Sabtu, 8 Mei 2010

Friends of Mine


Lama dah aku tak post kat blog nier, harap maklum la kerana aku sibuk dengan exam student kat UiTM Johor nier. Walaubagaimanapun, aku masih steady dan suka suasana kat sini. Walaupun mungkin ada kekurangan di sini (x macam kat Shah Alam dan kota metropolitan yang lain), aku tetap suka kerna aku pun...Asal dari kampung..wakakaka. Yang pasti suatu hari nanti pasti aku bisa lengkapi dan seterusnya menjadi lebih baik.

Walau sesibuk mana pun skang nier, kawan-kawan tak pernah aku lupakan, masih ada ruang di alam siber untuk bertanya khabar dan itulah pengubat kerinduan kepada kawan2 yang dah berkerjaya sekarang nier. Yah, aku percaya Aura persahabatan yang dibawa oleh FB pada aku sekarang nier.

Sekarang aku bertambah sedar, walau sejauh mana pun kita, setinggi mana pun kita. Kawan merupakan satu-satunya perkara yang perlu dititik beratkan oleh setiap manusia di dunia ini. Kita berhak memilih kawan, tapi jalan sampai tersilap langkah kerana setiap manusia adalah berlainan....Manusia kan fleksible ....hehehe


Jadi jangan sia-siakan kesempatan hidupmu, carilah teman sebanyak yang kita boleh. Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan berpangku tangan dan melepaskan semuanya begitu sahaja...adios......

Tiada ulasan: