Khamis, 24 Jun 2010

Kenapa Aku Letih Berkerja

Selama beberapa hari ni aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku :

Aku keletihan kerana terlebih kerja. nak tau kenapa?

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang (anggaran sahaja).
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang ‘pergi kerja tapi tak buat kerja‘.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, suri rumah, orang² tua, fresh universiti student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.
Dan 2 orang itu adalah kamo dan aku.

Dari 2 orang ini.
kamo SEKARANG INI masih duduk depan komputer, bukak blog, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit ghodong.....
HAHA

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat²
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3 ulasan:

Dziauddin berkata...

ni lawak kurun bila ni bob?

BOB @ FADIL berkata...

Lawak tensen fesyen baru, huhuhu

NUars berkata...

Bob mmg terbaek lh....