Sabtu, 2 Mei 2009

Sekolah aku dulu-dulu......

Ini bukan sek tekam, sekadar hiasan..hehehe

Sekolah, tempat semua orang menimba ilmu. Selepas aku bergraduasi dari Sekolah Tabika Kemas pada tahun 1988 (sijil graduasi pun aku ada lagi tau...hehehe), aku terus mendaftar untuk masuk darjah satu di Sekolah Rendah Tekam Utara pada tahun 1989. Aku masa darjah satu dah pandai la berdikari x macam sesetangah bdk2 lain (mak bapak still tunggu kat luar kelas takut anak lari balik umah plak). Tapi pegi dan balik sekolah bapak aku still amik. Aku masih ingat aku ditempatkan di kelas 1 kuning (kelas paling hadapan). Selepas tuer, kelas yang paling hadapan ini dikenali dengan nama cerdas. Untuk makluman, aku dari darjah 1-6 semuanya kelas-kelas depan (bangganyer...hehehe). Member2 aku pada masa sek ren agak ramai la gak, tapi yang paling rapat adalah dengan member2 selorong (dekat umah) macam Isdihar, Mamat, Pie, Mahathir, Ojie dan lain-lain. Cikgu-cikgu yang mengajar aku dan aku masih ingat sehingga kini adalah Cikgu Nuar, Cikgu Saidan (lawak P Ramlee), Cikgu Khairudin, Cikgu Fauziah, Cikgu Suhaimi, Ustazah Amrah dan Cikgu Yunus (cikgu paling garang-suka tarik sekben rambut...hehehe).

Dulu balik sekolah pukul 1.15 petang, pastu makan, mandi dan solat, ready plak nak ke Sekolah Agama Rakyat Tekam Utara pukul 3 petang. Kat sini aku belajar ilmu2 tajwid,fardu ain, Feqah dan lain-lain perkara berkaitan agama. Waktu Rehat, beli air dan keropok goreng kat Kedai Arwah Pakcik Tapa. Balik jer dari sekolah pukul 5 petang, dah ready ke padang bola (tepi umah Pakcik Jamaludin @ belakang umah Ojie). Selain bola, kadang-kadang kami main randes (baseball melayu). Main kahwin2 selalu gak. Kalo nak tau, mak aku cukup pantang kalo aku ngan abg aku mandi sungai (tu la yang menyebabkan aku x pandai berenang sampai sekarang...hahaha). Kalo mandi gak, siap la berbekas kesan pukulan hanger n getah paip (selalu kena abg aku la, pasal aku jenis dengor ckp). Pernah sekali mak aku kejo aku n abg aku pasal kantoi mandi sungai ngan dier. Untuk perlindungan, kami berlari mendapatkan pertolongan di umah jiran (makcik Saonah dan Lang)...hehehe (takut punya pasal).

Aktiviti malam aku adalah pegi mengaji kat umah Makcik Haji (lorong atas), selalunya biler maghrib kami berjemaah kat umah Makcik Haji pastu baru stat mengaji. Bila balik tengah malam semuanya pecut 100m biler sampai kat kebun Pakcik Man (maklumlah, time tuer lampu jalan xder lagi). Kitaorang lari pasal geng2 dewasa suka sangat takutkan kami....hehehe. Aku ngaji sampai la aku khatam, dan upacara khatam biasanya dibuat dengan meriah (semasa kenduri perkahwinan). Aku khatam Al-Quran (secara rasminya) masa umur aku 13 tahun...hehehe (masa tuer kenduri kahwin Abg Kamal, anak Makcik Haji).

Ilmu-ilmu yang aku dapat nier la yang sebenarnya memacu hidup aku sampai la skang nier, kadang-kadang aku terfikir gak, kenapa la orang sekarang suka mempersiakan ilmu yang diaorang dapat. Sedangkan tahu hukum-hakam agama, baik dan buruk, kenapa la nak dipersoalkan benda2 yang baik dan selalunya suka sangat ikut perkara-perkara buruk nier.....fikir-fikirkanlah...Wallahu'alam......

Tiada ulasan: