Isnin, 4 Mei 2009

Hari Lahir.....

12 Mei 2009 (17 J'Awal 1430H)....hari teristimewa bagi aku. Pada hari tersebut genaplah umur aku 27 tahun. Siapa sangka, dah tua rupanya aku nier...hehehe. Perjalanan hidup yang agak mencabar (bagi aku la) setakat ini, betul-betul membentuk aku menjadi seorang yang lebih kuat semangat. Bagi aku, transformasi yang berlaku dalam diri sentiasa menjadikan aku lebih baik dari hari ke hari. Baik dari segi kehidupan dan akal fikiran. Pernah juga aku tertanya-tanya pada diri aku, apa lagi yang aku nak gapai dalam hidup nier? kadang-kadang persoalan ini sering menjadikan aku sentiasa bernafsu besar dan rakus untuk membongkar rahsia diri dan alam maya ini (keadaan sekeliling aku).

Adakah orang akan mempedulikan hal ini? ahhh....aku x peduli. Ini hidup aku, aku yang menentukan arahnya. Baik buruk aku yang menerimanya. Insya'allah, doakan aku sentiasa mendapat Keberkatan dari-NYA. Transformasi yang berlaku, sememangnya x siapa yang dapat menduganya......adios..........

Tiada ulasan: