Mudahnya aku
Menghancurkan hatinya
Tanpa aku memikirkan
Kesannya padaku
Mudahnya aku
Melupakan segalanya
Jasa dan keringat
Penat dan Lelah
Mudahnya aku
Menitiskan air mata
kerna kini aku menyedari
Aku memang memerlukanmu
Maafkan DAKU.......
Mudahnya aku
Menghancurkan hatinya
Tanpa aku memikirkan
Kesannya padaku
Mudahnya aku
Melupakan segalanya
Jasa dan keringat
Penat dan Lelah
Mudahnya aku
Menitiskan air mata
kerna kini aku menyedari
Aku memang memerlukanmu
Maafkan DAKU.......
Kenyang la bdk nier makan petai tersebut....Salam
Petai...ada orang suka makan dan sebaliknya. Aku x terkecuali antara golongan yang suka makan petai. Paberet aku adalah Sambal Tumis Petai, x kira la isi udang ke, sotong ke, bilis ke dan sebagainya. Tapi aku x berapa suka petai yang di makan secara ulam...hehehe
Dulu2, aku selalu main-main bawah pokok petai belakang umah Makcik Jah (tepi sungai). Aku suka main bunga petai (macam mikrofon..hehehe). Bila time petai berbuah selalu tengok orang panjat pokok tersebut, punyalah tinggi. Nasib baik aku x pandai panjat pokok kalo x mesti kena paksa panjat pokok tersebut. Bila dah makan petai nier, korang prepare la ngan kesan sampingan yang biasanya terlalu busuk...hehehe. Mau dari segi bau mulut dan bahan "buangan"..hehehe. Yang paling sakit hati tentunya apabila mendapati kesan peninggalan pemakan petai yang masih mempunyai kesan yang sukar di hilangkan oleh air sahaja....hehehe
Kalo di Jerantut, di pasar market selalunya ada makcik yang akan jual jeruk petai (di dalam bekas nata). Memang pior...camner la diaorang buat dan kalo makan ngan nasi dan kicap memang sedap. Bila balik jerantut, aku selalu beli jeruk petai tersebut. kat Segamat nier pun ada gak biasanya ada staf aku bawak dari rumah. Makan kat opis...hehehe
Semalam dapat e-mail gambor budak dan petai yang di antor kawan aku (gambar di atas), punyer la beso....x sangka betui, sungguh menakjubkan ciptaan Illahi...teringin betui aku nak makan petai besor terbabit. Umah sesapa ada petai sebesar tersebut jangan malu-malu jemput aku sekali....hehehe...adios....

Band ini ditubuhkan pada tahun 2005 oleh 4 org sekawan iaitu eman(vocalist, chip(bassist), ayip(drummer), dan burn (gitarist).Mereka meminati music yg simple,padat dan sedap macam pop,punk alternative rock &funky.
Berinspirasikan band seperti the beatles, RedHotChilliPeppers, ArticMonkey, OAG, Marcus Miller, Coldplay, Incubus, dan Couple. Antara lagu2 "hot" mereka TERANG,KAMI,dan ILUSI. Untuk maklumat lanjut tentang band ni boleh layari Myspace mereka dngn click link dibawah.Chek Chek Out Out!!!
http://www.myspace.com/happysibling

Band yang ditubuhkan pertengahan bulan 4 2004 ini dianggotai oleh 4 orang sahabat iaitu aidil,ariana,masrin dan shahrin.
Anggota kumpulan Couple dikumpul dari 2 negeri iaitu Ipoh dan Kuala Lumpur semasa seawal pembabitan mereka didalam arena muzik malaysia.Couple membawa elemen muzik Powerpop & IndieRock didalam karya seni mereka.
Dibawah adalah Sedikit info tentang band ini di myspace mereka
"One of the few true blue power pop bands in the region, Couple has been plying its trade for years now, dedicating itself to remind people of the virtues and magic of 'the song', and the power of the pop!! Taking cues from bands like The Beatles, The Beach Boys, Big Star, The Who, The Raspberries, The Beat, The Rooks, Enuff Znuff and Weezer".
Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.Check Check Out Out!!!
http://www.myspace.com/couple
Dah seminggu peperiksaan berlangsung, Alhamdulillah sampai sekarang masih belum berlaku apa-apa yang tak diingini (kes meniru la). Sem lepas merupakan sejarah bg aku sepanjang berada kat sini kerana xder bdk kena tangkap pasal meniru dan semester nier hopefully sama la mcm sem lepas...
Hari nier suasana agak tenang dan nyaman. Aku bangun pagi tadi pun agak bersemangat maybe pasal aku tido awal kut (12.00 mlm). Hopefully, hari nier aku terus ceria untuk terus menunaikan tanggungjawab aku kat sini. Dah seminggu juga, non stop aku bekerja (sabtu dan ahad peksa on juga), dan biler minggu exam mcm nier kedatangan ke opis tentunya sebelum kul 7.30 pg. Balik pulak selepas kul 6.00 petang.
Lupa nak citer, stat senin baru nier Kak Jaja dah ditugaskan ke HEA dan ditempatkan ke PJI, utk itu Selamat Bertugas...adios...

Bosan dengan diriku, kenapa jadi begitu, ke mana hilangnya semangatku...camtuer la sediki lirik dari group indie "Roti"...hehehe. Apa aku buat kalau bosan ??? Jarang ada istilah bosan dalam kamus hidup aku sebenarnya... Tak reti aku nak hidup bosan-bosan ni, bagi aku hidup ni perlu di nikmati sepenuhnya tapi kalau stress sikit-sikit tu normal la...
Biasanya kalau aku stress atau dah tak reti nak buat apa sangat-sangat, aku plug in external hardisk aku, bukak movies yang aku download. Citer yang x jemu tengok banyak kali adalah citer yang lama2 lakonan Stephen Chow atau nama cina Chiau Sing Chi mamat yang kat dalam gambar tu...Bagi aku lawak dia ni memang terbaik walaupun kadang2 lawak dia agak merapu dan melampau... Kenapa aku cakap lawak Stephen Chow ni terbaik ???
Bagi aku dia ni memang berkarekter tersendiri. Kalau korang dah tengok filem2 lakonan Stephen Chow ni mungkin korang akan perasan, lawak dengan muka yang teramat-amat la slumber dan aksi-aksi lawak pun di luar kotak fikiran manusia normal dan tak pernah terfikir oleh pelawak lain... Banyak jugak filem2 dia ni di antaranya yang selalu aku layan Sixty Million Dollar Man, King of Comedy, Fight Back to School, Forbidden City Cop, The Tricky Master, Lawyer Lawyer, The Lucky Guy, Shaolin Soccer, Kung Fu Hustle dan berlambak lagi...Jangan x caya, umur dia sebenarnya dah 50-an...hehehe
Selalunya, aku siap boleh hafal lawak2 dier dan movies yag mempunyai adengan lawak tersebut. Dan itu la merupakan salah satu taktik nak abihkan masa lapang aku...adios.....
Berhibur dan Berasap
Muka Bdk Prt 1 yang bakal duk kat luar...
Bilik dijadikan Mini Zoo
Sempat berjudi plak tuer....
Apa la nak jadi ngan budak kolej aku? Time minggu exam camni mcm2 benda pelik yang dilakukan. Bilik - bilik toksah citer la, macam neraka. Camner la diaorang bleh duk kat bilik tuer. Tindakan spot check yag dilakukan semalam adalah disebabkan aku agak sakit hati ngan bebudak yang mem "phewit" bdk pompuan joging ptg semalam. Lepas Isyak, kami bertekad mencari bdk celaka tersebut. X Jumpa plak tuer, sebagai balasan, satu kolej aku tawaf. Dan kat sini aku letakkan beberapa perkara / perbuatan bodoh yng dilakukan yng menambahkan sakit hati aku terhadap mereka. Keputusan yang akan di ambil? Sem depan permohonan kolej aku x sokong. Pandai-pandai la nak nyewa dan survive kat luar....hahahaha.....adios...
Merah padam muka Benitez malam tadi.....
Nak sambung pasal exam lagi? Jadual perancangan study. Bunyi macam kelako, tapi itu la yang aku praktikkan. Selalunya aku akan planning waktu2 untuk study, ulangkaji dan latih tubi. Jadual makan juga dinyatakan dengan jelas dalam jadual tersebut (hehehe...takut termiss makan). Kadang2 aku akan masukkan juga time utk gi library, biasanya waktu malam. Biasanya sepanjang waktu study, aku akan stand by kan bekalan makanan sebagai kudapan ketika study. Air 100 plus dan ali cafe juga tidak dilupakan (kadang-kadang tertidur gak...hehehe).
Masa aku study Ijazah, baru aku tau kalo kita nak study nier x elok makan asam2 nier takut mudah lupa. Ye ker? aku sendiri pun x pasti...hehehehe (aku dulu2 suka makan asam..). Aku masih ingat pada semester 4 ijazah. Masa tuer tengah hangat citer Bawang Puteh Bawang Merah...hehehe. Setiap petang mesti adanyer dan aktiviti study depan tv merupakan pilihan utama...hehehehe. Di UiTM, biasanya pelajar di beri cuti study week seminggu sebelum exam berlangsung. Time nier memang study ker? Rupanya aku biasanya akan menipu diri sendiri (buku jer byk bwk balik, tp x study pun...hehehe), better study kat kampus lagi baguih dok ada. Bila diploma memang la aku selalu balik masa cuti cenggini, tp masa degree dulu x la (maklum la, duk jauh di utara, tambang dah berapa...hehehe).
Tempat yang strategik sememangnya menjadi pilihan aku. Aku lebih sukakan suasana yang tenang dan lebih relax (biasanya jauh dari orang dan atas katil) - tuer psl aku suka study awal pagi tp bila duk hostel memang kitaran tido aku agak terganggu. maklum la member lain study sampai lewat mlm. Biasanya aku akan letak kain kat katil double decker aku utk menghalang pancaran dan aura lampu member yg study mlm. Tp biler duk menyewa kat luar (Padang Nyu, Arau Perlis), tenang sikit psl ada bilik memasing.
Nak hilangkan tension masa study? Kalo duk kat Dungun dulu, aku dan kengkawan suka lepak tepi pantai sambil membuat unggun api...hehehe. kadang2 menjerit melawan arus laut china selatan...hehehe. Masa kat Perlis, kami akan berkaraoke di Kedai makan Simpang Felda Chuping. RM1 utk satu lagu. Pernah juga buat giler pergi karaoke di Hotel Putra palace (bayar RM10, nyanyi la banyak mana pun + air coke satu gelas)...hehehe. Dah abis menyanyi memang pueh hati (geng karaoke - Man, Ben dan Bukit...hehehe).
Lagi cerita? Siri ke-3...adios....
Persediaan yang rapi sesungguhnya akan membuahkan hasil. Sikap malas dan tidak ambil kisah sesungguhnya selalu menjadi duri dalam daging bagi remaja melayu khususnya golongan pelajar. Sikap "janji pass @ cukup2 mkn dah la" perlulah di kikis dari dalam diri mereka.
Esok pelajar2 UiTM akan mula menduduki peperiksaan akhir untuk semester. Pada ketika ini, mungkin mereka telah merancang strategi yang rapi dan menghafal serta mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang satu semester ini. Penghuni kolej Sempana Riau tidak terkecuali. Sejak dari semalam, di bilik study dan bilik2 aku lihat dah ramai buat study group. Ada juga yang suka study bersendirian...hehehe...lebih senang menghafal kut.
Teringat masa aku belajar dulu. Memang waktu dan detik menjelang exam menjadikan aku sangat x tentu arah sehinggakan nak makan pun dah x berselera (kalo paper yang killer la). Study dalam group memang susah nak masuk dalam kepala. Biler study dalam group nier, upacara mkn2 dan mengumpat sudah tentunya menjadi matlamat utama. Tapi biler belajar sensorang, kiter meletakkan diri kita dalam keadaan "stress" baru la ilmu senang masuk. Kalo dedulu, aku suka membuat mind mapping dan nota shorthand (org lain memang susah nak paham, kalo potostat pun). Nota2 yang ditulis di atas kertas A4 yang dilipat kecil2 tersebut biasanya akan aku sediakan lebih awal dan upacara me"memorized"kan dalam otak akan aku lakukan 2 @ 3 hari before final exam paper tersebut.Teori aku, lelaki akan mudah mengingat dalam masa singkat dan dalam keadaan stress (hehehe, dari pemerhatian dan pengalaman aku la).
Jika esok hari merupakan hari exam, biasanya aku akan tido awal (seawal 10 mlm). Pada pukul 3.00 pagi, aku akan bangkit kembali untuk menghafal nota2 tersebut. Ckp pensyarah aku, otak akan lebih segar bila kita study awal2 pagi ni. Aku masih ingat, masa Diploma di UiTM Terengganu dulu, kami suka mengemukakan soalan2 berkaitan subjek pada kwn2 sebilik sebelum tido. Memang stress biler kwn kiter tau jawapannya...hehehe. Tapi benda tuer la selalunya membantu kita untuk mengingati kembali apa yang di baca. Aku juga suka membuat short font dan selalunya akan di hafal seperti membuat ayat2 yang lawak dan mudah untuk aku ingat (biasanya ayat mengutuk kwn2...hehehe).
Bila nak ke tempat exam, pembawaan nota dan menghafal sepanjang perjalanan seperti sudah menjadi kemestian pada pelajar (boleh ingat ker? hehehe). Lagi satu, biasanya akan ada hint @ soalan spot sehari sebelum peperiksaan berlangsung. (mana member2 dapat, aku pun x tau). Kadang2 menjadi, kadang2 x masuk lagi. (memang kena maki la bdk yg bagi soalan spot tersebut...hehehe). Tapi bila yang di spot masuk, bukan main gembira la hati...hehehe
Biler difikirkan memang banyak kisah2 lucu dan sedih berkaitan exam nier, nak tau lagi? tunggu siri 2....adios.....
Sapa la rajin membuat benda cenggini?
Senang nyer org melayu diperbodohkan...
Salam
Baru-baru nier sembang ngan Ustaz Azrul dan Ustaz Kamarudin dan isunya tentunya pasal sejadahyang ber "solat" kat Kelantan dan Kedah. Boleh caya ker semua ini? Kata Ustaz perkara tersebut merupakan perkara tahyul sekiranya kita percaya ada perkara @ peristiwa yang berlaku disebabkan sejadah tersebut. Kemungkinan ini merupakan satu perbuatan yang dilakukan segelintir orang untuk menakutkan @ membuat huru hara. Harap-harap benda nier x akan memesongkan akidah kita....Wallahualam.....Korang percaya ke?