Datang keje malam-malam camnier dah macam rutin aku dalam seminggu dua nier....nak uat camner, keje melebihi segalanya.....aku? jgn demam macam dulu dah la...hehehehe...adios....
Selasa, 30 Jun 2009
Malam
Durian.....
Sapa suka makan durian? angkat tangan...hehehe. Durian dianggap raja segala buah, kenapa? aku pun x tahu...wawawawa..hehehe. Aku just nak bagitau skang Segamat tengah banyak durian...cakap jer nak jenis macam mana...D24, D28, IOI, Kucing tidur, aiskrim, udang merah dan lain-lain lagi la istilah. Aku sendiri sebagai penggemar buah nier, memang x melepaskan peluang. Kelmari aku baru jer lepas makan durian (6 biji aku kongsi ngan Epul), makan kat umah peraih...nak bawak balik takut berbau keta. Nasib baik peraih kat sebuah kampung di Jementah tuer baik. RM2.00 je sekilo...tapi memang puas.....pueh hati...heheheh...adios.....
Jumaat, 26 Jun 2009
The Tune Lari
Welcome to UiTM Johor
Esok pelajar baru untuk kemasukan Julai-November 2009 akan datang melapor diri dan sudah tentunya pada ketika ini banyak kerja dan tugas yang perlu diselesaikan dengan lancar dan teratur. Pelajar baru untuk kemasukan diploma adalah seramai 1911 orang. Hopefully, 70% - 80 % akan mendaftar daripada jumlah seramai tuer. Mereka esok akan daftar kolej dulu, 28hb baru daftar rekod. Preparation HEA? Alhamdullilah, kami dah ready untuk masa tersebut.
Tapi hari nier aku agak serabut (banyak keje)...hanya Allah SWT yang tahu perasaan aku. Ilmu yang aku dapat dari Khalid dan Rakan2 AR yang lain menyebabkan aku agak terrer (1st time conduct intersesi)...Hari nier pun serabut pasal nak kim result bdk2 menumpang kat Johor nier, masa intersesi plak clash ngan khas...nasib baik ada staf-staf yang kuat semangat (pasal dengar jeritan stress aku 2-3 kali gak la...hehehe) Thank you my staf............
Esok? keje la, xkan nak rilek....(utk makluman, senin nier Johor cuti...) kalo bukan minggu pendaftaran, rasanya aku dah balik Pahang....rindu wei, apa khabar la orang kat sana...kalo ada 3G kat Tekam kan best......adios........aku nak pi Maghrib dulu....
Rabu, 24 Jun 2009
Pedih peyot.......
Sabar...sabar...... (tapi aku x macam nier..)
Masa semakin hampir....Waktu semakin mencemburui aku (ye ker?)...tinggal x sampai 2 jam jer lagi.....hehehehe.....lepas nier, aku nak lantak puas-puas....
Buat muslimin dan muslimat, selamat berbuka puasa bersama-sama dengan Ribena dan Air Cedok Pak Mamat...hehehehe....adios......
Selasa, 23 Jun 2009
Jom Puasa
Dah lama x berpuasa sunat nier...hehehe....Tapi esok bermulalah bulan Rejab bagi tahun ini, that's mean hanya dua bulan lagi Ramadan akan tiba. Eloklah rasanya Rejab kali ini kita jadikan titik mula untuk menyambut kedatangan Ramadan (rindu nak bukak posa ngan family la plka...) dengan berpuasa sunat.Rasanya lama juga aku tak berpuasa sunat. Maklumlah aku ni jenis tak rajin nak berlumba dalam ibadah, tapi rajin berlumba nak cari harta.. tak salah tu, asalkan betul caranya.....hehehehe....Semoga Rejab ini akan menyemarakkan iman dan persediaan kita untuk Ramadan yang bakal menjelma nanti. Oleh itu, Selamat berpuasa sunat. Malam kang aku nak bungkus makan boleh uat sahur untuk pagi esok....adios.....
Isnin, 22 Jun 2009
Anak FELDA.......
Duhai sahabat anak felda
jangan kau lupa dr mana asal mu,,
jangan kau lupa dr mana jiwa mu
dan jangan kau lupa ladang sawit itu
menyemai bakti dibumi felda
memenuhi perut penerokanya
cari kekuatan mu wahai anak felda
cari jati dirimu wahai anak felda
usah kau bermimpi dan berada di zon selesa
ayyuh,,,keluarlah dimedan perjuangan sebagai anak felda
di tanah yang masih menuntut bakti
keringatmu masih diperlukan lagi
jika rezki,perjuangan dan medanmu di felda ini,,,
3 beradik....
Kakak...
Bang Long.....
Posing.....
Memer......
Tengok gelagat mereka kadang-kadang membuatkan aku happy.....Tu pasal la tiap2 minggu aku sanggup drive jauh-jauh...untuk berjumpa mereka yang tersayang......adios...
Jumaat, 19 Jun 2009
Nama.....
Nama yang pelik bagi sesuatu tempat kadang-kadang menyebabkan kita akan tertawa. Macam mana la agaknya orang dulu-dulu bagi nama. Dari pemerhatian aku, negeri paling banyak nama tempat yang unik2 adalah Kelantan. Bila pusing-pusing Kelantan, tengok nama tempat memang kita akan pelik....hehehehe.
Bagi orang Kelantan, memang nama nier x jadi masalah. Bagi orang luar? kenapalah diaorang bagi nama macam nier (mesti kita akan cakap camnier). Pada aku la, kalo nama tempat yang terlampau pelik dan x senonoh better tukar la....Takut apa plak pelancong luar negara cakap......Betul x?
Rabu, 17 Jun 2009
Pengalaman Ngeri
Eyes on Machang....hehehe
Memang ngeri naik menatang nier, aku dah serik.....hehehehe.....tak mungkin aku naik dah.... Idea menaiki menatang tunggangan nier datangnya dari Fahrul masa aku gi kursus kat Kelantan ari tuer. Kalo korang nak tau, sepanjang benda tuer berpusing aku pegang dinding besi dalam tuer kuat-kuat sambil pejam mata (aku takut besi patah jer)...hehehe
Pusing lama plak tuer...(aku rasa ada la lebih sepuluh kali).....lepas nier, tobat aku takkan naik dah....walaupun dapat tiket free....adios....
Selasa, 16 Jun 2009
Makbul @ Tidak
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya.........
Statik
Sesuatu dalam hatiku berkata,
Pada malam bintang berkelipan,
lagu/lirik : Statik
Download mp3 Statik (klik je kat tajuk lagu...)
Khamis, 11 Jun 2009
Kenangan di Kelantan
Salam...
Biarlah gambar yang menceritakan segalanya...(sebenarnya aku malas nak menulis...hehehe)
UiTM Kelantan......
Bergambar la plak.....
Khamis, 4 Jun 2009
Kelantan Oh Kelantan...
Rabu, 3 Jun 2009
Menangis.............
Aku memang seorang yang kuat semangat. Jarang aku menangis, kena cucuk ngan doktor pun aku x menangis. Masa sunat pun rileks jer (siap gelak-gelak lagi. Tapi hati aku mudah tersentuh (tapi bukan disebabkan aku mat jiwang).....Antara peristiwa yang aku ingat menyebabkan aku menitiskan air mata dlm 3-4 tahun nier ialah:
1.) Paling hebat dan paling menguji aku adalah semasa ayah aku sakit - terasa macam nak jaga dia jer kat Hospital dan x nak balik Segamat dah. Tu pasal sejak dari itu dan sampai skang, setiap hari aku akan call mak ayah aku keadaan kesihatan mereka.
2.) Menangis atas sejadah semasa aku semester 6 Diploma kat UiTM Terengganu. Tetiba rasa tersentuh ngan apa yang aku dah lalui dalam hidup selama 21 tahun. Housemate aku tau la citer nier. Pada masa tuer rasa kerdil jer aku sebagai manusia dan hamba pada YANG SATU. Sejak tuer, memang aku akan pastikan ibadah aku terpelihara dan MESTI dibuat.
3.) Tengok MU menag Champions League pada 1999 - x tipu nier. Rasa Puas sesangat. Semangat last minutes dan celebration yang dilakukan......memang sadis.....
4.) Masa tengok anak murid menangis (budak hostel) semasa hari last jadi cikgu kat Lepo - Kata-kata semangat penuh emosi dan mengharapkan mereka berubah dan melakukan transformasi dalam idup.
5.) Berkongsi cerita Kak Jaja (pasal arwah suaminya - Ijam). Dalam x sedar mata aku bergenang. Kuatnya semangat kak Jaja dalam mengharungi masa-masa selepas kematiannya. Semoga danish dapat menghiburkan hati ibu dia yang tabah nier.
Renovation di Kolej SR.....
Salam....
Lama koi (loghat Pahang) dah x update blog rupenyer. Minggu lepas x banyak benda yang aku boleh share ngan pengunjung blog aku nier. Hari sabtu dan Ahad lepas aku balik Pahang pegi kenduri Mat Lie - member Lepo (Gi umah pengantin pompuan jer-Padang Piol pun rasanya lebih kurang Lepo gak..hehehe). Malam Ahad ada tetamu datang umah (keluarga Epul), datang jln2 segamat tengok anak bujang dier camner life kat sini...hehehe.
Aku nak citer pasal renovation yang berlaku kat SR sekarang nier. Abis dieorang jahanamkan lantai level bawah (nak pasang mozek - lawa la nanti kolej aku), pintu bilik pelajar pun bakal digantikan. Tapi yang x tahannyer, kontraktor yang renovate kolej SR tuer parking keta kat tempat PPP. Dah 2 kali kereta aku terpaksa parking kat luar. Nak lalu pun susah gak, letak pasir ngan Bulldozer di laluan tempat parking (kalo x cekap bwk keter memang susah nak kuar).
Time bdk2 xder nier, memang rasa sunyi yang teramat sangat. Sokri cakap dier kena kaco ngan setan malam ahad baru nier (macam nak kencing aku jer...hehehe). Yang pelik tuer, asyik dier je yang kena. Basha OK plak. Ada sembang-sembang ngan haji Ros dan beberapa pengawal keselamatan pasal keselamatan di UiTM. Maklum la, bila renovation camnier ramai la Indon2 dan pekerja kontrak yang bermasalah nak mencari rezeki di UiTM. Kalo rezeki halal ok la, yang haram? yang merosakkan pelajar? Walau apapun, kehadiran pekerja asing sememangnya menggusarkan kita. Aku takut...takut terjadi apa-apa yang x diingini disini......jom fikir....