Isnin, 22 Jun 2009

Anak FELDA.......

Tanah ini untuk mu.....

Aku x pernah rasa malu, rasa sesal untuk mengaku aku Anak FELDA...Orang Kampung...hidup penuh kesederhanaan...Tapi aku pelik kenapa orang selalu lupa asal usul mereka...untuk itu terimalah, luahan aku.....Orang lain boleh berjaya? Takkan kita xnak berjaya.....

Duhai sahabat anak felda
jangan kau lupa dr mana asal mu,,
jangan kau lupa dr mana jiwa mu
dan jangan kau lupa ladang sawit itu
menyemai bakti dibumi felda
memenuhi perut penerokanya

mengembeling keringat tanpa rasa jemu
cari kekuatan mu wahai anak felda
cari jati dirimu wahai anak felda
usah kau bermimpi dan berada di zon selesa
ayyuh,,,keluarlah dimedan perjuangan sebagai anak felda

usah biarkan dirimu dicemuh kerana kita anak felda
di tanah yang masih menuntut bakti
keringatmu masih diperlukan lagi
jika rezki,perjuangan dan medanmu di felda ini,,,

Tiada ulasan: