Jumaat, 13 November 2009

Puisi Untuk Orang Melayu

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak Keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah sebelum lidahmu jadi bisu

- Usman Awang

nota kaki:

puisi dicipta pada tahun 1967, tika beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Bahasa 1967 masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutamanya kehakiman.

nombor 152 merujuk kepada Fasal 152 dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Bahasa Malayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

Tiada ulasan: