Malam sambutan tahun baru baru-baru ini tentunya satu kenangan baru dalam hidup aku. Pertama kali aku bekerja sehingga ke lewat malam pada malam 31 Disember 2009. Persediaan Laporan Peperiksaan Khas dan lain-lain perkara tentunya menjadi agenda pada malam tersebut. Mungkin di KL dan kota-kota metropolitan sambutannya adalah meriah. Orang ramai berkumpul dan bergembira menyambut kedatangan tahun baru. Ramai kawan-kawan tak percaya, Johor tidak bercuti untuk menyambut tahun baru...hehehe, itulah kelainan bila duk Johor nier.....
2008, 2009 dan kini 2010 tentunya membawa seribu pengertian dalam hidup aku. Tahun 2010, tentunya azam aku lebih tinggi "nak menggapai impian yang belum tercapai", apa yang belum tercapai? hanya aku yang tahu dan Insya'allah sinar kebahagian akan ku cari dan kini aku telah bersedia. Semoga kejayaan dan kenangan manis terus menerus hadir dan di alami oleh aku dalam meniti kerjaya sebagai AR di UiTM Johor. Aku dengan ini nak wish selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog, bloggers dan kawan-kawan aku walau dimana kalian berada. Semoga kehidupan kita didunia sentiasa dipermudahkan oleh-Nya.....adios.......
2 ulasan:
keje di malam tahun baru? takpe, demi agama dan bangsa..dtg le melaka
Salam Ustaz, pekabo? hehehe. Camtuer la lebih kurang, byk bende x setel lagi. Camner bile balik ke Melaka? best ker?
Catat Ulasan