Rabu, 3 Jun 2009

Menangis.............




Aku memang seorang yang kuat semangat. Jarang aku menangis, kena cucuk ngan doktor pun aku x menangis. Masa sunat pun rileks jer (siap gelak-gelak lagi. Tapi hati aku mudah tersentuh (tapi bukan disebabkan aku mat jiwang).....Antara peristiwa yang aku ingat menyebabkan aku menitiskan air mata dlm 3-4 tahun nier ialah:

1.) Paling hebat dan paling menguji aku adalah semasa ayah aku sakit - terasa macam nak jaga dia jer kat Hospital dan x nak balik Segamat dah. Tu pasal sejak dari itu dan sampai skang, setiap hari aku akan call mak ayah aku keadaan kesihatan mereka.

2.) Menangis atas sejadah semasa aku semester 6 Diploma kat UiTM Terengganu. Tetiba rasa tersentuh ngan apa yang aku dah lalui dalam hidup selama 21 tahun. Housemate aku tau la citer nier. Pada masa tuer rasa kerdil jer aku sebagai manusia dan hamba pada YANG SATU. Sejak tuer, memang aku akan pastikan ibadah aku terpelihara dan MESTI dibuat.

3.) Tengok MU menag Champions League pada 1999 - x tipu nier. Rasa Puas sesangat. Semangat last minutes dan celebration yang dilakukan......memang sadis.....

4.) Masa tengok anak murid menangis (budak hostel) semasa hari last jadi cikgu kat Lepo - Kata-kata semangat penuh emosi dan mengharapkan mereka berubah dan melakukan transformasi dalam idup.

5.) Berkongsi cerita Kak Jaja (pasal arwah suaminya - Ijam). Dalam x sedar mata aku bergenang. Kuatnya semangat kak Jaja dalam mengharungi masa-masa selepas kematiannya. Semoga danish dapat menghiburkan hati ibu dia yang tabah nier.

Tiada ulasan: