Rabu, 7 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya UiTM Johor 2009

Aku, Hj Nasir dan Syam...

Menyambut tetamu luar....

kat stall Bhgn aku, menu : Mee Rebus Johor

Ahli marhaban sempena Raya....hehehehe


Kontrol ensem....

Pagi tadi bermula kul 7.30m pagi dah kena pergi Dewan Sri Temenggung menyiapkan Stall HEA (bhgn lain dah buat malam tadi)...nasib baik ada banner, pelita, ketupat reben dan lampu liplap2..senang la sikit kerje. Menu kat stall bhgn aku adalah mee rebus Johor. Kul 8.30 pg dah ramai tetamu luar datang ke majlis tersebut. Majlis yang bermula kul 9 lebih dimulakan dengan tayangan multimedia ucapan setiap bahagian, pastu ucapan pengarah, seterusnya marhaban dan acara kemuncak tentunya acara makan-makan...hehehehe. Gambar menjadi saksi korang...adios...


Majlis Doa Selamat PPP - Haji Ros Hasri

Birthday Boy...hehehe

Selawat....

Port baik punyer (duk depan blower air cond...)

Malam tadi, lepas Isyak PPP UiTM Johor telah dijemput Haji Ros Hasri untuk menghadiri Majlis Doa Selamat sempena sambutan hari lahir beliau. Majlis dimulakan dengan selawat yang diketuai oleh Ustaz Kamarulzaman dan seterusnya bacaan Doa Selamat. Harapan kami, semoga Haji Ros dipanjangkan umur dan kalau ada rezeki yang lebih jangan dilupa rakan-rakan yang lain terutamanya ketika belanja Roti Nan Cheese atau Nasi Ayam Gemas..hehehehe...adios

Selasa, 6 Oktober 2009

Nape?

Nape orang macam tuer?
Nape aku macam nier?
Nape orang marah?
Nape aku bersabar?
Nape orang bergembira?
Nape aku bersedih?
Nape orang rilex?
Nape aku sibuk buat kejer lagi?
Nape orang dah balik?
Nape aku duk kat pejabat lagi?
Nape kat luar bunyi bising-bising?
Nape kat sini senyap sunyi jer?
Nape aku boring?

Nape? Nape? Nape?

Review Band lagi - Melodi Pagi


Review band Indie diteruskan lagi. Kali ini, band Melodi pagi. Band yang berasal dari Sg.Petani, kedah ini ditubuhkan pada awal tahun 2008 oleh 5 org anak muda yang berbakat besar dalam bidang muzik iaitu WAN sebagai Vokalis, WAFIE sebagai Guitar 1, BENNEY sebagai Guitar 2, HIDAYAT sebagai Bass, dan NAZRIE sebagai Drumer yang mencintai muzik2 di malaya.

Menjadikan band2 dari luar sebagai sumber inspirasi muzik mereka antaranya THE BEATLES,THE CURE,NIRVANA,STROKES,STONE ROSES,BLUR,DAN TRAVIS.Mengikut sejarah awal penubuhan band ni,pada asalnya band ni diberi nama Pagi Band.Tetapi disebabkan ada band dari indonesia yang menggunakan nama band dan gambar mereka ,mereka berpakat untuk menukar nama kepada Melodi Pagi. Demo pertama mereka iaitu ANNE mendapat banyak sambutan dari peminat2 indie dan yang terbaru mereka baru sahaja release lagu SELALU DIHATIKU. Memang gempak habis la lagu baru depa ni.

Download MP3 Here:

Review band - Jendela Biru


Band Jendela Biru telah ditubuhkan pada awal bulan Ogos 2008 oleh 5 orang sahabat iaitu Ah Chong sebagai Vocalist,Aniq sebagai Lead,Ammar sebagai 2nd Guitarist, Azhar sebagai Bassist,dan Hirman sebagai Percussion.Anggota kumpulan ini merupakan anak jati dari brickfields Kuala Lumpur.Nama band jendela biru diberi sebenarnya merupakan idea spontan dari kumpulan ini dan mungkin kerana nama jendela yg classic dan warna biru adalah sebab utama nama band ini diberi.

Mereka membawa muzik yang berentak retro,pop,rock,dan indie pop.Dengar cerita,band ini aktif berjamming dan mereka memasang cita2 ingin menjadi pemuzik terkenal satu hari nanti disebabkan zaman sekarang gelombang muzik indie dah mengusai hampir pelusuk malaysia dan luar negara.Moga2 cita2 band ini akan tercapai!

Download Demo Here:

Jendela Biru - Come To Me.mp3

Jendela Biru - Gadis Mimpiku.mp3

Isnin, 5 Oktober 2009

Jelajah UiTM - Kayuhan Satu Dekad Naib Canselor UiTM

Salah seorang staf aku yang turut serta, Barai (bukan nama sebenar)

Beramah mesra dengan pencetus idea, Khalid

Bergambar kenang-kenangan

Salam...

Lupa nak citer, khamis minggu lepas diadakan pelancaran program Jelajah UiTM - Kayuhan Satu Dekad Naib Canselor UiTM oleh staf dan pelajar UiTM Johor. Majlis yang dirasmikan oleh pengarah UiTM Johor juga diserikan dengan kehadiran ramai staf pentadbiran dan akademik. Semoga program yang direncanakan Khalid dapat dijayakan dengan suksesnyer. Dari call yang aku buat baru nier pada dier dengor kabarnya ramai yang pancit...hehehe...maklum la bukannya professional. Tapi jangan riso, aku tetap doakan kejayaan korang....adios.....

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jadual Perancangan

Salam

Hanya tinggal beberapa hari jer lagi sebelum pelajar UiTM menduduki peperiksaan akhir. Untuk semester ini, tiada cuti study week (maklum la dah bagi cuti H1N1). Pelajar yang bijak tentunya sudah membuat persediaan rapi. Kat Kolej Sempana Riau sendiri, telah ramai aku lihat kelibat pelajar membuat study group dan semalam pelajar wing 2 berhampiran rumah RS membuat bacaan Yassin. Sejuk hati aku tengok diaorang berkumpul ramai-ramai macam tuer....berkumpul untuk kebaikan, sejuk jer mata memandang. Kat masjid pun semalam ada bacaan Yassin Perdana yang diadakan oleh JPK Sektor B. Malam nier pun ada lagi bacaan Yassin tersebut. Abis Isyak jer ada ceramah oleh Ustaz Kamarulzaman, tajuk ceramah adalah pelajar bijak. Dalam lawak-lawak pun masih meninggalkan kesan pada pelajar-pelajar.

Bukan pelajar jer yang membuat jadual perancangan. Aku juga telah membuat perancangan untuk 3 bulan dan telah pun diedarkan kepada staf dan koordinator program. Dan tentunya jadual ini banyak membantu agar perancangan peperiksaan akhir dapat dipermudahkan. Boleh dikatakan, aktiviti minggu ke minggu aku tentunya penuh dan ruang untuk aku bernafas agak sukar kecuali malam. Kena beri taklimat, mesyuarat, urusan hal ehwal peperiksaan dan banyak lagi la.

Tapi aku memang jenis kuat semangat.....Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan jauhkanlah segala bencana yang berkemungkinan menimpaku......Amin.....

Khamis, 1 Oktober 2009

Kad Raya

Banyaknyer la kad nak kena balas....

Salam

Masa menunjukkan pukul 12.00 malam, masih terdengar suara budak2 Sempana Riau bersuka ria dan berkaraoke...hehehehe. Aku tengah duk bilik sambil menulis2 kad untuk diberikan kepada pengirim kad raya sebelum ini. Oleh kerana stok kad raya adalah terhad, aku terpaksa membalas kad-kad mereka dengan kad2 wish for birthday n good luck...hehehehe. Tinggal 3 kad jer lagi...pastu aku nak tido...hahahaha......adios....

Kuat bekerja

Sapa nak kuat? minum air milo...hehehehe. Acah jer.... Prestasi yang baik sememangnya menjadi kewajipan dan memainkan peranan yang penting bagi pekerja yang cemerlang. Kecemerlangan dalam pekerjaan yang dilakukan turut sama akan mempengaruhi kehidupan mereka. Pernah ada manusia yang kuat bekerja tetapi kehidupan mereka? Hancusss. Kalau x kuat bekerja, camner nak dapat duit banyak? itulah persoalan bagi mereka yang memang pentingkan duniawi dan kebendaan.

Bagi aku, tugas yang dilakukan hendaklah seiring dengan kehidupan. Kehidupan memerlukan ruang, ruang untuk berbicara, ruang untuk berehat, ruang untuk bergembira dan ruang untuk bermuhasabah. Hanya dengan ruang yang diberikan ini kehidupan mereka lebih teratur, dapat terus meneruskan kehidupan dengan sepuas-puasnya.

Manusia bukan robot.......tapi satu ANUGERAH..........

Isnin, 28 September 2009

Nikmat

Memang mendalam.....

Bukan mudah....melupakan segalanya yang menjadi kenangan yang termanis dalam hidup ini....Bukan Senang.....hendak melakukan sesuatu tanpa ada kesungguhan dan azam yang tinggi.....Bukan Free.....semua nikmat yang diberikan oleh Allah, cari lah cara untuk membalasnya.....Bukan terlupa......mensyukuri nikmat yang mendatang......Bukan menangisi....semua dugaan yang mendatang.....Bukan mengeluh.......kesusahan dan kepayahan yang melanda jiwa ini......Bukan ckp2 kosong.......kata-kataku ini.......Bukan pasrah.......tetapi mencari Nikmat yang sebenar.................adios.........

Raya Versi Aku

Salam Kegembiraan, Salam Kemenangan, Salam Kerinduan, Salam Kemaafan.......sesungguhnya salam hari raya sememangnya senang untuk diungkapkan....dikotakan? hanya apabila tiba masa sebegini setahun sekali...hehehehe....mungkin....

Cuti hari raya bermula 18 Sept - 27 Sept 2009 digunakan sepenuhnya aku untuk mengubat kerinduan terhadap kampung halaman. Tapi sesetengah org tanya, rindu sangat ke kat kampung? Bagi perantau macam aku, sememangnya waktu begini akan ditunggu-tunggu. Ok la, baik aku citer pasal raya aku.

Raya ke-Satu

Bangun seawal pukul 5.30 sememangnya merupakan satu rutin harian aku. Tapi untuk pagi raya tersebut, aku lebih bersemangat (maklum la penangan Man Utd menang ke atas Man City). Sesudah balik dari masjid, tempat utama yang dituju tentunya meja makan dan mengangkat tudung saji...hehehehe. Pukul 8.00 pagi dah bersiap ke masjid untuk bersama-sama jemaah yang lain memuji-muji keagungan Illahi. Balik sembahyang raya, ikut rombongan lorong beraya dari rumah ke rumah. Aktiviti ini sememangnya rutin setiap tahun untuk lorong aku. Pada kali ini, rumah aku menjadi destinasi terakhir rombongan tersebut. Aku di beri peluang berucap, kata-kata aku "walaupun kita bergembira di hari raya, jgn dilupa pada yang tiada, sentiasa lah berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana"...begitu la lebih kurang...kuikuikui. Balik jer dari beraya dah dekat Zuhur, nak x nak kena ngecas (tido) untuk hilangkan letih...hehehe. Petang pergi beraya di Jengka, umah sedara belah mak (belah ayah sumer kat Perak, jauh nak pergi tuer...hehehe)....Malam? Aku raya umah aku sendiri...hehehehe

Raya ke-Dua

Pagi reraya kat umah member (malu la plak, tetua cenggini beraya...hehehehe), Petang, layan anak buah yang memang ramai, jenuh la (mengalir air mata aku biler bagi duit ang pow - mengenangkan nasib diri, makan apa la lepas raya nier) kaler biru x nak, sekurang-kurangnya kaler merah....nasib2, hidup ngan bebudak zaman sekarang...hahahaha.

Raya ke-Tiga

Dah ramai rakan ngan sedara datang beraya ke umah, kuih raya + juadah raya terpaksa di topup berulang kali demi memenuhi kehendak pengguna. Penawaran mesti la melebihi permintaan (ekonomi la plak). Pertukaran buah tangan sememangnya menjadi kelaziman bagi yang ada sedara nier, tupperware memang kena ready banyak...hehehehe.

Raya ke-Empat

Raya dah x terasa sangat dah, aktiviti berjalan ke Bandar Jerantut dan Temerloh merupakan agenda utama...hehehehe. Permandangan pohon kelapa sawit diselangi lembu-lembu ditepi jalan (mat rempit yang melepak pun dah macam lembu..hehehe), sememangnya menggamit memori silam.....cepat nyer masa berlalu, kalau dapat diundurkan.........kan seronok....adios...

Itu la raya aku, nak kata syok, x jugak...boleh tahan la.....hehehehehe