Sabtu, 26 Disember 2009

The Times - Wilayah Strawberi


Oh..Mungkin bila kita bertemu
Berdebar-debar perasaanku
Separuh gila memikirkanmu
Saat pertama terpisah jauh

Duduk termenung,mengenangkanmu
Syahhh..

Oh..Bagaimana pintu hatimu
Masih kekalkah senyum tangisku
Khuatir roboh teguh imanmu
Teguhkah ia tanpa hadirku

Duduk termenung, mengenangkanmu
Woo,pulanglah sayang
Hatiku bimbang gelisah tak menentu
Cepatlah datang terbang melayang
Tersinggah di mimpiku
Bidadari syurgaku
Bidadari nyawa ku

Syaahh..
Duduk termenung, mengenangkanmu,
Woo,pulanglah sayang,
Hatiku bimbang gelisah tak menentu
Cepatlah datang terbang melayang
Tersinggah di mimpiku

Pulanglah sayang,
Hatiku bimbang gelisah tak menentu
Cepatlah datang terbang melayang
Tersinggah di mimpiku
Bidadari syurgaku
Bidadari nyawa aku

Download MP3:

The Times - Wilayah Strawberi

Couple - Diri Kau


apa jadi dengan diri kau
yang dulu tersenyum
dan kini termenung

apa jadi dgn diri kau
berhenti tersenyum
tak henti termenung

apakah mungkin kembali
saat manis dengan diri kau

apa jadi dengan diri kau
yang dulu tersenym
dan kini termenung

apa jadi dengan diri kau
berhenti tersenyum
tak henti termenung

apakah mungkin kembali
saat manis dengan diri kau

dengan diri.... dengan diri..
dengan diri.... dengan diri (kau)

dengan diri... dengan diri...
dengan diri... dengan diri (kau)

dengan diri... dengan diri...
dengan diri... dengan diri (kau)

Download MP3 :

Couple - Diri Kau

Jumaat, 25 Disember 2009

Citer keje hujung minggu....

Jgn x caya, aku dulu pernah tetido cenggini....

Jadi kucing best, membute je kejenyer...kuikuikui

Semalam, ramai dah staf cuti dan start balik bila dah kul 5. Aku plak terpaksa melupakan cuti hujung miggu. Hari nier terpaksa bekerja untuk menyiapkan beberapa perkara sebelum pendaftaran pelajar pada hari ahad nier. Selain tuer, sesekali pergi gak ke Blok U & C untuk memantau kerja-kerja penyusunan kerusi meja kat bilik kuliah (Epy jd mandor hari nier kat situ - aku paksa dier dtg rini, kejam giler...kuikui).

Malam tadi plak, letrik xder dalam kampus stat kul 11 mlm (kul 2 baru ada). Nak x nak terpaksa tido dalam kepanasan (nak tido hotel, rasa rugi la plak..kuikuikui). Pagi nier seawal kul 7.45 am dah masuk opis, tup-tup e-mail x bleh bukak (tambah satu lagi tensen). Dah la banyak lagi mende yang nak kena e-mail pd KP nier. Ada sorang staf keselamatan tanya aku "x balik ker?"..hehehe. Nak uat camner, keje my top priority, jwb aku. Sembahyang jumaat td pun ada 3 saf jer kat Masjid Assyakirin (just harap bdk2 PM n Buruh Binaan jer cuti2 cenggini).

Tapi sok aku nak cuti gak, aku nak gi Melaka tengok wayang citer Avatar...hehehe. Hari Ahad dah kene bagi full commitment untuk Pendaftaran Pelajar Baru. Lupa nak wish, kalo ada masalah jgn lupa cari aku....aku sentiasa sudi membantu...adios....

Keputusan Peperiksaan PMR

Gambar hiasan

Gambar hiasan


Perkara yang paling mendebarkan bagi pelajar tentunya semasa keluarnya keputusan peperiksaan mereka. Perkara ini juga di alami oleh x-anak murid aku semasa aku mengajo dulu2 (dah hampir 1 1/2 tahun aku tinggalkan diaorang). Antara SMS yang diterima semalam:

"Cikgu, saya dapat 2A, 4B, 1C, ID...boleh la..." - Yus (Beskal)

"Yana dapat 3A, 4B dan 1C....Umi (kawan) ambilkan result saya kat sekolah (sebenarnya beliau nak amik result masa bukak sek, takut punya pasal....)" - Yana

"Keputusan saya OK je (aku sms balik tanya berapa dia dapat), dia balas 1A, 2B, 3C, 1D, 1E (aku sms balik, lengkap betui result awk...kuikuikui)" - Kuri

Itu la gelagat selepas dapat tahu result. Aku dulu camtuer gak, bila hari pertama keluar result aku bergerak ke Sekolah. Biasanya Pengetua dah ready di pejabat dan bersedia untuk ucapkan tahniah kepada pelajar. Masa PMR dulu result aku x la ok sangat (1A 6B 1C)...punya la teruk. Rentetan itu, aku x belajo mana-mana pun dan terus bersekolah di SMKKG 2. Rasa jeles memang ada bila sorang2 kwn kita dapat belajo kat teknik. Tapi betul juga org kata, x semestinya masuk teknik @ MRSM boleh berjaya. Sek luar bandar pun boleh gak kalo betui2. Start pada tuer aku bertekad untuk belajo betui2 dan aku pueh hati bila SPM diumumkan aku dapat Pangkat 1...kira bangga gak la, maklum la sek luar bandar. Daripada 150 calon, hanya 12 orang mendapat Pangkat 1....tapi tuer citer dulu...kuikuikui.

Balik semula citer psl PMR - Tahniah la pd x-anak murid aku yang mendapat keputusan pmr yang baru di umumkan semalam............bila dapat keputusan yang baik emak dan ayah mesti bangga dengan korang sumer. Tp kalo kureng jangan la putus ase, berusaha lagi untuk SPM.....jadi buat x-anak murid cikgu (aku) yang bakal nak ambil PMR tahun depan jadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat terus berjaya di masa akan mendatang. Kejayaan tidak akan bergolek datang.....kalau tidak berusaha manakan dapat hasilnya, kata orang tua kita...usaha tangga kejayaan.....di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.....adios...

Rabu, 23 Disember 2009

Soal Jawab Orang Yang Dituduh sebagai Mat Rempit


S : Kenapa berlumba?
J : Aku juga mempunyai naluri seorang jaguh macam Hang Tuah / Mat Kilau

S : Kenapa anda bawa motor dengan laju?
J : Ada hantu kejar aku.

S : Kenapa anda modified enjin motor?
J : Aku tengok meter motor sampai 180km/j, kalo enjin standet tak cecah pun

S : Kenapa anda wheelie?
J : Tayar depan motor aku pancit

S : Kenapa anda wikang?
J : Ada semut melintas.

S : Kenapa tak pakai side mirror?
J : Kena kebas kat fun fair

S : Kenapa operate ekzos motor?
J : Cita-cita nak jadi doktor, tak bedah orang bedah ekzos pun ok dah

S : Kenapa tak pasang lampu?
J : Jimat bateri motor, kempen bumi hijau (1 jam tak berlampu)

S : Kenapa tutup no plate motor?
J : Takut orang ambil nombor plate motor untuk beli toto tak pasal-pasal dapat dosa free

Nier lawak aku cipta jer, jgn jawab kat JPJ mcm nier...silap-silap masuk lokap, sia-sia jer...adios....

Selasa, 22 Disember 2009

Baik Punya Poster

Baik punya poster...tapi sapa nak mengaku dia mat rempit?

Adakah anda Mat Rempit? Sila jauhi Stesen Petronas Jaya Gading, Kuantan Pahang...hehehehe. Aku tak tau la motif yang ingin disampaikan oleh Pengusaha Stesen Minyak nier, mungkin beliau ada sejarah hitam ngan mat rempit Pahang. Walau apa pun aku rasa ini merupakan satu inisiatif untuk menghalang pengaruh Mat Rempit di Pahang. Aku dulu Mat Rempit ker? Tak pernah la plak aku ngaku aku camtuer - memang aku bawa motor laju, modified motor, memang aku pernah wheelie, wikang, tapi x semestinya aku mat rempit.....Hehehe......adios.....

Bantu Membantu

Dulu, ketika masih di sekolah , guru seringkali mengajarkan agar kita selalu hidup bermasyarakat, mengenal jiran tetangga sebelah rumah, mengenal tetangga di kampung atau kampung sebelah, bahkan kalau boleh mengenal setiap penghuni satu desa, satu daerah, mengenal rakan kita satu kelas, satu sekolah. Beliau juga menerangkan tujuannya agar kita bisa saling bantu membantu, saling tolong menolong jika terjadi kebakaran, kebanjiran, atau kesukaran hidup lainnya.

Mungkin masyarakat bandar atau desa yang sentiasa sibuk dengan tugas, agak sedikit asing dengan budaya tersebut apalagi yang berprinsip bahwa kitalah yang menentukan hitam-putihnya warna hidup kita, hanya kitalah yang boleh menyelesaikan masalah kita sendiri.

tangan diatas lebih baik dari pada tangan dibawah. Atau suatu ajaran sufi : pada tahap awal kesufian untuk membersihkan dirinya, para calon sufi itu lebih mementingkan diri untuk tidak berbuat jahat (dosa) daripada harus berbuat baik, yang boleh dikembangkan menjadi : lebih baik tidak meminta daripada harus memberi.

Jadi, bagaimana kalau kita hidup bermasyarakat..? , kita boleh membantu orang lain…. Mudah-mudahan saja dengan motif bermasyarakat seperti itu akan dapat memperbaiki dan menyegarkan serta menghidupkan kembali struktur kehidupan masyarakat kita yang lebih dinamis, bersih, dan tidak anarki seperti sekarang ini.

Indahnya Jika Kita Beriman

Kalau dilihat pada zaman moden hari ini pula, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka.

Apakah kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? atau cabaran kepada ibu dan ayahnya?

Dahulu, agak sukar utk melihat anak2 gadis berjalan2 di pekan kecil atau pun di kota besar. Dahulu juga, amat susah untuk melihat remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar2, di pusat membeli belah atau di mana sahaja.

Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus memepersendakan ALLAH.

Yang tak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNYA untuk mereka.

Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.

Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.
InsyaAllah,

Dulu dan Kini

Aku dulu pernah menjadi kanak-kanak
Aku dulu pernah belajar bertatih
Aku dulu selalu menangis
Aku dulu sentiasa mahu disuapkan
Aku dulu selalu mahu dimanjakan
Aku dulu sentiasa diperhatikan

Aku dulu sentiasa mahu hajat aku dimakbulkan
Aku dulu selalu mahu di dukung
Aku dulu sentiasa di dodoi
Aku dulu sentiasa gembira
Aku dulu sentiasa belajar
Aku dulu sentiasa mencari ilmu

Kini aku semakin dewasa
Kini hidup penuh pancaroba
Kini hidup dalam tekanan
Kini penuh dengan tohmahan
Kini perlu mencari nafkah
Kini kehendak sukar dipenuhi

Kini hidup sentiasa bersaing
Kini hidup sentiasa mencabar
Kini penuh onak dan duri
Kini penuh dengan ilmu
Kini hanya mencari kejayaan
Kini hanya mencari Keredhaan Nya.....

Ahad, 13 Disember 2009

Staf Aku

Yang nier separuh jer dari keseluruhan staf aku.....

Macam-macam perangai dan ragam staf kadang-kadang menghiburkan kita. Arahan yang jelas terhadap sesuatu perkara amat membantu aku walaupun kadang-kadang kesilapan itu terpaksa aku tanggung...hehehe. Aku suka tengok jika staf aku mampu berdiri atas kaki sendiri, ye lah psl x perlu la nak cakap banyak kali. Bagi staf yang senior rasanya dah tau apa yang perlu dibuat dan jangan buat. Baru-baru nier aku banyak bagi souvenier kat diaorang, yang Sabah punya ada, yang Singapore punya ada. Bukan main hepi memasing. Rentetan hari Kualiti baru-baru nier aku rasa masih banyak perlu aku lakukan bersama staf2 aku kat sini. Mungkin tahun 2009 merupakan tahun transformasi sepenuhnya di tempat aku. Transformasi dari segi apa? Attitude, Minat Bekerja dan Keinginan untuk menjadi yang terbaik. Untuk staf aku, tunjukkanlah keajaiban korang dan buat la HEA nier yang paling berjaya kat sini....adios....

Khamis, 10 Disember 2009

Dari Singapura ke Sabah

Arab Street......

Merlion Park.....


Baru sampai ke Sabah......

Cuaca pada pukul 6.00 pagi, kalo camnier kat semenanjung dalam kul 7.30 nier.....

Sesi bincang2.....

Cerita minggu sudah tentunya sesuatu yang menarik untuk diperkatakan, outstation yang agak lama....hmmmm...biar la gambar yang menceritakan segalanya.....

Sabtu, 5 Disember 2009

Lama dah....

Salam

Dah berapa minggu aku x updated blog? Sorry la, maklum la terlalu sibuk ngan kerja-kerja seharian. Apabila peperiksaan akhir pelajar tamat, kami kat HEA nier kena la plak standby untuk keputusan peperiksaan pelajar...dan saat2 camnier la merupakan waktu kritikal bagi kami kat sini. Sabtu dan Ahad masa banyak dihabiskan di pejabat untuk menyiapkan apa yang patut. Khamis baru nier baru jer abis Mesyuarat JAC untuk mengesahkan markah keputusan akhir pelajar.

Dan pada waktu artikel ini ditulis, sebenarnya aku berada di JB untuk Meeting TP HEA seluruh sistem UiTM dan pada Isnin nier plak tewrus naik flight ke Sabah untuk Bengkel Tatatertib KPT sampai la 9hb nanti. Sibuk x aku? hehehe. Itu la pengorbanan yang perlu dilakukan. Sepanjang ketiadaan aku, Jaja akan bantu apa yang patut kat HEA. Begini la lumrah dunia, Kalo dah namanyer keje, kena la keje....x nak keje? Nak makan apa? hehehehe....adios...............