Rabu, 12 Mei 2010

Doa dan harapan di hari lahir

12 Mei 2010, genap usia aku 28 tahun. Terasa dah semakin berusia dan terasa macam masa ini tersangatlah pantas berlalu. Terimbau kembali memacam kenangan zaman budak-budak, masa sekolah menengah dan zaman belajar di universiti dulu. Indah kan dunia budak-budak.

Mekasih kepada family dan kawan-kawan yang masih ingat besday ku ini. Doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki yea.

Bila usia dah melangkau melepasi pertengahan 20an ni, banyak perkara serius dah mula difikirkan. In fact, sebelum ni pun dah jenuh memikirkannya. Tapi sampai kesudah jawapan untuk perkara-perkara tu masih belum ada.

Aku berdoa supaya aku akan dipertemukan dengan seseorang yang terbaik untuk aku, keluargaku dan agamaku. Selain tu, aku berdoa supaya aku diberi kesihatan, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam iman.

Selama 28 tahun aku hidup, Alhamdulillah perjalanan hidup aku ni dipermudahkan Allah. Berkat doa mak dan ayah. Terima kasih mak, terima kasih apak.

Dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik selama ni adalah salah satu anugerah yang sangat tak ternilai. Dengan adanya mereka, hidup aku lebih ceria dan lebih banyak benda yang dapat dikongsi bersama. Aku berdoa kita akan sentiasa ‘keep in touch’ walaupun masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Semoga kita akan bahagia dan dirahmati dengan jalan yang telah kita pilih. Ameen.

Tiada ulasan: