.
InsyaAllah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan