Jumaat, 13 November 2009

Suasana

Teringat masa berjiwang di UiTM Terengganu....

Suasana mcm nier yg aku suka....

Aku sebuah gunung batu?

Perjalanan hidup seringkali diselubungi suasana yang ceria dan pudar. Semua ini berpandukan keikhlasan setiap manusia untuk memilih jalan kehidupan yang sebenarnya dan manusialah yang mencorakkan kehidupan mereka. Kadangkala, aku juga sering membiarkan suasana terus-terusan mempengaruhi aku di dalam membuat beberapa keputusan. Suasana yang membuatkan aku menjadi hebat, ceria, gembira, berduka dan bersedih.

Memang aku cuba untuk mengerti erti suasana yang sebenarnya walaupun pelbagai halangan yang menghantui hidup ini. Persembahan dan abstrak sesebuah suasana sememangnya sering memahatkan rasa dalam diri untuk aku terus berekspresi dengan suasana....ah...itu memang penting, tapi bagaimana?

***Apa yang aku merepek nier? hehehe...adios...


1 ulasan:

Dziauddin berkata...

penyakit cenggini hanya leh diubati ngan berkahwin jek..