Selasa, 17 November 2009

Download Movies

Aktiviti mendownload menggunakan torrent dan lime wire sememangnya menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai akses internet yang tidak di “block” oleh majikan @ mak ayah kita. Aku antara manusia yang tidak pernah puas mendownload movies melalui internet..kuikuikui. Apabila aktiviti mendownload still in progress, biasanya pc @ laptop akan dibiarkan on selama hampir 1 hari untuk movie yang masa tayangannya x sampai 2 jam. Jika line slow, alamatnya lagi lama la masa menunggu.

Macam aku kat sini, selain menggunakan khidmat wireless dalam uitm ini, aku juga mempersiapkan diri aku untuk aktiviti mendownload nier menggunakan maxis broadband. Awal2 dulu ok, tp skang dah macam hampeh...rase rugi jer pakai, aku ingat nak tukar P1 plak lepas nier, dengor kata tengok youtube pun x tersentak-sentak lagi...hehehe. Masalah nyer, nak terminate maxis nier kena la plak bayo tambahan 2 rat. Cekik darah betui. Maybe next month rasanya memang sesuai aku nak terminate maxis nier (maklum la dapat wang ihsan 5 rat (bonus mana?)).

Apa yang aku merepek pasal download nier? Hahahaha. Kalau nak tau, aku baru jer berjaya mendownload movies baru iaitu Final Destination 4 dan juga 2012 (jange mare yer tokei wayang). FD 4, best – memang ngeri giler tapi citer 2012 punya la lembab masa mula citer (byk ckp2) tp aku suka tengok teknik CGI dier, memang superb..hehehehe. Bukan apa aku download nier, aku lebih suka tengok movies dari dalam bilik aku, siap boleh baring lagi dan yang penting jimat sesangat duit aku (pegi Melaka, duit minyak lagi)...kuikuikui....adios......

Jumaat, 13 November 2009

Facebook Versi Surau - Jom Jadi Followers

Pusing-pusing blog orang terjumpa la Facebook versi Surau nier...hehehehe. Sampai hati betul jemaah kat satu tempat di Selangor (nama tmpt dirahsiakan). Aku rasa mesti Imam kat surau tersebut terpaksa di fired serta merta selepas kejadian tersebut. Kerana apa? Customer always right...adios...

Puisi Untuk Orang Melayu

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak Keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah sebelum lidahmu jadi bisu

- Usman Awang

nota kaki:

puisi dicipta pada tahun 1967, tika beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Bahasa 1967 masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutamanya kehakiman.

nombor 152 merujuk kepada Fasal 152 dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Bahasa Malayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

Suasana

Teringat masa berjiwang di UiTM Terengganu....

Suasana mcm nier yg aku suka....

Aku sebuah gunung batu?

Perjalanan hidup seringkali diselubungi suasana yang ceria dan pudar. Semua ini berpandukan keikhlasan setiap manusia untuk memilih jalan kehidupan yang sebenarnya dan manusialah yang mencorakkan kehidupan mereka. Kadangkala, aku juga sering membiarkan suasana terus-terusan mempengaruhi aku di dalam membuat beberapa keputusan. Suasana yang membuatkan aku menjadi hebat, ceria, gembira, berduka dan bersedih.

Memang aku cuba untuk mengerti erti suasana yang sebenarnya walaupun pelbagai halangan yang menghantui hidup ini. Persembahan dan abstrak sesebuah suasana sememangnya sering memahatkan rasa dalam diri untuk aku terus berekspresi dengan suasana....ah...itu memang penting, tapi bagaimana?

***Apa yang aku merepek nier? hehehe...adios...


Isnin, 9 November 2009

Antara Hati dan Air Mata

Pernah x korang menangis? Bagi manusia yang berjiwa sensitif memang selalu dan mudah untuk mengalirkan air mata. Aku nak citer, dah 3 bulan kut sampai la sekarang....setiap kali aku melakukan ibadah solat, lahir satu perasaan yang menyebabkan hati aku merasa sungguh sayu sehingga mengalirkan air mata. Aku pun x tahu, tp kederasan air mata itu memang tak dapat di halang oleh aku.

Kenapa aku begitu? Itu la persoalan yang bermain di fikiranku dan kederasan air mata itu sangat hebat di subuh hari. Apa yang terjadi sebenarnya? Hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya. Mungkin itu petandanya impian aku untuk ke tanah suci untuk mengerjakan umrah semakin dekat. Aku sangat mengharapkan agar kedatangan aku ke tanah suci pada tahun depan dapat di makbulkan dan diredhai pemergian aku ke sana.

Sekarang tengah sibuk melihat-lihat pakej umrah, maklum la tahun nier punya planning terpaksa di tunda dan tentunya pakej yang ekonomi sudah memadai. Betul juga kata Hj Ros Hasri, masa muda-muda nier la buat ibadah kalau dah tua banyak komitmen lain. Dari segi persediaan, rasanya hubungan aku dengan-Nya semakin dekat. Walaupun ini hanya cuma persinggahan yang sementara, aku sangat berharap melalui ibadah umrah dapat memberikan aku satu nikmat dan keinsafan di dalam mencari sebuah kehidupan dan erti seorang khalifah di muka bumi.

Andai pemergian aku ke sana nanti merupakan satu pemergian yang kekal, Aku Redha dan tetap bersyukur ke hadrat-NYa......Wassalam.....adios......

Sabtu, 7 November 2009

Mudahnya aku......

Mudahnya aku

Menghancurkan hatinya

Tanpa aku memikirkan

Kesannya padaku

Mudahnya aku

Melupakan segalanya

Jasa dan keringat

Penat dan Lelah

Mudahnya aku

Menitiskan air mata

kerna kini aku menyedari

Aku memang memerlukanmu

Maafkan DAKU.......

Jumaat, 6 November 2009

Petai

Kenyang la bdk nier makan petai tersebut....

Salam

Petai...ada orang suka makan dan sebaliknya. Aku x terkecuali antara golongan yang suka makan petai. Paberet aku adalah Sambal Tumis Petai, x kira la isi udang ke, sotong ke, bilis ke dan sebagainya. Tapi aku x berapa suka petai yang di makan secara ulam...hehehe

Dulu2, aku selalu main-main bawah pokok petai belakang umah Makcik Jah (tepi sungai). Aku suka main bunga petai (macam mikrofon..hehehe). Bila time petai berbuah selalu tengok orang panjat pokok tersebut, punyalah tinggi. Nasib baik aku x pandai panjat pokok kalo x mesti kena paksa panjat pokok tersebut. Bila dah makan petai nier, korang prepare la ngan kesan sampingan yang biasanya terlalu busuk...hehehe. Mau dari segi bau mulut dan bahan "buangan"..hehehe. Yang paling sakit hati tentunya apabila mendapati kesan peninggalan pemakan petai yang masih mempunyai kesan yang sukar di hilangkan oleh air sahaja....hehehe

Kalo di Jerantut, di pasar market selalunya ada makcik yang akan jual jeruk petai (di dalam bekas nata). Memang pior...camner la diaorang buat dan kalo makan ngan nasi dan kicap memang sedap. Bila balik jerantut, aku selalu beli jeruk petai tersebut. kat Segamat nier pun ada gak biasanya ada staf aku bawak dari rumah. Makan kat opis...hehehe

Semalam dapat e-mail gambor budak dan petai yang di antor kawan aku (gambar di atas), punyer la beso....x sangka betui, sungguh menakjubkan ciptaan Illahi...teringin betui aku nak makan petai besor terbabit. Umah sesapa ada petai sebesar tersebut jangan malu-malu jemput aku sekali....hehehe...adios....

Rabu, 4 November 2009

Happy Sibling


Band ini ditubuhkan pada tahun 2005 oleh 4 org sekawan iaitu eman(vocalist, chip(bassist), ayip(drummer), dan burn (gitarist).Mereka meminati music yg simple,padat dan sedap macam pop,punk alternative rock &funky.

Berinspirasikan band seperti the beatles, RedHotChilliPeppers, ArticMonkey, OAG, Marcus Miller, Coldplay, Incubus, dan Couple. Antara lagu2 "hot" mereka TERANG,KAMI,dan ILUSI. Untuk maklumat lanjut tentang band ni boleh layari Myspace mereka dngn click link dibawah.Chek Chek Out Out!!!

http://www.myspace.com/happysibling

Download MP3 Happy Sibling:

Terang
Kami

Review Indie Band - Couple


Band yang ditubuhkan pertengahan bulan 4 2004 ini dianggotai oleh 4 orang sahabat iaitu aidil,ariana,masrin dan shahrin.

Anggota kumpulan Couple dikumpul dari 2 negeri iaitu Ipoh dan Kuala Lumpur semasa seawal pembabitan mereka didalam arena muzik malaysia.Couple membawa elemen muzik Powerpop & IndieRock didalam karya seni mereka.

Dibawah adalah Sedikit info tentang band ini di myspace mereka

"One of the few true blue power pop bands in the region, Couple has been plying its trade for years now, dedicating itself to remind people of the virtues and magic of 'the song', and the power of the pop!! Taking cues from bands like The Beatles, The Beach Boys, Big Star, The Who, The Raspberries, The Beat, The Rooks, Enuff Znuff and Weezer".

Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.Check Check Out Out!!!

http://www.myspace.com/couple

Dah Seminggu

Dah seminggu peperiksaan berlangsung, Alhamdulillah sampai sekarang masih belum berlaku apa-apa yang tak diingini (kes meniru la). Sem lepas merupakan sejarah bg aku sepanjang berada kat sini kerana xder bdk kena tangkap pasal meniru dan semester nier hopefully sama la mcm sem lepas...

Hari nier suasana agak tenang dan nyaman. Aku bangun pagi tadi pun agak bersemangat maybe pasal aku tido awal kut (12.00 mlm). Hopefully, hari nier aku terus ceria untuk terus menunaikan tanggungjawab aku kat sini. Dah seminggu juga, non stop aku bekerja (sabtu dan ahad peksa on juga), dan biler minggu exam mcm nier kedatangan ke opis tentunya sebelum kul 7.30 pg. Balik pulak selepas kul 6.00 petang.

Lupa nak citer, stat senin baru nier Kak Jaja dah ditugaskan ke HEA dan ditempatkan ke PJI, utk itu Selamat Bertugas...adios...

Isnin, 2 November 2009

Hilangkan bosan cara aku?


Bosan dengan diriku, kenapa jadi begitu, ke mana hilangnya semangatku...camtuer la sediki lirik dari group indie "Roti"...hehehe. Apa aku buat kalau bosan ??? Jarang ada istilah bosan dalam kamus hidup aku sebenarnya... Tak reti aku nak hidup bosan-bosan ni, bagi aku hidup ni perlu di nikmati sepenuhnya tapi kalau stress sikit-sikit tu normal la...

Biasanya kalau aku stress atau dah tak reti nak buat apa sangat-sangat, aku plug in external hardisk aku, bukak movies yang aku download. Citer yang x jemu tengok banyak kali adalah citer yang lama2 lakonan Stephen Chow atau nama cina Chiau Sing Chi mamat yang kat dalam gambar tu...Bagi aku lawak dia ni memang terbaik walaupun kadang2 lawak dia agak merapu dan melampau... Kenapa aku cakap lawak Stephen Chow ni terbaik ???

Bagi aku dia ni memang berkarekter tersendiri. Kalau korang dah tengok filem2 lakonan Stephen Chow ni mungkin korang akan perasan, lawak dengan muka yang teramat-amat la slumber dan aksi-aksi lawak pun di luar kotak fikiran manusia normal dan tak pernah terfikir oleh pelawak lain... Banyak jugak filem2 dia ni di antaranya yang selalu aku layan Sixty Million Dollar Man, King of Comedy, Fight Back to School, Forbidden City Cop, The Tricky Master, Lawyer Lawyer, The Lucky Guy, Shaolin Soccer, Kung Fu Hustle dan berlambak lagi...Jangan x caya, umur dia sebenarnya dah 50-an...hehehe

Selalunya, aku siap boleh hafal lawak2 dier dan movies yag mempunyai adengan lawak tersebut. Dan itu la merupakan salah satu taktik nak abihkan masa lapang aku...adios.....

Ahad, 1 November 2009

Spot Check

Macam tongkang pecah...

Berhibur dan Berasap

Muka Bdk Prt 1 yang bakal duk kat luar...

Bilik dijadikan Mini Zoo

Sempat berjudi plak tuer....

Apa la nak jadi ngan budak kolej aku? Time minggu exam camni mcm2 benda pelik yang dilakukan. Bilik - bilik toksah citer la, macam neraka. Camner la diaorang bleh duk kat bilik tuer. Tindakan spot check yag dilakukan semalam adalah disebabkan aku agak sakit hati ngan bebudak yang mem "phewit" bdk pompuan joging ptg semalam. Lepas Isyak, kami bertekad mencari bdk celaka tersebut. X Jumpa plak tuer, sebagai balasan, satu kolej aku tawaf. Dan kat sini aku letakkan beberapa perkara / perbuatan bodoh yng dilakukan yng menambahkan sakit hati aku terhadap mereka. Keputusan yang akan di ambil? Sem depan permohonan kolej aku x sokong. Pandai-pandai la nak nyewa dan survive kat luar....hahahaha.....adios...