Isnin, 2 November 2009

Hilangkan bosan cara aku?


Bosan dengan diriku, kenapa jadi begitu, ke mana hilangnya semangatku...camtuer la sediki lirik dari group indie "Roti"...hehehe. Apa aku buat kalau bosan ??? Jarang ada istilah bosan dalam kamus hidup aku sebenarnya... Tak reti aku nak hidup bosan-bosan ni, bagi aku hidup ni perlu di nikmati sepenuhnya tapi kalau stress sikit-sikit tu normal la...

Biasanya kalau aku stress atau dah tak reti nak buat apa sangat-sangat, aku plug in external hardisk aku, bukak movies yang aku download. Citer yang x jemu tengok banyak kali adalah citer yang lama2 lakonan Stephen Chow atau nama cina Chiau Sing Chi mamat yang kat dalam gambar tu...Bagi aku lawak dia ni memang terbaik walaupun kadang2 lawak dia agak merapu dan melampau... Kenapa aku cakap lawak Stephen Chow ni terbaik ???

Bagi aku dia ni memang berkarekter tersendiri. Kalau korang dah tengok filem2 lakonan Stephen Chow ni mungkin korang akan perasan, lawak dengan muka yang teramat-amat la slumber dan aksi-aksi lawak pun di luar kotak fikiran manusia normal dan tak pernah terfikir oleh pelawak lain... Banyak jugak filem2 dia ni di antaranya yang selalu aku layan Sixty Million Dollar Man, King of Comedy, Fight Back to School, Forbidden City Cop, The Tricky Master, Lawyer Lawyer, The Lucky Guy, Shaolin Soccer, Kung Fu Hustle dan berlambak lagi...Jangan x caya, umur dia sebenarnya dah 50-an...hehehe

Selalunya, aku siap boleh hafal lawak2 dier dan movies yag mempunyai adengan lawak tersebut. Dan itu la merupakan salah satu taktik nak abihkan masa lapang aku...adios.....

Tiada ulasan: